SERANGAN TRANSIENT ISCHEMIC

SERANGAN TRANSIENT ISCHEMIC

  • Serangan transient ischemic atau transient ischemic attack (TIA) adalah seperti serangan strok, kerana ia menghasilkan simptom yang sama tetapi hanya berlaku selama beberapa minit dan tidak menyebabkan kecederaan yang kekal.

  • Sering di sebut sebagai strok kecil (minor stroke), TIA mungkin adalah satu amaran.

  • 1 daripada 3 orang yang mengalami TIA akan mendapat strok, dengan lebih kurang separuh berlaku dalam masa setahun selepas serangan TIA.

  • TIA boleh dijadikan sebagai satu amaran dan peluang- amaran strok dan peluang untuk menghalang ia daripada berlaku.

Simptom-simptom TIA

TIA biasanya berlaku selama beberapa minit. Kebanyakan tanda-tanda dan simptomnya akan hilang dalam masa satu jam. Tanda-tanda dan gejala-gejala TIA menyerupai serangan awal strok dan ia mungkin termasuk:

  • Lemah, kebas atau lumpuh pada muka, tangan atau kaki, selalunya berlaku sebelah badan

  • Sukar untuk bertutur dan memahami percakapan orang lain

  • Hilang penglihatan pada sebelah atau dua belah mata atau kabur

  • Pening atau hilang keseimbangan dan koordinasi

  • Sakit kepala yang teruk dan tiba-tiba yang tidak tahu puncanya

Jika anda mempunyai lebih daripada sekali TIA dan tanda atau simptom yang berulang mungkin disebabkan bahagian otak yang sama atau berbeza yang terlibat. Dapatkan rawatan segera daripada doktor jika anda mengalami TIA. Pemeriksaan ringkas dan pengenalpastian keadaan mungkin dapat membantu mencegah strok.

Penyebab/punca TIA

  • TIA mempunyai punca yang sama dengan ischemic strok.

  • Dalam ischemic strok, ‘plaque’ menghalang darah daripada dihantar ke bahagian otak.

  • Dalam TIA, tidak seperti strok, halangan/ ‘plaque’ pada salur darah hanyalah sementara dan tidak menghasilkan kerosakan yang kekal.

  • TIA selalunya disebabkan pengumpulan kolestrol yang mengandungi lemak dipanggil sebagai plak (atherosclerosis) di dalam salur darah yang menghalang penghantaran oksigen dan nutrien ke otak anda.

  • Plak/ ‘plaque’ akan mengurangkan peredaran darah melalui salur darah arteri atau membentuk darah beku.

  • Darah beku akan bergerak melalui salur darah yang menghantar oksigen ke otak.

  • Darah beku juga boleh melalui jantung dan boleh menyebabkan TIA.

Related Post

sakit belakang di tempat kerja
Uncategorized

Sakit Belakang di Tempat Kerja: Punca dan Cara Rawatan

Sibuk bekerja di pejabat, seharian menghabiskan masa di hadapan komputer sehingga sakit badan dan lenguh-lenguh. Sakit belakang di tempat kerja boleh mengganggu produktiviti anda. Ramai yang mengalami sakit belakang di

kecederaan acl
Kecederaan Sukan

Kecederaan ACL: Mimpi Ngeri Pemain Bola Sepak dan Futsal

Tengah seronok bersukan, tiba-tiba terdengar bunyi ‘pop’ di lutut. Kecederaan ACL sememangnya ditakuti oleh mereka yang aktif bermain bola sepak dan futsal. Bersukan dan beriadah merupakan aktiviti yang sangat digalakkan.

Anda perlukan info lebih lanjut
mengenai rawatan fisioterapi?

Scroll to Top