rawatan sakit bahu shah alam

SAKIT TULANG SELANGKA (CLAVICLE PAIN)

o Tulang selangka adalah tulang yang berbentuk ‘S’ dan menyambungkan tulang dada (sternum) dan bahu.

o Tulang rawan (cartilage) yang menghubungkan tulang selangka ke bahagian tulang bahu dipanggil sendi acromioclavicular (AC). Manakala sambungan satu lagi yang bersambung dengan tulang dada dipanggil sebagai sendi sternoclavicular.

o Rasa sakit pada tulang selangka boleh disebabkan oleh patah, arthritis, jangkitan kuman pada tulang atau keadaan lain yang berkait dengan kedudukan tulang selangka.

o Anda boleh mengalami rasa sakit yang tiba-tiba pada tulang selangka mungkin disebabkan daripada kemalangan, kecederaan sukan atau trauma lain.

Patah tulang selangka

  • Disebabkan kedudukannya yang agak dekat dengan permukaan kulit maka ia cenderung untuk patah jika terdapat daya yang dikenakan pada bahu.

  • Tulang selangka adalah tulang yang paling kerap patah dalam tubuh manusia.

  • Jika anda jatuh pada bahu atau jatuh dengan menahan badan menggunakan tangan, anda akan berisiko mengalami patah tulang selangka.

  • Antara Penyebab lain berlakunya patah tulang selangka adalah kecederaan sukan, kemalangan dan ketika lahir (patah tulang selangka pada bayi ketika dilahirkan)

  • Bayi yang baru lahir dengan patah tulang selangka tidak dapat menggerakkan tangan yang terlibat untuk beberapa hari selepas dilahirkan alami jika patah tulang selangka adalah rasa sakit yang teruk dan tiba-tiba.

  • Selalunya rasa sakit betambah teruk apabila anda cuba menggerakkan bahu anda.

  • Anda juga mungkin akan mendengar atau merasa bunyi kisaran (grinding) ketika menggerakkan bahu.

Tanda-tanda patah tulang selangka:

  • bengkak

  • lebam

  • rasa sakit ketika sentuh

  • tangan yang terlibat menjadi kaku

Untuk patah yang ringan, rawatan yang diberikan selalunya ialah dengan memastikan tangan tidak digerakkan selama beberapa minggu. Anda mungkin akan dipakaikan anduh bagi membenarkan tulang anda pulih dalam posisi yang betul.

Untuk patah yang teruk, pembedahan mungkin dilakukan bagi membetulkan kedudukan tulang selangka dan membenarkan tulang anda pulih dalam posisi yang betul.

Penyebab lain yang menyebabkan tulang selangka sakit:

Osteoarthritis

  • Penggunaan berlebihan pada sendi acromioclavicular atau sternoclavicular boleh menyebabkan berlakunya osteoarthritis pada satu atau lebih sendi.

  • Arthritis juga boleh berlaku disebabkan kecederaan lama atau penggunaan harian yang berlebihan dalam jangka masa yang lama.

  • Gejala-gejala osteoarthritis termasuklah rasa sakit dan kaku pada sendi yang terlibat.

  • Gejalanya sering terbentuk perlahan-lahan dan akan bertambah teruk.

  • Ubat anti-keradangan seperti ibuprofen dapat membantu mengurangkan rasa sakit dan keradangan yang berkait dengan osteoarthritis.

  • Suntikan corticosteroid juga dapat membantu melegakan keradangan dan rasa sakit untuk jangka masa panjang.

  • Anda perlu elakkan aktiviti yang merangsang rasa sakit dan kekakuan.

Sindrom thoracic outlet

  • Thoracic outlet adalah ruang di antara tulang selangka dan tulang rusuk yang paling atas.

  • Ruang ini dipenuhi dengan laluan salur darah, saraf dan otot-otot.

  • Otot bahu yang lemah akan membenarkan tulang selangka anda jatuh dan menyempitkan ruang thoracic outlet, dan ia akan memberi tekanan pada saraf dan salur darah yang terdapat dalam ruang tersebut.

  • Sakit pada tulang selangka boleh terhasil walaupun tulang tersebut tidak mengalami kecederaan.

Kecederaan sendi

  • Tulang selangka boleh sakit akibat daripada ligamen yang memegang dan menstabilkan sendi tulang selangka anda koyak.

  • Kecederaan pada sendi acromioclavicular (AC) boleh disebabkan jatuh atau pukulan tepat pada bahu.

  • Rasa sakit dapat dirasakan walaupun koyak yang berlaku hanya kecil.

  • Manakala untuk koyakan ligamen yang lebih besar boleh menyebabkan tulang selangka lari daripada tempat asalnya.

  • Tulang selangka akan berasa sakit terutama ketika disentuh dan anda akan dapati benjolan terbentuk di atas bahu.

Pilihan rawatan termasuklah:

  • rehat dan letak ais pada bahagian bahu anda

  • brace digunakan bagi membantu menstabilkan sendi

  • pembedahan untuk kes yang lebih serius.

Posisi tidur

Tidur mengiring dan memberi tekanan pada tulang selangka akan menyebabkan anda merasa sakit. Hal ini dapat dielakkan dengan tidur menelentang atau mengiring pada bahagian satu lagi.

Rawatan di rumah

Untuk sakit tulang selangka ringan dan berkait dengan ketegangan pada otot atau kecederaan kecil ia boleh dirawat dengan menggunakan kaedah RICE yang diubah sesuai untuk dilakukan di rumah.

  • Rest (rehat). Elakkan daripada melakukan aktiviti yang memberi tekanan pada bahu anda.

  • Ice (ais). Letakkan ais pada bahagian terlibat selama 20 minit setiap empat jam.

  • Compression (tekanan). Pastikan lengan dan bahu anda dianduh bagi mengurangkan kecederaan

  • Elevation (tinggikan). Pastikan anda meletakkan bahu anda lebih tinggi daripada paras jantung anda bagi membantu mengurangkan bengkak. Tidur dengan meninggikan kepala dan bahu anda.

  • Rasa sakit yang melebihi dari satu hari atau bertambah teruk perlu mendapat rawatan daripada doktor dengan segera.

  • Kecederaan yang menyebabkan perubahan ketara pada posisi tulang selangka atau bahu anda perlu mendapat rawatan kecemasan.

  • Jika anda lewat mendapatkan rawatan, proses penyembuhan mungkin menjadi lebih sukar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *