rawatan sakit lutut

RAWATAN SAKIT LUTUT YANG MENGUBAH HIDUP PUAN M

Hayati perkongsian kisah menyayat hati Puan M yang pastinya akan memberikan inspirasi dan semangat baru untuk anda. Rawatan fosioterapi mengubah kehidupan Puan M

Bermula pagi Isnin usai menunaikan solat Subuh,  bahagian hadapan lutut terasa sengal dan tak selesa. Saya sapu dengan minyak urut, mudah-mudahan sakit berkurang.

Malangnya, sakit tersebut tetap begitu juga. Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan… Sakit di lutut semakin teruk, kadang2 terasa lutut berbunyi dan bergesel..

Otot keliling lutut sangat tegang. Dah hampir 11 bulan saya tak mampu berjoging, yang paling sedih dah hampir 10 bulan saya terpaksa solat di atas kerusi.

Nak rukuk sempurna tak mampu, nak sujud apatah lagi. Betapa rindunya hati ini nak sujud macam biasa.

Bukan kata saya tak ikhtiar untuk dapatkan rawatan. Dah jumpa doktor, doktor cuma bagi ubat, sakit hilang sekejap saja. Dah cuba buat fisioterapi selama 3 bulan, tapi masih tak mampu sembuhkan masalah saya.. Sampaikan doktor sarankan untuk jalani pembedahan.

Saya dan suami cuba mencari ikhtiar lain. Kami dipertemukan dengan satu pusat rawatan fisioterapi di Shah Alam.

Katanya, mereka menggunakan teknik fisioterapi yang berbeza dgn tempat lain. Saya tawakkal, mungkin ini jalan terbaik untuk saya.

Dipertemukan dengan therapist Shamihah, alhamdulillah saya berasa sedikit lega selepas satu sesi rawatan. Lutut rasa lebih selesa.

Terus ambil pakej 8 sesi rawatan dengan mereka. Alhamdulillah syukur ya Allah, lepas 3 sesi rawatan, saya dah mampu solat seperti biasa.

Tak tahu nak cakap macam mana, bahagianya rasaaa. Lepas rasa rindu nak sujud macam dulu-dulu. Syukur Allah kembalikan nikmat yang pernah aku nikmati dulu, alhamdulillah.

Terima kasih yg tak terhingga buat staff Physiomobilemy. Semoga Allah membalas jasa kalian.

– Puan M

Untuk sesiapa yang mengalami masalah lutut, dan sedang mencari rawatan terbaik untuk masalah lutut anda. Kami sedia membantu anda!! =-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

PHYSIOMOBILEMY – RAWATAN FISIOTERAPI SHAH ALAM DAN JOHOR BAHRU

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

7 perkara yang best tentang PHYSIOMOBILEMY

✅ Waktu rawatan yang fleksibel, kami beroperasi setiap hari 9 pagi hingga 10 malam termasuk sabtu dan ahad, kecuali jumaat

✅ Rawatan bergerak ke rumah anda. Anda tak perlu ke mana-mana, kami yang datang kepada anda.

✅ Rawatan yang dijamin berkesan dengan menggunakan manual technique physiotherapy yang digunakan secara meluas di luar Negara

✅ Therapist yang terlatih dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang fisioterapi dan mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman merawat pesakit di hospital-hospital kerajaan dan swasta

✅ Rawatan 1-to-1, 1 therapist untuk 1 pesakit untuk memastikan keberkesanan dan fokus rawatan

✅ Privasi pesakit keutamaan kami. Pesakit wanita dirawat oleh therapist wanita dan pesakit lelaki dirawat oleh therapist lelaki.

✅ Lokasi klinik yang strategic dan tak susah nak cari.

Anda berminat untuk mendapatkan servis kami?

Berminat untuk kami bantu menamatkan penderitaan sakit lutut anda?

Berminat nak kembali aktif kepada tahap fizikal anda seperti dahulu?

Berminat nak kami bantu anda agar dapat solat sempurna seperti dulu?

YA! Saya berminat! Tolong bantu saya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *