Spondylolysis

SPONDYLOLYSIS- Pengenalan, simptom & punca

  • Spondylolysis adalah sejenis satu keadaan apabila tulang patah (fracture) yang disebabkan tekanan pada struktur tulang belakang (pars interarticularis) yang terjadi pada kanak-kanak, remaja dan golongan dewasa yang aktif.

  • Lebih kurang 90-95% kes spondylolysis berlaku pada L5 tulang vertebra.

  • Spondylolysis boleh diklasifikasi sebagai

    • Dysplasic (kanak-kanak) – spina bifida occulta

    • Isthmic – patah disebabkan tekanan (stress fracture) daripada sukan

    • Degeneratif (warga emas) – arthritis

    • Trauma

  • Kebanyakan kes spondylolysis adalah disebabkan isthmic

Simptom-simptom spondylolysis

  • Rasa sakit secara tiba-tiba pada belakang badan (unilateral) – kawasan pinggang.

  • Sakit bertambah teruk apabila berdiri, membongkok atau melakukan aktiviti, terutamanya dengan peningkatan latihan.

  • Rasa sakit mungkin menjalar ke pinggul atau paha.

  • Tanda-tanda neurologi normal (tiada kebas, tiada rasa lemah pada otot kaki)

  • Rasa sakit menjadi lega dengan rehat.

  • 80% pesakit akan mengalami otot paha yang ketat dan lengkungan tulang belakang yang berlebihan.

Punca spondylolysis

  • Aktiviti-aktiviti yang memberi tekanan pada struktur tulang belakang.

  • Aktiviti yang memerlukan pergerakan berulang seperti berpusing (rotation) atau membongkok ke belakang (hyperextension).

  • Sukan-sukan yang dikenalpasti sebagai berisiko mendapat spondylolysis:

    • Gimnastik/ Angkat berat/ Wrestling/ Sukan terjun/ Renang/ Penari ballet/ Ice skating/ Javelin/ Golf

Spondylolysis sering terjadi ketika dua peringkat pembesaran tulang:

  1. Awal kanak-kanak – ketika mereka belajar berdiri atau berjalan

  2. Awal remaja – mereka yang aktif bersukan ketika struktur tulang masih belum matang

Keadaan ini sering terjadi pada lelaki, 2:1

Diagnosis

Spondylolysis didiagnosis dengan melakukan:

  • Pemeriksaan fizikal

  • X-ray

  • Pemeriksaan CT dan MRI

Carian yang sering dijumpai selepas melakukan pemeriksaan mendapati pesakit mengalami:

  • Sakit pada bahagian belakang badan (lower back pain)

  • Rasa sakit ketika cuba membongkokkan badan ke belakang (extension)

  • Kebanyakan pesakit tidak akan mengalami gejala neurologi atau sakit yang menjalar ke kaki

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *