sakit leher

Sakit Leher: Ketahui Punca Otot Tegang Di Leher

Sakit leher sering mengganggu aktiviti harian apabila anda kurang mengambil berat dan tidak menjaga kedudukan postur leher anda terutama sekali ketika bekerja atau tidur.

Masalah ini boleh dicegah dengan awal apabila melakukan senaman yang sesuai.

Ingin tahu apa penyebab ia berlaku serta rawatan yang anda boleh dapatkan untuk mengurangkan kesakitan?

Teruskan membaca! 

Sakit Leher

Individu yang mengalami masalah sakit leher akan rasa sakit dan tidak selesa pada mana-mana bahagian leher dan ia juga boleh melibatkan bahagian bahu, kepala dan muka.

Kondisi ini biasanya berpunca daripada otot, tendon, fascia, bursa, capsul, ligaments, disc, saraf dan dura.

Selain itu, masalah sakit leher tersebut juga kebanyakannya disebabkan oleh faktor mekanikal yang berpunca daripada kerja yang dilakukan di tempat kerja.

Tanda- tanda sakit leher adalah seperti berikut:

  • Otot leher terasa tegang dan keras.
  • Julat pergerakan pada sendi leher berkurang dan terbatas
  • Sakit di sekitar sendi leher
  • Sakit di bahagian belakang kepala/ leher
  • Sakit di bahagian torasik, bahu atau rahang.

Punca Otot Tegang Di Leher

Sakit leher kebiasaannya berpunca daripada ketegangan pada bahagian otot leher. Beberapa kemungkinan anda mengalami ketegangan otot pada bahagian tersebut adalah:

  • Pergerakan berulang 

Individu yang mempunyai pekerjaan yang memerlukan mereka melakukan pergerakan berulang sering mengalami ketegangan pada bahagian otot di leher mereka.

  • Postur atau posisi badan yang salah

Tahukah anda berat kepala bagi orang dewasa adalah antara 4 hingga 5KG?

Sekiranya berat tersebut tidak disokong dengan betul oleh postur tubuh yang baik, otot pada bahagian leher perlu bekerja lebih keras dan boleh menyebabkan ketegangan. 

  • Senaman dan sukan

Aktiviti sukan fizikal adalah salah satu sebab kecederaan ringan dan ketegangan otot berlaku. Antaranya adalah dengan aktiviti angkat berat yang menggunakan otot leher.

  • Posisi tidur yang tidak betul

Semasa anda tidur, kepala dan leher anda harus sejajar dengan seluruh badan anda. 

Sekiranya anda tidur dengan bantal besar yang terlalu tinggi, ia akan mengangkat leher anda sehingga menyebabkan ketegangan bertambah.

  • Mengangkat beg yang berat

Badan anda akan mengalami ketidakseimbangan ketika membawa beg yang berat, terutamanya dengan tali di bahu anda. 

Ia akan menyebabkan tekanan pada sisi leher anda yang boleh meningkatkan ketegangan pada bahagian tersebut.

  • Stres

Bukan aktiviti fizikal sahaja yang boleh menyumbang kepada masalah sakit leher. Tekanan psikologi juga mampu memberi kesan kepada seluruh badan anda. 

Apabila anda mengalami tekanan, anda mungkin secara tidak sengaja akan menegangkan dan meregangkan otot-otot di leher anda. 

  • Trauma

Sekiranya anda mengalami trauma atau kecederaan fizikal seperti terlibat dalam kemalangan kereta atau jatuh, anda mungkin mengalami whiplash. 

Whiplash boleh terjadi apabila leher tersentak dengan kuat dan keadaan ini juga menyumbang kepada ketegangan otot dan sakit leher. 

Cara Merawat Sakit Leher

Setelah meneliti punca-punca berlakunya ketegangan otot pada bahagian leher, mari kita lihat cara-cara yang boleh dipraktikkan untuk merawatnya.

Rawatan bagi masalah sakit leher biasanya bergantung kepada punca ia berlaku. 

Namun, anda juga akan mendapati bahawa senaman berikut membantu dalam mengatasi ketegangan leher dan mengurangkan kesakitan.

Regangan 1: Seated neck stretch

  1. Duduk dalam posisi yang selesa, sama ada bersila di lantai atau kerusi. Pastikan kaki anda dapat menyentuh lantai.
  2. Letakkan tangan kiri anda di bawah dan tangan kanan anda di atas kepala.
  3. Tarik kepala anda ke kanan dengan perlahan sehingga telinga anda hampir menyentuh bahu. Tahan selama 30 saat.

Regangan 2: Chin to chest stretch

  1. Duduk bersila di lantai, genggam tangan anda di atas kepala dengan siku menghala ke luar.
  2. Tarik dagu ke dada dengan perlahan dan tahan selama 30 saat.

Regangan 3: Cheek push stretch

  1. Sama ada duduk atau berdiri, letakkan tangan kanan di pipi kanan anda.
  2. Toleh ke arah bahu kiri anda dan secara perlahan-lahan tekan pipi kanan anda sejauh mungkin sambil fokuskan pandangan pada objek di belakang anda.
  3. Tahan selama 30 saat dan ulang.

Seterusnya, rawatan-rawatan lain yang anda boleh lakukan untuk merawat ketegangan otot leher adalah:

  • mendapatkan urutan
  • menggunakan haba atau ais
  • berendam dalam air garam atau mandi air suam
  • mengambil ubat anti-radang nonsteroid (NSAID) seperti ibuprofen (Motrin, Advil) dan naproxen (Aleve)
  • melakukan yoga

Rawatan Fisioterapi Yang Anda Boleh Dapatkan

Anda sudah melakukan semua rawatan yang disyorkan di atas tetapi masalah sakit leher akibat ketegangan otot masih belum reda?

Cubalah dapatkan rawatan di PhysioMobile Malaysia yang menawarkan rawatan fisioterapi yang berkesan secara manual, rawatan ke rumah dan konsultasi!

PhysioMobile mempunyai 46 orang ahli fisioterapi yang pakar dalam pelbagai masalah neurologi, pediatrik, geriatrik, trauma akibat kecederaan dan kemalangan.

Rawatan ‘manual technique physiotherapy’ dan senaman berstruktur dan berfokus bertujuan mengurangkan sakit dan menambah julat pergerakan sendi tulang leher.

Konklusinya, seperti yang dijelaskan di atas, masalah sakit leher tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja tanpa dirawat kerana ia akan mengganggu keselesaan dan rutin harian.

Oleh itu, segeralah hubungi PhysioMobile bagi menghilangkan kesakitan dan ketidakselesaan akibat ketegangan otot.

Pakar terapi kami akan menemubual anda dan bertanya sejarah kesihatan untuk mengetahui jenis kecederaan sebelum melakukan pemeriksaan. 

Kini, dengan misi menjadi pusat fisioterapi terbaik di Kuala Lumpur, PhysioMobile Malaysia sudah melebarkan sayap dan membuka cawangan di Wangsa Maju.

Physiomobile bermula Dengan hanya 5 bilik iaitu 1 lot kedai, kini kami telah berjaya menambah 1 lagi lot kedai yang mampu memuatkan 10 bilik.

Kami telah pun merawat berpuluh ribu kes, antaranya:

  • Slip disc
  • Scoliosis
  • Spondylosis
  • Bulging Disc
  • Sakit sakit otot
  • Sakit di bahagian belikat

Seterusnya, selain merawat ketegangan otot, rawatan kami juga boleh menghilangkan kesakitan anggota badan, meningkatkan keupayaan fizikal dan meningkatkan kadar pergerakan.

Setelah beberapa sesi rawatan bersama kami, tiada lagi masalah sakit leher atau kesakitan pada anggota badan lain seperti sakit lutut dan kecederaan lain.

Proses rawatan di Pysiomobile terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

  1. Pemeriksaan 

Pertama sekali, sebelum proses rawatan dijalankan, pakar therapist kami akan mengajukan anda beberapa soalan berkaitan latar belakang dan kesemua sejarah kesihatan anda. 

Kami mengambil berat tentang punca kecederaan yang dialami untuk menentukan rawatan yang sesuai untuk anda.

Seterusnya, therapist kami akan melakukan pemerhatian dan ujian-ujian fizikal berdasarkan ‘outcome measure’ tertentu.

  1. Rawatan

Rawatan untuk sakit leher yang anda alami akan berfokus kepada mengurangkan sakit dan menambah julat pergerakan tubuh badan.

Proses ini menggunakan kaedah rawatan ‘manual technique physiotherapy’ dan program senaman yang berstruktur dan berfokus. 

  1. Konsultasi

Seterusnya, berdasarkan ilmu anatomi dan fisioterapi, therapist akan menerangkan dengan mendalam tentang kondisi anda.

Punca kecederaan dan cara mengelakkannya juga akan diberikan perhatian. 

Fisioterapi kami di Physiomobile akan membantu anda dengan menggunakan teknik manual terapi yang melibatkan pergerakan sendi ke arah tertentu dengan kadar pergerakan berbeza.

Ini bukan sahaja untuk membaik pulih keadaan otot anda, malah dapat meregangkan otot dan juga mengembalikan keupayaan fizikal seperti sedia kala.

Antara rawatan-rawatan lain yang anda boleh dapatkan di Physiomobile adalah:

  • Sports Injuries Treatment
  • Children Treatment
  • Knee Pain Treatment
  • Stroke Treatment
  • Shoulder Pain Treatment
  • Back Pain Treatment
  • Neck Pain Treatment

Oleh itu, tunggu apa lagi? Dapatkan rawatan segera di Physiomobile Malaysia dan ucapkan selamat tinggal kepada masalah sakit leher akibat ketegangan otot! 

Kami sedia membantu anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *