Sakit belakang kanak-kanak

SAKIT BELAKANG DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

  • Sakit belakang dalam kalangan kakak-kanak kerap berlaku dan meningkat. Kebanyakan keadaannya tidak serius.

  • Terdapat pelbagai keadaan yang boleh menyebabkan sakit belakang pada kanak-kanak yang lebih tua, termasuklah terlebih guna otot (overuse), membawa beg yang berat dan tulang patah.

  • Atau keadaan yang jarang berlaku seperti slip disc dan penyakit keradangan.

  • Sakit belakang banyak memberi kesan kepada kanak-kanak perempuan berbanding lelaki.

  • Tetapi golongan dewasa lebih kerap mengalami sakit belakang berbanding kanak-kanak. Lebih kurang 30 dalam 100 kanak-kanak dan golongan muda mengalami sakit belakang, tetapi hanya sedikit yang mendapatkan khidmat doktor.

  • Satu kajian menunjukkan tiada penyebab tertentu berlakunya sakit belakang dikalangan 78 daripada 100 kanak-kanak, walaupun banyak pemeriksaan yang telah dilakukan. Ini tidak bermakna sebab-sebab yang serius perlu diabaikan.

  • Sakit belakang adalah masalah biasa dan selalunya tiada yang perlu dirisaukan. Bagaimanapun ada sesetengah keadaan yang memerlukan anda membawa anak anda untuk mendapatkan rawatan.

Simptom-simptom sakit belakang dalam kalangan kanak-kanak

Sakit belakang menyebabkan rasa tidak selesa pada bahagian belakang badan.

  • Rasa sakit boleh terjadi dalam jangka masa yang singkat atau lebih lama.

  • Ia boleh menjadi sakit yang ringan (mild) atau teruk (severe). Ia boleh berlaku pada satu tempat atau menjalar ke bahagian lain seperti kaki.

  • Kadang-kadang menyebabkan kanak-kanak sukar untuk tidur malam dan boleh mengganggu prestasi mereka di sekolah.

  • Sakit belakang boleh mengganggu aktiviti harian mereka seperti bermain dengan rakan-rakan dan bersukan

  • Kadang-kadang anda boleh mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang menyebabkan rasa sakit bertambah teruk, seperti ketika mengangkat atau membawa barang atau merasa lega jika berehat dan kadang-kadang tahap kesakitan berubah tanpa sebab tertentu.

  • Anda atau anak anda mungkin dapat mengesan gejala-gejala lain seperti demam panas, lemah, kebas, rasa mencucuk-cucuk atau masalah mengawal pundi kencing dan usus.

  • Ia boleh menggangu cara kanak-kanak berjalan, membongkok dan bergerak.

  • Anda mungkin mendapati kawasan yang sakit apabila ditekan di bahagian tengah belakang badan anak anda.

  • Anda juga mungkin mendapati belakang anak anda kelihatan bengkok atau melengkung.

Penyebab sakit belakang dalam kalangan kanak-kanak.

Kanak-kanak yang lebih tua:

  • Tekanan pada otot-otot atau ligamen tulang belakang disebabkan pergerakan berulang seperti sukan, menari.

  • Slip disc, penyakit Scheuermann’s

  • Patah tulang belakang

  • Spondylolysis

  • Spondylolisthesis

  • Ankylosing spondylitis

  • Tumor/ ketumbuhan pada tulang atau saraf tunjang

  • Gangguan kongenital – scoliosis

  • Penyakit yang menyerang seluruh badan – seperti anaemia

Jangkitan – selalunya berlaku pada mereka yang berumur bawah 10 tahun.

  • Discitis – jangkitan pada tulang rawan

  • Osteomyelitis

  • Pyelonephritis

  • Jangkitan Retroperitoneal – jangkitan pada lapisan abdominal

Pilihan rawatan untuk kanak-kanak yang mempunyai sakit belakang.

Antara rawatan untuk sakit belakang dikalangan kanak-kanak adalah ubat-ubatan, fisioterapi dan khidmat pakar.

  • Dalam kebanyakan kanak-kanak, sakit belakang berlaku dalam jangka masa pendek dan hilang tanpa rawatan.

  • Kajian mendapati, hal ini berlaku lebih kurang sebahagian daripada semua remaja mengalami sakit belakang dan selalunya disebabkan aktiviti sukan yang terlalu berintensiti tinggi atau penggunaan beg galas.

  • Jika sakit belakang berterusan, penting untuk menyiasat puncanya.

  • Ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit mungkin dapat membantu.

  • Anak anda mungkin perlu dirujuk kepada fisioterapi bagi mendapatkan nasihat tentang perubahan cara hidup bagi melegakan kesakitan dan menghentikan ia daripada berulang.

  • Fisioterapi juga mungkin akan menyediakan pelbagai rawatan fizikal dan memberi nasihat mengenai senaman yang boleh dilakukan dirumah.

  • Sekiranya sakit belakang anak anda lebih daripada 4-6 minggu, bertambah buruk atau disertai dengan gejala-gejala seperti demam panas atau kebas, mereka perlu dirujuk kepada pakar.

  • Jika ia disebabkan masalah serius, penting untuk memulakan rawatan secepat yang mungkin. Rawatan akan diberikan oleh pakar bergantung pada penyebabnya.

Cara menghalang sakit belakang

  • Berhenti membongkok.

  • Sakit belakang boleh dielakkan dengan duduk dan berdiri dengan betul.

  • Mengangkat barang dengan betul dan elakkan pegerakan berulang yang boleh memberi tekanan pada tulang belakang.

  • Beg galas juga sering menyebabkan sakit belakang dikalangan kanak-kanak. Pastikan beg tidak terlalu berat dan bebannya dibahagi sama rata, dengan membawa beg menggunakan dua bahu daripada satu sahaja.

  • Jika loker tersedia, galakkan anak anda menggunakannya.

  • Berenang dapat membantu menghalang sakit belakang.

  • Berhati-hati dengan jumlah sukan atau aktiviti fizikal yang anak anda lakukan. Terlalu sikit atau banyak boleh membahayakan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *