sakit tulang belakang

Sakit Tulang Belakang Mula Menyerang (Ini Sebabnya)

Tidak ada sesiapa yang mahu mengalami sakit tulang belakang.

Apabila sakit tulang belakang menyerang, seluruh badan merasai kesakitannya. Banyak kerja tidak dapat disiapkan.

Sekiranya anda mengalami kesakitan pada tulang belakang, anda tidak berseorangan. Ketahui tanda-tanda sakit tulang belakang di sini.

Tulang belakang boleh dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit. Di antaranya ialah artritis, slipped disc, spondylosis dan tumor saraf belakang.

Tanda-tanda kesakitan penyakit ini kebanyakkan sama kerana ia melibatkan anggota badan yang sama.

Artritis menjejaskan tulang belakang. Penyakit ini adalah radang pada sendi tulang belakang, pesakit akan mengalami kerosakan yang berlaku pada struktur tulang belakang.

Pergerakan pesakit dalam aktiviti harian adalah terhad disebabkan radang ini.

‘Slipped disc’ berlaku apabila cecair yang dikenali sebagai ‘nucleus pulposes’ terkeluar daripada tisu lembut yang terletak diantara verterbra iaitu diantara tulang-tulang belakang.

Cecair itu boleh membengkak atau berkurang diatas faktor-faktor tertentu.

Pesakit yang menderita sakit tulang belakang juga berisko untuk menghidapi tumor tulang belakang.

Rawatan MRI boleh membantu mengesan sel-sel kanser yang sukar dicam dengan rawatan biasa.

Tanda-tanda Sakit Tulang Belakang

1. Rasa mencucuk di bahagian belakang badan

sakit tulang belakang

Pesakit akan merasai kesakitan seperti dicucuk objek tajam pada bahagian belakang badan. Kesakitan ini akan menyebabkan rasa tidak selesa dengan diri sendiri ketika melakukan kegiatan harian.

Pesakit juga sukar untuk menggerakkan badan dalam posisi kiri ke kanan disebabkan rasa mencucuk ini.

Ianya boleh menyerang saraf-saraf lain juga seperti kesukaran untuk mencapai dan mengenggam sesuatu objek seperti biasa.

2. Sakit belakang, leher, atau bahagian atas pinggang.

Kesakitan yang menjalar pada bahagian leher sehingga pinggang – itu adalah tanda-tanda seseorang itu mengalami slipped disc.

Bahagian-bahagian ini akan rasa sakit dan kebas disebabkan kesakitan yang berpunca daripada kerosakkan di salah satu cakera(disc) di antara verterbra.

Pengawalan pembuangan air besar dan kecil juga terganggu di mana pesakit tidak mampu untuk mengawal pundi kencing dan saluran air besar.

Pesakit juga mungkin mengalami rasa kurang selesa dan gatal-gatal pada bahagian kemaluan disebabkan kesukaran untuk menahan kencing.

Sakit tulang belakang mampu menjejaskan kualiti kehidupan seharian individu jika tidak dikesan dan dirawat pada peringkat awal.

3. Rasa kebas pada kaki dan tangan

sakit tulang belakang

Bagi mereka yang menghidap spondylosis atau osteoarthritis tulang belakang, mereka akan kerap kali merasa kebas pada bahagian tangan dan kaki.

Tidak kurang juga rasa mencucuk pada bahagian punggung. Tulang belakang yang rapuh akan mendatangkan beberapa simptom yang tidak selesa kepada pesakit.

Mereka yang mengalami sakit tulang belakang ini akan mengalami kesukaran untuk berdiri dalam postur badan yang biasa. Tekanan kesakitan yang dirasai pada bahagian belakang anggota badan terutama pada bahagian pinggang.

Penipisan lapisan tulang akan membuatkan rasa kesakitan yang mencucuk-cucuk pada bahagian tertentu.

4. Rasa sengal dan lenguh

Berdiri dan duduk terlalu lama boleh mendatangkan rasa sengal dan lenguh terutama pada bahagian tulang belakang dan kaki.

Ini disebabkan oleh ketidakupayaan badan untuk menampung beban dalam jangka masa yang lama. Rasa sengal dan lenguh ini boleh berpanjangan jika tiada aktiviti regangan dilakukan.

Elakkan duduk dengan terlalu lama atau berdiri terlalu lama. 

5. Sukar untuk berjalan

Kesukaran untuk berjalan boleh dikaitkan dengan tumor.

Kesakitan pada tulang belakang juga boleh membawa kepada kondisi lumpuh pada bahagian kaki atas dan ke bawah jika sel tumor lambat dikenalpasti.

Pesakit yang menghidapi tumor tulang belakang juga akan mengalami tanda-tanda sakit tulang belakang yang lain.

Sebenarnya, masalah ini boleh dirawat dengan bantuan pakar. Sekiranya anda mahu mengetahui lebih lanjut tentang rawatan untuk sakit tulang belakang, lawati laman web kami sebelum terlambat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *