sakit belakang

Ini Yang Anda Perlu Tahu Untuk Elak Sakit Belakang Ketika Bekerja di Rumah

Sakit belakang merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat. Masalah ini kebiasaannya akan berlaku pada bahagian belakang badan.

Masalah ini akan timbul apabila seseorang individu itu tidak mengamalkan postur badan yang betul semasa melakukan tugasan. Hampir 80% orang dewasa akan mengalami masalah ini.

Masalah ini bukan sahaja berlaku kepada orang dewasa, malah kanak-kanak juga berisiko untuk mengalami masalah ini.

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui masalah yang berkait dengan sakit belakang semasa kerja di rumah, tips untuk mengelakkan masalah ini dan kaedah intervensi melalui fisioterapi.

Masalah-Masalah Yang Berkait Dengan Sakit Belakang Ketika Bekerja Di Rumah

sakit belakang

Pada zaman pandemik ini, bekerja dari rumah sudah menjadi kebiasaan kepada pekerja-pekerja semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mahupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pekerja sekarang hanya akan melaksanakan pekerjaan mereka melalui komputer riba sahaja. Banyak aspek yang perlu diperhatikan semasa melaksanakan kerja di rumah.

Antara masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat yang bekerja di rumah adalah:

  1. Postur Badan Yang Tidak Betul

Postur badan yang tidak tegak boleh menyebabkan tulang belakang mengalami masalah. Kebanyakan masyarakat akan membongkok ke hadapan.

Masalah ini ditambah lagi dengan skrin komputer riba yang rendah. Paras antara skrin dan badan tidak sama. Ini akan menambahkan lagi tekanan kepada bahagian belakang badan.

Kedudukan pergelangan tangan, postur badan yang membongkok dan juga kedudukan kaki yang tidak sepenuhnya menyentuh lantai juga akan menjadi penyebab berlakunya masalah ini. 

  1. Pergerakan Pada Anggota Leher

Kedudukan leher semasa melakukan kerja di rumah juga boleh menyebabkan masalah belakang badan. Kedudukan yang tidak betul akan memberi tekanan antara 4.5 hingga 5 kilogram (kg).

Sekiranya perkara ini dipandang mudah, risiko untuk mengalami kecederaan yang berpanjangan amatlah tinggi. Malah, kecederaan ini juga akan mengambil waktu yang sangat lama.

  1. Kelengkapan Tidak Mecukupi

Bekerja dalam persekitaran yang tidak kondusif, ini juga akan menimbulkan masalah sakit belakang. Waktu bekerja yang lama beserta dengan kelengkapan yang tidak lengkap akan mendorong kepada masalah ini.

Kelengkapan untuk bekerja di rumah sangatlah penting kerana ia akan membantu dan memberi keselesaan untuk bekerja dalam jangka masa yang lama.

Sekiranya bekerja dalam keadaan postur badan yang tidak betul dan memerlukan untuk membongkok, ini akan menyebabkan masalah ini makin parah dengan bekerja masa yang lama.

Tips Untuk Mengelakkan Sakit Belakang Ketika WFH

sakit belakang

Setiap masalah semestinya akan ada penyelesaiannya. Sama seperti masalah ini juga ada penyelesaiannya.

Antara tips yang boleh diamalkan untuk mengelakkan daripada sakit belakang adalah:

  1. Laraskan Skrin Komputer Riba

Ketinggian skrin computer riba haruslah selari dengan aras anak mata. Melaras skrin dengan anak mata merupakan satu perkara yang harus dilakukan.

Mata yang sama aras dengan skrin computer riba akan membantu postur badan berada dalam keadaan yang betul. Badan tidak lagi perlu untuk membongkok semasa melakukan kerja.

Jarak antara mata dan juga skrin juga harus dijarakkan. 45 hingga 70 sentimeter digalakkan kepada para pekerja. Selain dari masalah belakang badan, penjagaan mata juga diperlukan.

Para pekerja juga harus memiliki waktu rehat. Waktu rehat tidak perlu lama, hanya lima hingga tujuh minit sahaja. Waktu rehat ini diperlukan untuk meredakan tekanan yang berlaku pada badan.

  1. Laraskan Papan Kekunci

Ketinggian papan kekunci haruslah dilaraskan dengan anggota siku. Ubah ketinggian papan kekunci hingga mencapai 90 darjah dengan anggota siku. Bahu pula berada dalam keadaan mendatar.

Keadaan dan posisi pergelangan tangan dan jari pula lurus kehadapan papan kekunci. Ini akan menghindari daripada berlakunya tekanan dan tidak lagi perlu untuk membengkok.

  1. Kedudukan Bahu

Posisi bahu hendaklah berada dalam keadaan rehat. Ini akan menyebabkan tiada tekanan yang diberikan kepada bahagian belakang badan.

Kedudukan badan pula haruslah disokong dengan tempat duduk dengan kdudukan 90 hingga 110 darjah ke belakang. Ini akan memastikan bahu dapat berehat dan badan tidak perlu dibongkokkan.

Selain itu, paha perlu berada dalam keadaan yang mendatar. Siku pula dibantu dengan tempat letak tangan dan seterusnya kaki sepenuhnya menyentuh lantai.

  1. Elak Membengkokkan Leher

Selain pekerjaan yang dilakukan melalui komputer riba, ada juga yang dilakukan melalui telefon bimbit.

Kebanyakan pekerja yang bekerja melalui telefon bimbit akan membengkokkan leher mereka. Mereka akan menghadap telefon ke bawah.

Ini juga merupakan masalah yang boleh mendorong kepada masalah belakang badan. Malah, ia juga akan memberi tekanan kepada leher.

Pekerja ini haruslah melaraskan skrin telefon bimbit itu selaras dengan mata. Ini akan menyebabkan leher dapat berada dalam keadaan rehat.

Kaedah Intervensi Melalui Fisioterapi

sakit belakang

Antara kaedah yang digunakan adalah:

  • Manual Terapi

Manual terapi ini merupakan teknik yang akan digunakan secara ‘hands-on’ ke atas diri anda. Teknik ini berbeza dengan teknik yang menggunakan alatan ataupun mesin.

Anda akan dibantu oleh ahli fisioterapi yang menggunakan teknik Manual Terapi. Teknik ini akan melibatkan pergerakan sendi ke arah tertentu dengan kadar pergerakan berbeza.

Langkah ini diambil kerana untuk mengembalikan had upaya pergerakan para pesakit. Melalui teknik ini juga, otot dapat diregangkan, dapat dipulihkan dan fizikal akan kembali seperti sedia kala.

Antara kelebihan Manual Terapi ini ialah:

  • Mengurangkan Kesakitan

Tujuan utama Manual Terapi ini adalah untuk mengurangkan kesakitan yang dihadapi oleh para pesakit. Kesakitan yang dihadapi dapat dikuangakan sekali gus membantu untuk menghilangkan kesakitan untuk jangka masa yang lama.

  • Meningkatkan Keupayaan

Manual Terapi ini akan diteruskan dengan melakukan senaman ringan. ini telah terbukti apabila ia dapat mengembalikan dan meningkatkan keupayaan fizikal pesakit seperti biasa.

  • Meningkatkan Kadar Pergerakan

Respon balas daripada pesakit yang menjalani teknik Manual Terapi ini telah menyatakan bahawa teknik ini amat membantu mereka untuk bergerak. 

Jika dahulu pergerakan terbatas, tetapi melalui teknik Manual Terapi ini dapat memulihkan dan mengurangkan kesakitan yang dihadapi.

Kesimpulannya, penjagaan bahagian belakang badan amatlah perlu dititikberatkan oleh semua golongan masyarakat. Masalah ini dapat mengganggu kelangsungan hidup anda.

Jangan sesekali memandang rendah dengan masalah ini. Masalah ini boleh menjejaskan pergerakan dan juga boleh memberi kesakitan untuk jangka masa yang lama.

PHYSIOMOBILE merupakan penyelesaian yang anda carikan. Physiomobile dengan berbuka hati akan membantu anda untuk mengurangkan atau memulihkan sakit belakang anda semasa PKP.

Physiomobile juga menawarkan khidmat mereka kepada sesiapa yang memerlukan rawatan. Bekerja di rumah sememangnya akan mendatangkan masalah kepada anda.

Berikutan dengan ‘SOP’, jangan risau. Physiomobile akan mengikut ‘SOP’ yang telah ditetapkan. Ahli fisioterapi mereka juga akan memakai ‘Full Personal Protective Equipment’ (PPE).

Ahli fisioterapi juga merupakan ahli fisioterapi yang terlatih, bertauliah dan berpengalaman dalam masalah yang anda hadapi.

Tingkatkan kualiti hidup anda bersama Physiomobile. Dari masalah belakang, slip disc, sakit lutut dan sebagainya, di Physiomobile dapat membantu anda.

Jangan mengambil masa yang lama untuk membantu badan anda berada dalam keadaan yang sihat. Klik di sini untuk ke Facebook kami.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *