sakit belakang di tempat kerja

Sakit Belakang di Tempat Kerja: Punca dan Cara Rawatan

Sibuk bekerja di pejabat, seharian menghabiskan masa di hadapan komputer sehingga sakit badan dan lenguh-lenguh. Sakit belakang di tempat kerja boleh mengganggu produktiviti anda.

Ramai yang mengalami sakit belakang di tempat kerja, namun tiada masa untuk mendapatkan rawatan. Tahukah anda, 90% dari pekerja pejabat akan mengalami sakit belakang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

70% daripadanya tidak mendapatkan rawatan dan berisiko untuk mengalami sakit belakang yang kronik seperti slip disc.

Duduk dalam posisi yang sama setiap hari, seperti di hadapan komputer, tanpa melakukan senaman boleh mengakibatkan sakit belakang.

Jika anda mengalami masalah ini, pasti rasa sakit dan tidak selesa semasa bekerja. Lalu mengganggu fokus dan produktiviti anda.

Bagaimana nak mengatasi masalah ini?

Mari ketahui lebih lanjut mengenai sakit belakang di tempat kerja.

Punca Sakit Belakang di Pejabat

Ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan sakit belakang di pejabat. Antaranya seperti:

1. Postur Badan yang Salah

sakit belakang di tempat kerja

Ramai yang tidak ambil pusing mengenai postur badan ketika duduk. Posisi yang salah boleh menyebabkan sakit dan rasa tidak selesa di bahagian belakang.

Sebaiknya, tulang belakang perlu disokong dengan betul iaitu duduk secara tegak 90 darjah.

2. Cara Bekerja

postur badan angkat barang

Cara bekerja seperti mengangkat barang yang berat juga boleh menjadi punca sakit belakang di tempat kerja. Ia boleh memberi tekanan pada bahagian belakang.

Sekiranya anda ingin mengangkat barang berat, lakukan dengan cara yang betul. Iaitu dengan membengkokkan lutut terlebih dahulu.

3. Kerap Membongkok

slouching

Badan bongkok sering berlaku pada pesakit tanpa sedar. Ia terjadi samada semasa duduk lama mahupun ketika berjalan.

Posisi badan membongkok adalah tidak baik untuk belakang anda. posisi ini memberikan tekanan pada bahagian belakang dan bahu.

Kemudian, ia boleh menyebabkan otot keras dan bengkak.

4. Stress

sakit belakang di tempat kerja

Masalah mental seperti stress boleh dikesan melalui simptom fizikal. Ia termasuk sakit belakang.

Jadi, sakit di bahagian belakang boleh menjadi tanda bahawa anda mengalami stress di tempat kerja.

5. Trauma atau Jatuh

sakit belakang di tempat kerja

Kemalangan seperti jatuh atau trauma di bahagian belakang boleh menyebabkan kecederaan pada tulang belakang.

Meskipun kecederaan lama yang sudah dirawat, ia boleh melarat.

Tips Untuk Mengurangkan Sakit Belakang

Selepas seharian bekerja di pejabat, bagaimana nak kurangkan sakit belakang? Mari cuba tips berikut:

1. Menjaga Postur Badan

Elakkan dari membongkok semasa anda bekerja. Jika anda terpaksa duduk untuk masa yang lama, biasakan diri untuk duduk bersandar dengan tegak.

Anda juga boleh letakkan bantal lembut di belakang badan. Ia berfungsi sebagai sokongan pada tulang belakang dan punggung.

2. Bersenam dan Membuat Regangan

stretching

Senaman dan regangan boleh membantu melegakan ketegangan dan tekanan pada tubuh badan. Anda boleh lalukan senaman yang melibatkan bahagian belakang badan.

Seorang ahli psikoterapi dari Kanada, Tim Sitt, mencadangkan satu teknik regangan bagi mengurangkan sakit belakang di tempat kerja. Mungkin anda boleh cuba cara-cara berikut:

  • Bangun dari tempat duduk dan ambil tiga ke empat langkah jauh dari meja
  • Bengkokkan badan ke arah meja sebanyak 90 darjah
  • Letakkan kedua-dua tapak tangan di atas meja dan pandang ke lantai
  • Kekalkan posisi ini selama 20 saat

3. Berjalan-jalan Sebentar

Apabila badan mula terasa lenguh, digalakkan untuk bangun dari tempat duduk dan berjalan-jalan sebentar.

Berjalan di sekeliling pejabat selama seminit dua sudah cukup untuk mengubah postur badan dan menjana pengaliran darah.

Rawatan Sakit Belakang di Tempat Kerja

sakit belakang

Rawatan fisioterapi adalah berkesan untuk meredakan sakit belakang.

Untuk mendapatkan rawatan fisioterapi di hospital, kebiasaannya pekerja harus mengambil cuti. Ini akan mengurangkan produktiviti pekerja dan juga syarikat.

Kini dengan kaedah in-house physiotherapy, ia dapat meningkatkan produktiviti syarikat, kurangkan mc rate dan pekerja tidak perlu keluar pejabat untuk masa yang lama.

Rawatan Sakit Belakang Oleh Physiomobile

Physiomobile menyediakan rawatan sakit belakang di tempat kerja. Antara pendekatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • In-house physiotherapy treatment oleh Physiomobile. Sebulan dua kali, full day.
  • HRDF training untuk penjagaan tulang belakang di tempat kerja
  • Booth pameran

Kini, anda tidak perlu ambil cuti untuk dapatkan rawatan fisioterapi di hospital.

Hanya hubungi Physiomobile untuk mendapatkan rawatan di pejabat.

Related Post

Muskuloskeletal

Punca Sakit Tumit Kaki (Jangan Biar Melarat)

Sakit tumit kaki selalunya akan terjadi kepada individu yang aktif bersukan dan golongan yang berumur 40 tahun ke atas. Namun, ada faktor lain yang akan menyebabkan anda sakit tumit kaki.

Kecederaan Sukan

Apakah Yang Menyebabkan Berlakunya Slip Disc?

Slip disc selalunya berlaku secara tiba-tiba. Ada yang mengatakan bunyi ‘pop’ di tulang belakang. Malah, ada yang mengatakan bahawa masalah slip disc boleh menyebabkan lumpuh. Bagi anda yang tertanya-tanya tentang

rawatan kanak-kanak
Umum

Rawatan Kanak-Kanak Yang Lewat Perkembangan

Pernahkah anda lihat kanak-kanak yang merangkak masih belum dapat berjalan? Mungkin dia perlu dapatkan rawatan kanak-kanak dengan segera. Setiap kanak-kanak diciptakan berbeza. Tetapi anda tertanya-tanya, mengapa terlalu lama masa diambil

Anda perlukan info lebih lanjut
mengenai rawatan fisioterapi?

Scroll to Top