sindrom thoracic outlet

SINDROM THORACIC OUTLET (PENGENALAN)

  • Sindrom thoracic outlet adalah penyakit yang berlaku apabila salur darah atau saraf yang terletak di antara tulang rusuk pertama (1st rib) dan tulang selangka anda terhimpit.

  • Ini boleh menyebabkan rasa sakit pada bahagian bahu dan leher dan kebas pada jari.

  • Biasanya penyebab sindrom thoracic outlet adalah disebabkan trauma fizikal sama ada daripada kemalangan, kecederaan berulang daripada kerja atau daripada aktiviti sukan, kecacatan (mempunyai tulang rusuk lebih) dan hamil.

  • Dalam sesetengah keadaan, doktor tidak dapat menentukan sebab berlakunya sindrom thoracic outlet.

  • Rawatan untuk sindrom thoracic outlet selalunya melibatkan fisioterapi dan langkah-langkah melegakan rasa sakit.

Ramai pesakit bertambah baik dengan rawatan fisioterapi.

ANDA MENGALAMI SIMPTOM-SIMPTOM SINDROM THORACIC OUTLET? DAPATKAN RAWATAN SEGERA ! HUBUNGI 018-9889642 🙂

Simptom-simptom sindrom thoracic outlet

  • Neurogenic (neurological) sindrom thoracic outlet. Berlaku disebabkan himpitan pada brachial plexus (saraf yang berasal daripada saraf tunjang) yang berfungsi mengawal pergerakan otot dan deria rasa pada bahagian bahu, lengan dan tangan. Kebanyakan kes thoracic outlet syndrome adalah disebabkan neurogenic.

  • ‘Vascular sindrom thoracic outlet’. Disebabkan satu atau lebih salur darah vein atau arteri yang terletak di bawah tulang selangka (clavicle) terhimpit.

  • ‘Nonspecific-type sindrom thoracic outlet’. Mereka yang mengalami nonspecific-type sindrom thoracic outlet akan merasa sakit pada bahagian bahu yang bertambah teruk dengan melakukan aktiviti, tetapi penyebabnya tidak diketahui.

 

Simptom-simptom sindrom thoracic outlet berbeza-beza, bergantung pada tempat yang dihimpit. Apabila saraf (neurological) yang dihimpit, tanda-tanda dan gejala-gejala termasuklah:

  • Otot di bahagian pangkal ibu jari akan mengecut (wasting) (Gilliatt-Sumner hand)

  • Kebas dan mencucuk pada bahagian lengan atau jari

  • Rasa sakit atau sengal pada bahagian bahu,leher atau tangan

  • Genggaman tangan menjadi lemah

Tanda-tanda dan simptom-simptom vascular sindrom thoracic outlet termasuklah:

  • Tangan bertukar warna (kebiruan)

  • Sakit dan membengkak pada lengan. Mungkin disebabkan darah beku

  • Darah beku dalam salur darah vein atau arteri pada bahagian atas badan

  • Kekurangan warna (pallor) pada satu atau lebih jari atau keseluruhan tangan

  • Nadi pada bahagian lengan menjadi lemah atau hilang

  • Jari, tangan atau lengan menjadi sejuk

  • Lengan menjadi tidak bertenaga ketika melakukan aktiviti

  • Kebas atau mencucuk pada bahagian jari

  • Lemah pada bahagian lengan atau leher

  • Terdapat ketulan yang berdenyut berdekatan dengan tulang selangka

 

Anda disarankan berjumpa dengan doktor jika anda mengalami tanda-tanda dan simptom-simptom sindrom thoracic outlet

 

Klik Sini Untuk Menghubungi PhysioMobile

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *