sakit belakang

Sakit Belakang: Punca Yang Ramai Tak Sedar (Serta Rawatannya)

Sakit belakang sering dialami oleh semua lapisan individu tertentu tanpa mengira usia dan jantina.

Namun, ramai yang tidak mengetahui punca utama terjadinya masalah ini.

Berikut adalah beberapa punca yang menyebabkan seseorang itu mengalami sakit belakang.

Sakit Belakang Disebabkan Postur Badan Yang Salah

sakit belakang

Ramai yang tidak mengambil berat dengan postur badan ketika dalam keadaan duduk. Posisi duduk yang salah boleh menyebabkan sakit pada belakang.

Kebanyakkan daripada mereka tidak menetapkan posisi badan dalam keadaan yang betul iaitu duduk secara tegap.  Ada yang duduk dalam keadaan yang terlalu membongkok.

Sebaik-baiknya adalah tulang belakang perlu disokong secara betul iaitu dengan duduk secara 90 darjah.

Cara Bekerja

Orang yang mengangkat barang yang berat cenderung untuk mengalami sakit belakang pada usia muda. Ini kerana barang yang diangkat dengan badan membongkok boleh menyebabkan kecederaan pada tulang belakang.

Sekiranya ingin mengangkat barang berat, lutut hendaklah dibengkokkan terlebih dahulu bagi memastikan postur tulang belakang terjaga.

Bagi yang bekerja di pejabat yang menghadap komputer, senaman regangan hendaklah dilakukan secara berkala.

Elakkan duduk dalam jangka masa yang lama. Ambil sedikit masa untuk berjalan dan berdiri bagi mengelakkan sakit belakang setelah seharian bekerja.

Slipped Disc

‘Slipped disc’ adalah suatu keadaan di mana ‘nucleus pulposes’ yang terletak di antara disk teralih daripada kedudukan asal atau membengkak.

Jarak di antara disk merapat lalu membengkak menyebabkan rasa sakit pada belakang. Individu yang mengalami slipped disc kebiasaannya akan mengalami lenguh dan kebas pada bahagian kaki.

Golongan yang berusia lebih cenderung untuk mengalami masalah ini berbanding orang muda.

Disc mempunyai kandungan air yang mencukupi di usia muda. Namun, ia akan berkurangan apabila seseorang meningkat usia.

Disc yang leper akan menyebabkan jarak di antara tulang belakang semakin dekat dan menghasilkan geseran lalu menyebabkan rasa sakit pada tulang belakang.

Trauma atau Jatuh

Individu yang pernah mengalami kemalangan akan mengalami kecederaan pada tulang belakang. Meskipun kecederaan lama sudah dirawat, ia boleh melarat pada masa akan datang.

Bahagian tubuh badan yang mempunyai trauma perlu dijaga dengan berhati-hati bagi mengelakkan situasi yang tidak dijangka akan berlaku.

Selain itu,  kesan selepas terjatuh boleh menyebabkan kesakitan pada tulang punggung dan tulang belakang kerana ianya saling bersambung.

Mereka yang kerap jatuh kebiasaannya akan mengalami kesakitan pada bahagian belakang.

Jika perkara ini berlaku, perkara yang terbaik boleh dilakukan adalah dengan merujuk kepada doktor pakar atau mendapatkan rawatan sebagai langkah berjaga-jaga sebelum berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini.

Kehamilan

Wanita yang mengandung akan mengalami sakit belakang terutama pada bahagian bawah tulang belakang.

Salah satu puncanya ialah pertambahan berat badan yang mendadak. Wanita hamil bukan sahaja mengalami pertambahan berat badan, malah kesakitan pada tubuh badan terutamanya pada belakang.

Perubahan hormon wanita hamil juga membawa kepada sakit belakang.

Sendi pinggul yang semakin melonggar dan ligamen pinggul yang lembut menyebabkan semakin sukar untuk seseorang wanita itu menampung berat yang ditanggung.

Perubahan hormon ini adalah sebagai salah satu persediaan bagi wanita yang bakal bersalin.

Justeru wanita yang hamil perlu mengambil langkah-langkah seperti tidak kerap membuat kerja berat dan berdiri lama.

Walaupun mereka adalah golongan yang paling kerap menghadapi sakit belakang, sakit ini akan hilang atau berkurang selepas proses bersalin setelah bayi dilahirkan.

Demikian adalah beberapa punca yang menyebabkan berlakunya sakit pada bahagian belakang. Sekiranya anda memerlukan rawatan segera, ketahui perkhidmatan yang kami sediakan di sini.

3 thoughts on “Sakit Belakang: Punca Yang Ramai Tak Sedar (Serta Rawatannya)”

  1. Pingback: Rawatan Slip Disc Tanpa Pembedahan Yang Anda Tak Tahu Lagi

  2. Pingback: Cara Menghilangkan Sakit Belakang (CEPAT dan BERKESAN)

  3. Pingback: Sakit Belakang di Tempat Kerja: Punca dan Cara Rawatan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *