CARPAL TUNNEL SYNDROME

RAWATAN UNTUK CARPAL TUNNEL SYNDROME

Bagaimana ‘carpal tunnel syndrome’ dirawat?

Kebiasaannya, simptom-simptom biasa boleh dirawat dengan penjagaan di rumah. Anda boleh:

  • Berhenti daripada melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan rasa kebas dan sakit. Rehatkan pergelangan tangan anda lebih lama di antara aktiviti.
  • Letakkan ais di pergelangan tangan anda untuk 10 ke 15 minit, satu hingga dua kali dalam setiap jam.
  • Cuba ambil ubat penahan sakit seperti nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) untuk mengurangkan sakit dan mengurangkan bengkak.
  • Gunakan splint untuk pregelangan tangan pada waktu malam untuk mengurangkan tekanan pada saraf median anda.
  • Fisioterapi dapat membantu anda dengan mengurangkan tekanan pada saraf median dengan menggunakan teknik seperti ‘nerve glide’, ‘soft tissue release’ dan sebagainya.

Semakin cepat anda mendapatkan rawatan, semakin bagus peluang anda untuk sembuh dan menghalang kerosakan jangka panjang pada saraf median.

Anda juga mungkin memerlukan ubat untuk ‘carpal tunnel syndrome’ atau ubat untuk masalah kesihatan anda yang menyebabkan berlakunya ‘carpal tunnel syndrome’.

Pembedahan juga merupakan salah satu pilihan lain. Namun kebiasaannya ia digunakan hanya apabila simptom yang dialami pesakit sangat teruk sehingga pesakit tidak mampu bekerja walaupun telah mencuba rawatan lain.

Bagaimana anda boleh menghalang ‘carpal tunnel syndrome’ daripada berulang?

Untuk menghalang ‘carpal tunnel syndrome’ daripada berulang kembali, kita perlu menjaga kesihatan diri kita. Kekalkan berat badan yang sihat, jangan merokok dan amalkan senaman untuk kekal sihat. Jika anda mempunyai penyakit-penyakit lain seperti arthritis atau diabetes, ikut nasihat doktor untuk memastikan kesihatan anda berada dalam keadaan terkawal.

Anda juga haruslah menjaga pergelangan tangan dan tangan anda dengan baik:

  • Cuba pastikan pergelangan tangan anda sentiasa berada dalam keadaan neutral.
  • Gunakan keseleruhan tangan anda, bukan hanya jari sahaja untuk memegang objek.
  • Bila anda menaip, pastikan pergelangan tangan anda tegak dan telapak tangan anda sedikit tinggi daripada pergelangan tangan. Relakskan bahu dengan tangan berada di sisi anda.
  • Jika boleh, tukar tangan secara kerap bila anda membuat pergerakan yang berulang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *