slip disc

Apakah yang dimaksudkan dengan SLIP DISC?

Apa itu slip disc?

nak buat kerja rumah sakit belakang

nak berjalan pun sakit belakang

“rasa sakit sampai menjalar ke kaki, kadang-kadang rasa kebas-kebas kaki ni

sapu minyak panas baru lega sikit, tapi sekejap je dah sakitbalik

baring baru rasa lega sakit belakang ni

Adakah anda pernah mengalami situasi begini dalamkehidupan harian anda?

Apakah yang anda lakukan bagi mengurangkan sakitbelakang?

Sakit belakang boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai puncasalah satu daripadanya adalah slip disc atau tulang rawantergelincir. Berdasarkan portal rasmi Kementerian KesihatanMalaysia slip disc merupakan diagnosis utama yang seringberlaku di kalangan pesakit tulang belakang.

 

Mengikut statistik, hampir 70% golongan dewasa akan mengalami sakitbelakang pada satu-satu masa dalam kehidupan mereka.

Slip disc boleh berpuca daripada proses penuaan yang berlakupada tulang rawan (intervertebral disc) anda, trauma, posturyang tidak bagus, mengangkat beban yang berat
 Masalah tulang rawan (intervertebral disc) berlaku apabila kandungandi dalam tulang rawan tersebut yang dikenali sebagai nucleus polposus terkeluar dan menghimpit saraf tunjang yang terdapat pada tulang belakang anda. Kesannya, ia akanmenyebabkan berlakunya keradangan dan anda akan mengadusakit belakang, kebas-kebas dan rasa sakit menjalar ke kaki pula berlaku disebabkan oleh saraf yang terhimpit olehnucleus polposus tadi. Kadang-kadang slip disc juga bolehmenyebabkan sindrom cauda equine (kegagalan mengawal air besar atau air kecil).

SIMPTOM-SIMPTOM SLIP DISC

Jika anda mengalami slip disc anda akan merasa simptom-simptom berikut:

Sakit dan kebas-kebas selalunya pada sebelah bahagiansahaja
Rasa sakit yang bertambah teruk pada waktu malam ataudengan pergerakan tertentu
Rasa sakit yang bertambah teruk ketika berdiri atau duduk
Rasa sakit ketika berjalan pada jarak dekat
Merasa lemah-lemah otot yang tidak dapat dijelaskan
Rasa mencucuk-cucuk atau panas pada tempat yang terlibat

Rasa sakit yang menjalar ke lengan atau kaki

 

Anda perlu berjumpa dengan doktor jika rasa sakit andamenyebabkan kebas atau mencucuk-cucuk yang bolehmenggaggu keupayaan anda mengawal otot anda.

Apakah rawatan yang anda boleh dapatkan untuk masalah slip disc?

Slip disc boleh dirawat secara konservatif atau pembedahan. Selalunya rawatan diberikan bergantung kepada tahap ketidakselesaan yang anda alami. Kebanyakan individu merasa lega dengan menjalani rawatan konservatif seperti program senaman yang melibatkan senaman regangan dankekuatan sekitar otot belakang. Ahli fizikal terapi akanmembantu menguatkan otot belakang bagi mengurangkan sakit belakang yang anda alami.

sapu minyak panas baru lega sikit, tapi sekejap je dah sakit balik

Menyapu minyak panas atau menggunakan rawatan habaseperti menuam dengan tuala panas hanya memberi kelegaan sementara, kerana haba daripada minyak panas dan tuala panas akan menghalang stimulus sakit anda dari di hantar keotak menyebabkan anda merasa lega buat seketika. Tetapidengan rawatan regangan, kekuatan dan fizikal terapi iamungkin dapat memberi kelegaan yang lebih panjang danmungkin juga dapat menyembuhkan anda daripada masalah sakit belakang.

Selain itu, ahli fizikal terapi juga akan mengajar anda beberapa senaman yang boleh anda lakukan di rumah. Beberapa kajian telah dilakukan dan keputusan menunjukanmereka yang melakukan senaman di rumah selepas sesi fizikalterapi kurang mendapat sakit belakang berulang berbandingmereka yang hanya melakukan senaman di klinik fisioterapi.

INGIN MENDAPATKAN RAWATAN FISIOTERAPI BERKUALITI TINGGI DI KLANG VALLEY, MELAKA DAN JOHOR?

KAMI BERJAYA MERAWAT LEBIH 30,000 SEJAK 2016 PESAKIT.

KLIK LINK INI UNTUK MENGETAHUI SERVIS KAMI

KLIK SINI

Sumber rujukan

http://www.myhealth.gov.my/slipped-disc-pada-tulang-belakang/

http://www.mmgazette.com/sakit-belakang-angkara-slipped-disc-dr-ahmad-mahyuddin/

https://thediagnosa.com/2017/09/20/slipped-disc-punca-simptom-dan-cara-rawatan/

https://www.healthline.com/health/herniated-disk#symptoms

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *