SENAMAN VS MASALAH SUKAR TIDUR

SENAMAN DAPAT MENGURANGKAN MASALAH SUKAR TIDUR??

BAGAIMANAKAH SENAMAN DAPAT MEMBANTU ANDA YANG MENGALAMI MASALAH SUKAR TIDUR??

  • Insomnia kronik ialah kesukaran untuk tidur atau mengekalkan tidur, tidur yang tidak berkualiti atau terlalu singkat.
  • Berdasarkan kajian, senaman didapati dapat membantu meningkatkan kualiti tidur.
  • Hal ini kerana, satu sesi senaman aerobik tahap sederhana seperti berjalan dapat memudahkan seseorang untuk tidur dan dapat memanjangkan waktu tidur seseorang yang mengalami insomnia berbanding dengan hari mereka tidak bersenam.
  • Manakala senaman aerobik tahap tinggi seperti berlari atau angkat berat tidak dapat meningkatkan kualiti tidur.
  • Kajian lain pula senaman aerobik pada jangka masa panjang (4 – 24 minggu) mendapati penghidap insomnia dapat tidur dengan lebih cepat, tlebih panjang dan mendapat kualiti tidur yang lebih baik berbanding sebelum mereka memulakan program senaman.

ANTARA FAKTOR PENINGKATAN KUALITI TIDUR SELEPAS SENAMAN:

  • Senaman merangsang peningkatan suhu badan semasa senaman dan menurunkan suhu badan selepas senaman di mana ia mungkin dapat menggalakkan proses tidur.
  • Insomnia seringkali dikaitkan dengan peningkatan rangsangan (arousal), gelisah/cemas dan tekanan perasaan (depression). Sebaliknya, senaman dapat memberi kesan yang jelas kepada penurunan gejala tersebut pada populasi umum.
  • Senaman juga dapat mengurangkan insomnia dengan memberi kesan kepada kitaran biologi tubuh (body clock) bagi mereka yang mengalami insomnia. Senaman mungkin dapat mengubah ‘body clock’ seseorang bergantung kepada waktu senaman dilakukan.
  • Walaupun tidak banyak kajian yang dijalankan bagi mengetahui kesan senaman kepada pesakit insomnia tetapi berdasarkan kajian yang ada senaman terbukti memberi peningkatan positif kepada kualiti tidur pesakit insomnia.

Related Post

Muskuloskeletal

Punca Sakit Tumit Kaki (Jangan Biar Melarat)

Sakit tumit kaki selalunya akan terjadi kepada individu yang aktif bersukan dan golongan yang berumur 40 tahun ke atas. Namun, ada faktor lain yang akan menyebabkan anda sakit tumit kaki.

Kecederaan Sukan

Apakah Yang Menyebabkan Berlakunya Slip Disc?

Slip disc selalunya berlaku secara tiba-tiba. Ada yang mengatakan bunyi ‘pop’ di tulang belakang. Malah, ada yang mengatakan bahawa masalah slip disc boleh menyebabkan lumpuh. Bagi anda yang tertanya-tanya tentang

rawatan kanak-kanak
Umum

Rawatan Kanak-Kanak Yang Lewat Perkembangan

Pernahkah anda lihat kanak-kanak yang merangkak masih belum dapat berjalan? Mungkin dia perlu dapatkan rawatan kanak-kanak dengan segera. Setiap kanak-kanak diciptakan berbeza. Tetapi anda tertanya-tanya, mengapa terlalu lama masa diambil

Anda perlukan info lebih lanjut
mengenai rawatan fisioterapi?

Scroll to Top