rawatan slip disc

Rawatan Slip Disc Terbaik

Tengah anda berjalan atau mengangkat berat. Tiba-tiba anda terdengar bunyi ‘pop’ di tulang belakang. Itu mungkin bermaksud anda perlu dapatkan rawatan slip disc dengan segera.

Rawatan slip disc kalau tak dibuat dengan betul, mungkin akan menyebabkan kesakitan menjadi lebih parah dan lumpuh! Lazimnya pesakit tidak mampu melakukan aktiviti lasak sepanjang hayatnya.

Anda pernah mengalaminya? Baca lanjut artikel ini untuk memahami mengapa ia terjadi dan rawatannya.

Apa itu Slip Disc

slip disc

Penyakit slip disc juga dikenali sebagai prolapsed interverterbral disc (PID). Ia merupakan sejenis penyakit di mana disc dalam tulang belakang berganjak keluar dari tempat asal. Ia mengakibatkan tekanan pada saraf tunjang.

Ia berlaku apabila kandungan dalam disc tulang belakang, iaitu nucleus pulposus terkeluar dan menghimpit saraf di kawasan tulang belakang. Selain itu, disc yang terkoyak juga boleh menyebabkan keradangan di sekeliling kawasan saraf tulang belakang.

Disc tulang belakang berfungsi sebagai pelapik antara ruas tulang belakang. Ia juga bertindak sebagai penyerap tekanan, lalu membenarkan pergerakan antara tulang berlaku.

Sakit belakang boleh diklasifikasikan kepada 3 peringkat:

  1. Sakit belakang akut – sakit yang dialami dalam tempoh 1 hari hingga 3 bulan
  2. Sakit belakang kronik – sakit yang dialami melebihi 3 bulan
  3. Sakit belakang berulang  (recurrent) – sakit yang berulang dalam tempoh kurang dari 3 bulan

Slip disc merupakan salah satu diagnosis utama di kalangan pesakit tulang belakang.

Punca Slip  Disc

back pain

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan slip disc. Antaranya ialah:

1. Umur

Penyakit slip disc sering berlaku kepada golongan lanjut usia. Ini adalah kerana bahagian luar yang melindungi disc semakin haus, lalu menyebabkan ia lebih mudah bergerak dari tempat asal.

2. Melakukan pergerakan dengan tiba-tiba

Sesetengah pergerakan yang dilakukan secara tiba-tiba boleh menyebabkan masalah slip disc. Posisi badan yang salah juga boleh menjadi salah satu punca.

3. Mengangkat objek yang berat

Mengangkat objek berat boleh menyebabkan tekanan yang tinggi pada tulang belakang. Secara tidak langsung, mengakibatkan disc bergerak keluar dari tempat asal.

4. Berat badan yang melampau

Tulang belakang tidak mampu untuk menampung berat badan yang berlebihan. Lalu menyebabkan slip disc berlaku.

5. Otot yang lemah

Otot yang lemah tidak dapat membantu menyokong tulang belakang dengan kukuh.

6. Kehidupan yang tidak aktif

Postur badan yang statik untuk tempoh masa yang lama akan memberi tekanan pada tulang belakang. Sebagai contoh, duduk terlalu lama di pejabat atau memandu untuk tempoh masa yang lama tanpa sebarang pergerakan.

Simptom Slip Disc

Terdapat beberapa simptom yang harus dikenalpasti untuk mengetahui samada mengalami slip disc. Simptom slip disc adalah seperti:

  • Sakit dan kebas selalunya pada sebelah badan sahaja
  • Rasa sakit hingga ke lengan dan kaki
  • Sakit bertambah teruk dengan sesetengah posisi
  • Rasa sakit apabila berdiri atau duduk terlalu lama
  • Sakit walaupun berjalan pada jarak yang dekat
  • Pedih dan kebas di bahagian belakang anggota bawah

Cara Rawatan Slip Disc di Hospital

rawatan slip disc

Jika anda ke hospital, terdapat beberapa jenis rawatan slip disc yang boleh dijalankan. Dari pengambilan ubat hingga ke pembedahan.

  • Pengambilan ubat

Ubat adalah mengikut preskripsi doktor. Antara ubat yang sering diberikan kepada pesakit ialah ubat tahan sakit, muscle relaxants dan ubat saraf. Ia bagi membantu menguranngkan sakit dan melegakan kekejangan otot.

  • Pembedahan

Pembedahan akan dilakukan apabila ubat-ubatan tidak dapat membantu. Proses pembedahan yang dijalankan adalah sama membedah sebahagian disc yang terkeluar atau mengeluarkan keseluruhan disc.

Rawatan Tanpa Pembedahan

Dengar sahaja rawatan dengan pembedahan, dah terasa ngeri. Jangan risau, ada rawatan slip disc tanpa pembedahan, seperti:

1. Rawatan radiofrekuensi

rawatan slip disc

Rawatan ini tidak memerlukan pembedahan. Ia dalam bentuk suntikan untuk mengurangkan kesakitan.

2. Pek ais atau panas

rawatan slip disc

Pek ais atau pek panas boleh membantu untuk melegakan slip disc dan mengurangkan keradangan. Balut pek ais dengan kain basah dan letak di bahagian sakit selama 15 minit.

Untuk pek panas pula, balut dengan lapisan tuala secukupnya agar tidak terlalu panas. Letakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit.

3. Senaman dan regangan untuk sakit belakang

rawatan slip disc

Antara rawatan slip disc yang berkesan adalah senaman dan regangan. Terdapat beberapa cara senaman yang anda boleh cuba:

  • Pelvic tilt
  • Hip rolling
  • Lower abdominal exercise
  • Cat and camel
  • Hip extension

 

4. Rawatan fisioterapi

rawatan slip disc

Rawatan fisioterapi dijalankan oleh ahli terapi fizikal. Ia bertujuan untuk mengurangkan sakit dan menguatkan otot belakang dan abdominal. Rawatan slip disc ini berkesan dan melegakan untuk jangka masa panjang.

Rawatan Slip Disc Oleh Physiomobile

Jika anda mengalami slip disc, dapatkan rawatan di PhysioMobile.

Physiomobile menawarkan rawatan slip disc tanpa pembedahan dengan menggunakan kaedah manual technique physiotherapy.

Anda boleh dapatkan rawatan samada di klinik berhampiran anda, atau di rumah anda sendiri. Jangan risau, rawatan dijalankan oleh ahli fisioterapi yang bertauliah.

Jika anda mengalami masalah sakit belakang, dapatkan rawatan slip disc dengan segera.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *