sakit leher

Sakit Leher: Punca Otot Tegang Di Leher

Pernahkah leher anda terasa sakit atau lenguh seakan otot tegang sehingga menjalar ke bahagian lain seperti bahu, kepala, dan muka? 

Ianya boleh mengehadkan pergerakan kepala dan leher sehingga mengganggu aktiviti harian.       

Jika asyik merasakan sakit leher atau tengkuk berulang-kali, jangan ambil ringan! Itu petanda yang anda perlu ambil rawatan.    

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui punca otot tegang di leher dan rawatan terbaik yang diperlukan.

Sakit Leher

sakit leher

Sakit leher akan menyebabkan bahagian leher terasa kesakitan dan menimbulkan rasa yang tidak selesa.

Umumnya, gejala-gejala sakit leher adalah seperti berikut:

  • Otot leher terasa tegang dan keras
  • Julat pergerakan pada sendi leher berkurang dan terbatas
  • Sakit di sekitar sendi leher
  • Sakit di bahagian belakang kepala atau leher
  • Sakit di bahagian torasik, bahu, atau rahang 

Ketegangan otot boleh melibatkan mana-mana bahagian otot.

Namun, bahagian yang sering terlibat adalah leher, bahu dan otot di belakang paha. 

Punca Otot Tegang di Leher

sakit leher

Sakit leher kebiasaannya berpunca daripada berikut:

  • Ketegangan otot

Selalunya disebabkan oleh aktiviti harian yang mana melibatkan postur badan yang tidak betul. Ia berisiko menyebabkan sakit leher. 

Contohnya seperti berikut:

  • Duduk setempat dalam tempoh masa terlalu lama tanpa ubah posisi
  • Tidur dalam keadaan leher terpusing
  • Leka menunduk ketika melihat skrin telefon atau komputer

Keadaan seperti ini yang boleh menyebabkan kekejangan atau ketegangan otot leher. 

  • Ketidakseimbangan otot

Postur badan yang tidak betul akan menyebabkan sebahagian otot menjadi lemah dan sebahagian tegang. 

Seterusnya mengganggu keseimbangan pada tulang belakang untuk mengimbangi semula kedudukan. 

  • Kecederaan leher

Struktur leher mudah terdedah kepada kecederaan dan kemalangan kerana melibatkan banyak pergerakan dan untuk menyokong berat kepala. 

Ia dipanggil kecederaan whiplash iaitu kecederaan yang biasa berlaku sewaktu kemalangan. 

Kecederaan ini disebabkan oleh pergerakan leher yang lebih laju melampaui gerakan leher yang normal. 

Jika melibatkan otot, tendon, bursa, capsul, fascia, ligaments, disc, atau saraf di bahagian leher cedera, kesannya leher yang akan merasai kesakitan dan ketegangan. 

Rawatan Untuk Sakit Leher

Rawatan inisiatif untuk sakit leher adalah bergantung kepada punca dan tahap kondisi.

Rehabilitasi boleh membantu mengurangkan sakit leher.

  • Pengurusan sakit leher dengan menggunakan teknik pek ais atau haba. 

Caranya, membalut pada bahagian yang sakit dengan ice pack (sakit leher yang akut) atau hot pack (sakit leher yang teruk dan berulang) selama 15-20 minit.

Program senaman sakit leher yang melibatkan teknik regangan 30 saat dalam posisi duduk atau berdiri seperti:

  • Extensor Stretch. Tunduk kepala, dagu ke dada dan tahan selama 30 saat.
  • Flexor Stretch. Dongak kepala ke arah siling dan tahan untuk 30 saat.
  • Rotation. Pusing kepala perlahan-lahan ke tepi dantahan sehingga kiraan 30 saat.
  • Betulkan posisi badan anda ketika duduk mahupun bekerja di pejabat. 

sakit leher

Seeloknya, anda perlu berehat selama 5-10 minit setelah lama menghadap kerja di laptop. 

  • Memilih bantal yang berkualiti dan sederhana tinggi. Ini bertujuan untuk menyokong tulang dan otot leher ketika anda sedang tidur. 

Namun, tahukah anda boleh memilih rawatan fisioterapi yang lebih berkesan bagi melegakan ketegangan otot yang menyebabkan sakit leher? 

Ya, objektif fisioterapi merangkumi untuk meredakan sakit, menguatkan otot leher, meningkatkan dan mengekalkan julat pergerakan leher dan kepala, serta memberi kesedaran tentang kondisi pesakit.

Rawatan Fisioterapi di Physiomobile 

Rawatan fisioterapi di Physiomobile merupakan solusi terbaik untuk memulihkan kembali kesakitan fizikal serta gangguan musculoskeletal seperti:

  • Sakit leher
  • Sakit belakang
  • Sakit bahu
  • Sakit lutut

Kami di Physiomobile juga menawarkan perkhidmatan pemulihan yang menyeluruh untuk masalah saraf, pediatrik, geriatrik, trauma akibat kemalangan atau kecederaan sukan dan selepas pembedahan.

Kami terdiri daripada ahli fisioterapi yang berkelulusan dan bertauliah dalam bidang fisioterapi. 

Physiomobile menggunakan rawatan berpandukan saintifik terkini iaitu “manual technique physiotherapy” disampingan senaman yang berstruktur.

Rawatan ini fokus untuk mengurangkan sakit dan menambah julat pergerakan sendi tulang leher. 

Teknik manual terapi yang dilakukan akan melibatkan pergerakan sendi ke arah tertentu dengan kadar pergerakan berbeza.

Dengan ini keadaan otot dan keupayaan fizikal akan kembali pulih seperti sedia kala.

Proses rawatan merangkumi pemeriksaan yang melibatkan temubual sejarah kesihatan dan ujian-ujian fizikal. 

Kemudian, sesi rawatan dan konsultasi menggunakan ilmu anatomi dan fisioterapi untuk mengetahui secara mendalam tentang keadaan pesakit. 

Sejak 2016 sehingga kini, kami; ahli terapi di Physiomobile telah berjaya merawat 30,000 pesakit dalam pelbagai kes termasuklah seperti berikut: 

  • Slip disc
  • Scoliosis
  • Spondylosis
  • Bulging Disc
  • Sakit-sakit otot
  • Sakit di bahagian belikat

Kesihatan yang baik merupakan satu nikmat terindah, maka setiap individu sewajarnya beringat untuk menjaga anugerah ini sebaiknya.

Oleh itu, jangan bertangguh untuk mendapatkan rawatan bagi meredakan masalah ketegangan otot yang menyebabkan sakit leher.

Tetapkan temujanji anda bersama kami di Physiomobile.

Dapatkan rawatan ketegangan otot leher di Physiomobile sekarang


HUBUNGI PHYSIOMOBILE

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *