sakit lutut

Rawatan Untuk Sakit Lutut

Adakah anda pernah atau sering mengalami masalah sakit lutut? Masalah tersebut menyebabkan pergerakan lutut menjadi amat terhad. 

Pergerakan seperti menaiki tangga dan jogging akan menjadi lebih sukar. Hal ini berpunca daripada rasa sakit yang keterlaluan pada bahagian lutut. 

Jika anda sedang mencari rawatan bagi masalah sakit lutut yang bersesuaian, anda harus membaca artikel ini sehingga habis. 

Teruskan membaca. 

Definisi Masalah Sakit Lutut

sakit lutut

Osteoarthritis (OA) lutut merupakan salah satu masalah sakit lutut yang sangat sinonim dengan warga emas atau sesiapa sahaja yang meningkat usia. 

Masalah ini boleh berpunca daripada penipisan tulang rawan  yang berlaku secara berperingkat dan mengakibatkan keradangan. 

Masalah sakit lutut ini boleh berlaku pada satu bahagian atau keseluruhan lutut. Ia sering diikuti dengan kesukaran untuk melakukan aktiviti fizikal dalam seharian. 

Punca-punca Masalah Lutut

punca masalah lutut

  • Umur

Lebih kurang 9.3% rakyat Malaysia menghidapi masalah OA lutut, 23% daripadanya berumur lebih daripada 55 tahun dan 39% berumur 65 tahun.

Disebabkan peningkatan usia, proses penyembuhan rawan pada tulang lutut menjadi semakin perlahan.

Diiringi dengan kekurangan penghasilan cecair pelincir dalam sendi, masalah ini selalu menyerang orang yang lebih berumur.

  • Keturunan

Faktor genetik merupakan salah satu punca yang boleh menyebabkan seseorang menghidapi masalah OA lutut. 

Mungkin juga kerana faktor bentuk tulang atau kedudukan lutut yang diwarisi dalam keluarga. 

  • Berat badan

Bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, salah satu perkara yang mereka perlu jangka adalah masalah sakit lutut.

Hal ini kerana semakin berat badan seseorang, semakin banyak tekanan yang dikenakan pada anggota lutut. 

  • Atlet

Atlet yang bermain sukan melibatkan pergerakan kaki yang kerap seperti bola sepak dan tenis. Terlalu kerap bersukan juga boleh meningkatkan risiko untuk menghidapi masalah sakit lutut. 

Oleh itu, para atlet perlu mengutamakan keselamatan kendiri serta berhati-hati ketika melakukan sebarang aktiviti sukan. Langkah ini dapat mengelakkan kecederaan pada anggota lutut. 

  • Kecederaan lutut

Kecederaan yang berulang kali pada lutut boleh meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat masalah sakit lutut.

Mereka yang terlibat dengan pekerjaan rutin seperti mencangkung, melutut, dan mengangkat barang berat juga boleh meningkatkan risiko menghidapi masalah sakit lutut.

  • Penyakit lain

Penyakit-penyakit lain turut mempengaruhi masalah sakit lutut ini.

Contohnya, penyakit rheumatoid arthritis, gangguan metabolik tertentu seperti berlebihan iron atau hormon tumbesaran, boleh meningkatkan risiko anda. 

Dapatkan Rawatan Fisioterapi Sakit Lutut Sekarang!

knee therapy

Jika anda mengalami sakit lutut hingga terpaksa solat duduk atau tidak boleh tidur disebabkan sakit lutut, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan fisioterapi. 

Physiomobile merupakan pilihan terbaik anda!

physiomobile

Mengapa anda perlu dapatkan rawatan dengan Physiomobile?

  • Waktu rawatan bermula daripada 9AM hingga 10PM
  • Menyediakan rawatan ke rumah, pejabat pesakit 
  • Ahli fisioterapi di Physiomobile adalah profesional dan terlatih 
  • Janji temu (appointment) bersama ahli fisioterapi adalah fleksibel
  • Lebih daripada 30,000 pesakit sudah menerima rawatan fisioterapi Physiomobile

Selain daripada yang dinyatakan di atas, Physiomobile merupakan panel bagi PM Care, MEDILINK GLOBAL, Healthconnect, Mediexpress, Healthmetrics  juga Perkeso. 

Lebih menariknya, Perkeso membolehkan ahli fisioterapi Physiomobile pergi ke tempat kerja anda bagi menjalankan rawatan serta melatih postur badan yang betul ketika bekerja.

Ramai pekerja di KWSP, Tabung Haji, UMW, Johor Port, Shell, Petronas dan sebagainya telah mendapat rawatan di Physiomobile secara percuma. 

Hasilnya ialah mereka kini kembali sembuh seperti sedia kala dan lebih fokus ketika melakukan kerja di pejabat!

Untuk itu, anda perlu mendapatkan surat rujukan daripada panel klinik sebelum menerima rawatan fisioterapi daripada Physiomobile

NAK Dapatkan Rawatan Untuk Sakit Lutut Anda?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *