penyakit radang sendi lutut

Sakit lutut ialah suatu keadaan apabila pesakit berasa sakit, tegang atau tidak selesa pada bahagian sendi lutut atau otot di sekeliling sendi tersebut.

Sakit lutut adalah masalah kesakitan yang melibatkan struktur tulang (femur, tibia, fibula) mungkin berpunca daripada sendi, tempurung lutut (patela), ligamen dan tulang rawan lutut (meniskus).

Sakit lutut boleh berlaku kepada semua peringkat umur bergantung kepada keadaan atau aktiviti setiap individu.

  • Osteoarthritis lutut- kerosakan pada rawan sendi lutut dan rawan semakin menipis
  • Dislokasi patella- tempurung lutut beralih
  • Kecederaan ligament- ACL, PCL, MCL, LCL
  • Iliotibial band syndrome- keradangan pada otot di bahagian sisi peha
  • Kecederaan meniscus- kecederaan pada meniscus, sering berlaku ketika bersukan
  • Medial plica syndrome
  • Bursitis – Berlaku kebengkakkan pada selaput yang mengandungi bendalir pelincir yang terdapat dalam sendi lutut
  • Rasa sakit apabila mahu meluruskan atau membengkokkan lutut
  • Rasa sengal di dalam sendi lutut
  • Rasa tegang atau menarik di bahagian belakang dan sisi peha
  • Sendi lutut terasa bergesel dan berbunyi
  • Rasa tidak stabil di sendi lutut (kecederaan ligament)
  • Umur yang semakin meningkat
  • Berat badan yang berlebihan atau obesiti
  • Faktor keturunan
  • Jantina (wanita lebih berpotensi)
  • Tekanan pada sendi lutut yang berpanjangan
  • Cedera atau trauma

Pemeriksaan:
Pertama sekali, therapist akan bertanya beberapa soalan yang berkaitan dan merekodkan kesemua sejarah kesihatan anda dan bagaimana kecederaan yang anda alami boleh berlaku. Seterusnya, therapist akan memeriksa anda secara objektif melalui pemerhatian dan ujian-ujian fizikal berdasarkan ‘outcome measure’ tertentu

Rawatan:
Rawatan untuk masalah sakit lutut akan berfokus pada mengurangkan sakit dan menambah julat pergerakan sendi lutut anda dengan menggunakan kaedah rawatan ‘manual technique physiotherapy’ dan program senaman yang berstruktur dan berfokus. Selain itu, sesi rawatan juga akan berfokus pada menambahbaik postur badan pesakit sekaligus mengajar anda untuk mengubahsuai cara hidup bersesuaian dengan keadaan anda. 

Konsultasi:
Dalam sesi konsultasi pula, therapist akan menerangkan kepada pesakit dan penjaga tentang kondisi pesakit termasuk punca masalah yang dialami pesakit berdasarkan ilmu anatomi dan fisiologi, cara mengelakkan masalah tersebut berulang dan preskripsi senaman di rumah

Waktu rawatan yang fleksibel, 9 pagi hingga 10 malam

Rawatan bergerak ke rumah anda atau ke klinik kami

Rawatan berkesan dengan menggunakan manual technique physiotherapy

Therapist yang terlatih & berkelulusan ijazah Sarjana Muda dalam fisioterapi

Rawatan 1-to-1, satu therapist untuk satu pesakit
Pesakit wanita hanya dirawat oleh therapist wanita & sebaliknya
Lokasi klinik yang strategik dan mudah dicari oleh semua
Mendapat 4.9/5 ratings daripada lebih 10, 000 pesakit

Encik Wassem

“Saya dah membuat rawatan selama sebulan untuk ACL. Nampaknya perubahan itu sangat banyak. I’M very happy with the progress dan approach yang diberikan oleh Physiomobile sangat berbeza dengan rawatan yang lain.”

PHYSIOMOBILEMY adalah pilihan terbaik anda!! Kami menawarkan rawatan fisioterapi terbaik untuk masalah sakit lutut anda menggunakan ‘manual technique physiotherapy’ yang digunakan secara meluas di Negara-negara maju dan dijamin berkesan! 

Kami akan bantu kurangkan sakit lutut anda, mengurangkan rasa tegang di bahagian belakang lutut, menambahbaik julat pergerakan sendi lutut anda dan membantu anda untuk kembali ke tahap aktiviti harian yang optimum! 

Dapatkan Rawatan Segera Untuk Kesan Yang Terbaik!! Lebih cepat anda mendapatkan rawatan, lebih tinggi harapan anda untuk pulih sepenuhnya!

Klik Sini Untuk Menghubungi PhysioMobile