Sakit tulang belakang

SPONDYLOLYSIS- Rawatan & Langkah Pencegahan

Rawatan spondylolysis

Rawatan awal spondylolysis adalah konservatif dan bertujuan mengurangkan rasa sakit dan membantu proses penyembuhan

  1. Mengurangkan kesakitan dan keradangan

    • Fasa awal rawatan adalah untuk mengawal keradangan yang menyebabkan anda rasa sakit.

    • Ahli fisioterapi akan melakukan rawatan seperti; rawatan ais, TENS, akupuntur, teknik taping, urutan tisu lembut (STM) dan penggunaan ‘supportive brace’ untuk mengurangkan bebanan pada kawasan yang cedera.

    • Elakkan daripada melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan anda rasa sakit.

    • Gunakan ubat tahan sakit seperti ibuprofen yang disarankan oleh doktor anda bagi membantu mengurangkan keradangan.

  2. ‘Back Brace’

    • Dalam sesetengah kes, ‘Anti- lordotic brace’ disarankan pada pesakit yang tidak dapat menyelesaikan sakit belakang mereka.

  3. Hidroterapi

    • Hidroterapi membenarkan pesakit melakukan pergerakan tanpa menyebabkan rasa sakit kerana kurang bebanan yang perlu ditampung oleh tulang belakang.

    • Berlari dalam air juga dapat membantu mengekalkan kecergasan kardiovaskular.

  4. Mengembalikan pergerakan sendi dan postur yang normal

    • Sendi yang tidak terlibat dengan spondylolysis akan menjadi kaku dan memerlukan pergerakan bagi mengurangkan tekanan pada struktur pars interarticularis

5.Mengembalikan fleksibiliti otot

  • Otot paha dan belakang yang ketat perlu diregangkan bagi membenarkan pergerakan penuh dan normal kaki dan belakang anda.

  • Urutan myofascial dapat membantu mengembalikan fleksibiliti otot kaki anda.

6. Mengembalikan kekuatan otot normal dan koordinasi

  • Mengembalikan kekuatan otot belakang dapat mengurangkan tekanan pada struktur tulang belakang anda.

  • Fisioterapi anda akan memeriksa otot teras anda dan memberi senaman yang sesuai dengan keperluan anda.

7.Pilates

  • Regime senaman pilates juga bagus dalam merawat spondylolysis.

8. Secara berperingkat kembali bersukan

  • Peringkat seterusnya dalam rawatan rehabilitasi adalah untuk kembali melakukan aktiviti yang disukai.

  • Bagi atlet, ahli fisioterapi anda perlu menggunakan ilmu mereka dalam biomekanik untuk memenuhi keperluan sukan anda dan membimbing anda kembali bersukan dengan selamat.

  • Ahli fisioterapi anda mungkin perlu melakukan sedikit perubahan pada teknik dan mencipta latihan yang selamat dan menjadualkan latihan bebanan yang sesuai.

  • Masa anda dapat kembali bersukan mungkin dalam masa 12 minggu atau lebih.

  • Fisioterapi anda akan memastikan rawatan rehabilitasi anda seiring dengan matlamat anda.

Langkah pencegahan berulang

Antara punca pengulangan spondyolysis adalah disebabkan:

  • Lemah kawalan otot atau rawatan rehabilitasi yang tidak mencukupi dan memberi tekanan berlebihan pada tulang belakang anda.

  • Pembelajaran teknik pengurusan pergerakan dan pengawalan otot teras dapat membantu anda mencapai matlamat dan selamat kembali ke aktiviti sukan atau rekreasi tanpa sakit belakang atau sciatica.

  • Melakukan senaman untuk menguatkan otot teras anda.

APA ITU SEBENARNYA SPONDYLOLYSIS? KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *