senaman leher

SENAMAN REGANGAN LEHER

Tahukah anda berat kepala kita adalah 10% daripada berat badan kita? Bayangkan tulang leher kita perlu menampung berat yang sebegitu. Otot leher merupakan otot yang paling mudah untuk menjadi tegang disebabkan faktor ini.

Apabila kita tidak menjaga postur badan kita di dalam aktiviti seharian, tulang belakang dan otot di sekelilingnya terpaksa bekerja lebih dari biasa. Oleh itu, kita sering akan merasa tegang di bahagian leher dan atas belakang. Jika dibiarkan, lama-kelamaan otot yang tegang ini akan menjadi lemah menyebabkan anda akan sering berasa lenguh. Pastinya rasa lenguh dan tegang ini akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan mengganggu aktiviti harian anda. Cara terbaik untuk mengurangkan rasa tegang ini adalah dengan melakukan senaman regangan. Amalkan senaman regangan sekurang-kurangnya satu sesi setiap hari untuk kesan yang terbaik. Sayangi tulang belakang anda, amalkan psotur badan yang betul. Kurangkan ketegangan otot leher dengan melakukan senaman regangan. . Di sini kami kongsikan cara-cara senaman regangan untuk otot leher anda. Amalkan sekurang-kurangnya satu sesi sehari ya. JOM BUAT SENAMAN REGANGAN. . .
1) Tarik kepala/ lentokkan kepala ke bahu kanan
2) Tangan bantu tarik kepala ke arah bahu sehingga anda rasa otot leher menjadi tegang, tapi tidak terlalu sakit
3) Tahan selama 30 saat, ulang sebanyak 3 kali
4) Ulang langkah yang sama untuk sebelah kiri.
1) Pusingkan kepala anda menghadap ke sebelah kanan
2) Tangan bantu tolak sehingga anda rasa otot leher menjadi tegang, tapi tidak terlalu sakit
3) Tahan selama 30 saat, ulang sebanyak 3 kali
4) Ulang langkah yang sama, dengan pusing ke arah kiri.
1) Tundukkan kepala menghadap ke bawah
2) Tangan bantu tolak sehingga anda rasa otot di belakang leher menjadi tegang, tapi tidak terlalu sakit
3) Tahan selama 30 saat, ulang sebanyak 3 kali
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *