RAWATAN VERTIGO

RAWATAN VERTIGO

Rawatan untuk Vertigo

Rawatan untuk masalah vertigo bergantung kepada puncanya. Kebiasaannya, vertigo sembuh walaupun tanpa perlu dirawat. Hal ini kerana berkemungkinan otak kita mampu untuk menyesuaikan dengan keadaan tersebut dengan menggunakan mekanisme lain untuk mengawal keseimbangan badan. Bahaimanapun, dalam sesetengah keadaan di mana rawatan diperlukan, termasuk: Rehabilitasi Vestibular: Ini merupakan satu bidang dalam fisioterapi yang bertujuan untuk membantu menguatkan sistem vestibular. Fungsi vestibular sistem ini adalah untuk menghantar isyarat kepada otak mengenai pergerakan kepala dan badan mengikut graviti.
Rehabilitasi vestibular sesuai untuk pesakit yang mempunyai masalah vertigo yang berulang. Ia dapat membantu melatih deria lain untuk menyesuaikan badan kita dengan keadaan vertigo. Teknik penyusunan semula Canalith. Garis panduan daripada Akademi Neurologi Amerika menyenaraikan siri-siri tertentu pergerakan kepala dan badan untuk amsalah BPPV. Pergerakan tersebut dibuat untuk menggerakkan ketulan kalsium keluar daripada laluan ke kawasan telinga dalam supaya ia boleh diserap oleh badan. Anda mungkin akan mengalami simptom vertigo semasa prosedur ini dijalankan. Jurupulih atau ahli fisioterapi akan memberi panduan kepada anda sepanjang pergerakan ini. Pergerakan-pergerakan ini adalah selamat dan berkesan. Ubat-ubatan. Dalam sesetengah keadaan, ubat-ubatan boleh diberi untuk mengurangkan simptom-simptom seperti loya atau mabuk yang berhubungkait dengan vertigo. Sekiranya vertigo disebabkan oleh jangkitan atau keradangan, antibiotik atau steroid boleh mengurangkan bengkak dan mengubati jangkitan kuman. Untuk masalah Meniere’s, pil diuretik boleh diberikan kepada pesakit untuk mengurangkan tekanan daripada pengumpulan cecair di dalam telinga. Pembedahan. Dalam sesetengah kes, pembedahan mungkin diperlukan untuk masalah vertigo. Sekiranya vertigo disebabkan oleh masalah yang lebih serius, seperti ketumbuhan atau kecederaan kepada otak atau leher, rawatan untuk masalah-masalah ini diperlukan untuk mengurangkan masalah vertigo.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *