serangan strok

Rawatan Strok Terbaik dan Berkesan

Awas! Serangan strok tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh berlaku secara tiba-tiba. 

Malah, ia juga menyumbang kepada kes kematian yang tinggi di negara kita.

Kami akan membantu anda mengenal pasti simptom dan punca serangan strok serta rawatan yang diperlukan supaya anda boleh mendapatkan rawatan awal. Teruskan membaca!

Apa Itu Strok?

Strok atau nama lainnya, angin ahmar merujuk kepada satu kondisi di mana terjadinya serangan otak akibat gangguan pada bekalan darah ke otak.

Penyakit ini juga berkemungkinan berlaku apabila salur darah pecah atau sempit.

Tahukah anda bahawa menurut statistik, strok merupakan penyumbang terbesar kepada kematian di Malaysia selepas sakit jantung dan kanser?

Ini kerana, otak merupakan organ utama yang mengawal semua sistem dan aktiviti badan manusia.

Apabila terdapat gangguan pada bekalan darah dan oksigen, ia boleh menyebabkan tisu otak rosak serta menggangu fungsi tubuh yang lain seperti sistem pernafasan.

Strok boleh dibahagi kepada 2 jenis iaitu Thrombiotic atau Strok Isemik atau Strok Haemorrhagic:

Strok Thrombotic boleh terjadi apabila saluran darah ke otak sempit atau tersumbat. 

Pengumpulan sisa kolesterol yang terkumpul di salur darah juga merupakan salah satu sebab berlakunya strok jenis ini.

Manakala bagi Strok Haemorrhagic pula, ia kerap terjadi apabila saluran darah ke otak pecah dan menyebabkan pendarahan.

Gejala-Gejala Strok

gejala strok

Teliti senarai di bawah untuk mengenal pasti gejala-gejala strok untuk memudahkan anda mendapatkan rawatan awal.

  • Sebelah badan rasa kebas secara tiba-tiba
  • Bahagian muka, kaki dan tangan rasa lemah, kebas dan lumpuh
  • Mengalami sakit kepala yang sangat kuat tanpa sebab
  • Sukar untuk bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba
  • Hilang imbangan badan dan sukar berjalan
  • Sukar menelan
  • Penglihatan kabur secara tiba-tiba sama ada pada sebelah atau kedua-dua mata

Punca Terjadinya Strok

punca strok

Kini anda sudah mengetahui gejala-gejala strok yang anda perlu berjaga-jaga. Namun, apa pula penyebab terjadinya penyakit ini? 

Punca-punca strok boleh dilihat dari 2 kategori iaitu punca boleh diubah dan punca tidak boleh diubah.

Punca strok yang tidak boleh diubah merujuk kepada:

  • Umur

Individiu berumur 65 tahun ke atas akan berdepan dengan risiko serangan strok yang lebih tinggi.

  • Jantina

Lelaki lebih berisiko tinggi berbanding wanita.

  • Sejarah keluarga

Sekiranya keluarga anda mempunyai penyakit ini, risiko untuk anda mengalaminya juga adalah tinggi 

Selain itu, risiko boleh diubah pula merujuk kepada:

  • Tekanan darah tinggi
  • Kencing manis
  • Paras kolesterol yang tinggi
  • Berat badan yang berlebihan
  • Tabiaat merokok
  • Pemakanan yang tidak sihat

Walaupun anda tidak boleh mengubah umur, jantina dan sejarah keluarga anda, anda masih mampu menjalani gaya hidup sihat untuk mengurangkan risiko serangan strok.

Cara Merawat Dan Menangani Strok

cara merawat strok

Rawatan strok bergantung kepada jenis strok yang pesakit hadapi dan keadaan pesakit itu sendiri. 

Pesakit perlu melalui proses penilaian jenis strok. Ini dilakukan dengan menggunakan pengimejan perubatan seperti CT scan.

Bagi sesetengah pesakit, ubat akan diberikan selepas pesakit sudah menjalani pemeriksaan doktor. 

Ini adalah untuk mengurangkan kerosakan tisu otak akibat kekurangan bekalan oksigen pada organ tersebut.

 Namun begitu, bagi kes strok tertentu, pesakit akan diberikan ubat antihipertensi untuk memastikan tekanan darah dapat mencapai sasaran yang ditetapkan. 

Selain itu, pembedahan kecemasan mungkin perlu dijalankan dalam sesetengah keadaan untuk menghentikan pendarahan dalam otak.

Bagi pesakit yang menghidapi strok iskemia atau Thrombiotic, pesakit perlu menjalani rawatan seperti berikut:

  • Ubat cair darah seperti warfarin
  • Pemecah bekuan darah
  • Ubat antiplatelet seperti aspirin.

Namun begitu, pesakit strok pendarahan tidak perlu melalui CT scan. Ini kerana pencairan darah akan menjadikan keadaan lebih kritikal.

Rawat Masalah Strok di Physiomobile!

Jika anda sedang mencari rawatan atau terapi fizikal untuk membantu anda dengan gejala strok, Physiomobile sedia membantu!

Physiomobile menawarkan pelbagai rawatan istimewa yang menggunakan teknik “hands-on”, yang berbeza daripada terapi lain yang menggunakan alatan atau mesin.

Antara perkhidmatan rawatan yang anda boleh dapatkan ialah:

Rawatan Kecederaan Sukan

Rawatan Kanak-kanak

Rawatan Sakit Lutut

Rawatan Strok

Rawatan Sakit Bahu

Rawatan Sakit Belakang

Rawatan Sakit Leher

Pakar fisioterapi akan membantu anda sepanjang sesi dengan teknik terapi manual yang melibatkan pergerakan sendi ke arah tertentu dengan kadar pergerakan yang berbeza.

Ini bukan sahaja untuk memperbaiki keadaan otot pesakit, tetapi juga untuk meregangkan otot dan juga memulihkan keupayaan fizikal seperti biasa.

Faedah lain yang boleh diperolehi daripada rawatan ini ialah melegakan sakit badan, meningkatkan keupayaan fizikal dan meningkatkan kadar pergerakan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *