tapak kaki rata

Rawatan Fisioterapi Tapak Kaki Rata (Flat Foot): 5 Senaman Untuk Anda Cuba

Semua orang tahu bahawa badan manusia ni berbeza-beza bentuknya.

Tetapi tahukah anda, tapak kaki manusia juga ada pelbagai bentuk dan kondisi?

Tidak, kami tidak bercakap tentang saiz tapak kaki tetapi tentang lengkungan tapak kaki.

Sesetengah manusia mempunyai tapak kaki rata. 

Apa itu tapak kaki rata dan adakah ia boleh membawa masalah kepada anda?

Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut!

Apa Itu Tapak Kaki Rata?

tapak kaki rata

Kebanyakan orang mempunyai tapak kaki yang melengkung di bahagian sisi dalam kaki semasa berdiri.

Tetapi, terdapat satu kondisi yang dipanggil tapak kaki rata (flat foot) di mana tapak kaki seseorang itu tiada lengkungan atau lengkuk yang rendah. 

Orang yang mempunyai flat foot lebih cenderung untuk memijak pada sisi kaki bahagian dalam semasa berdiri atau berjalan.

Hal ini boleh menyebabkan kaki terarah ke luar. 

Mereka yang mempunyai flat foot sama ada satu atau kedua belah kaki akan mendapati kasut yang dipakai tidak sekata dan boleh haus lebih cepat daripada biasa. 

Apa Yang Menyebabkan Tapak Kaki Rata?

Flat foot boleh disebabkan oleh genetik.

Apabila seorang kanak-kanak membesar, lengkungan terbentuk di kaki.

Sesetengah orang mempunyai lengkungan yang tinggi manakala ada yang sangat rendah dan hampir tiada. 

Sebilangan orang mengalami flat foot apabila mereka menginjak usia.

Terdapat juga flat foot yang dialami disebabkan permasalahan kesihatan seperti:

  • Kecederaan tendon Achilles
  • Tulang patah
  • Cerebral Palsy
  • Diabetes
  • Sindrom Down
  • Tekanan darah tinggi
  • Obesiti
  • Kehamilan
  • Rheumatoid Arthritis

Diagnosis & Komplikasi Tapak Kaki Rata

tapak kaki rata

Untuk mendapatkan diagnosis flat foot, anda perlu merujuk podiatris (pakar kaki) atau pakai bedah ortopedik.

Antara ujian lanjut yang boleh dijalankan adalah seperti:

  • pemeriksaan kehausan tapak kasut
  • pemeriksaan semasa berdiri dan berdiri di hujung jari kaki dilakukan
  • X-ray atau imbasan MRI kaki.

Komplikasi yang mungkin anda hadapi jika menghidapi flat foot adalah:

  • Arthritis di pergelangan kaki atau buku lali
  • Arthritis di kaki
  • Kesakitan dan radang berlaku di ligamen di tapak kaki
  • Hammertoes, iaitu jari kaki bengkok 
  • Bunions, iaitu benjolan pada sisi dalam sendi tulang ibu jadi kaki
  • Shin splinths, kesakitan di sepanjang bahagian depan kaki bawah anda, di tulang shin.

Fisioterapi Boleh Membantu Menangani Masalah Ini?

tapak kaki rata

Antara rawatan bagi flat foot adalah fisioterapi.

Dengan menjalani fisioterapi, ia boleh mengembalikan pergerakan atau mobiliti pada kaki yang terlibat. 

Selain itu, fisioterapi juga boleh membantu untuk menguatkan otot-otot sekeliling serta mengembalikan pengawalan pada kaki dan pergelangan kaki. 

Pada awal rawatan fisioterapi, rawatan untuk mengurangkan sakit akan dilakukan dengan menggunakan pek ais.

Pek ais tersebut akan dibalut dengan tuala lembab dan diletakkan di atas kaki selama 10-15 minit. 

Selain daripada pek ais, rawatan haba juga mampu mengurangkan kesakitan. 

5 Senaman Anda Boleh Lakukan

Rawatan fisioterapi juga membantu anda melakukan beberapa senaman sebagai rawatan bagi flat foot anda.

Senaman fisioterapi bukan sahaja mengurangkan ketidakselesaan kaki malah ia dapat membantu memulihkan kefungsian kaki tersebut. 

Jika anda merasakan sedikit ketidakselesaan atau sengal-sengal semasa melakukan senaman, jangan risau kerana itu adalah perkara biasa.

Teruskan membaca untuk mengetahui 5 senaman yang boleh anda lakukan. 

  1. Senaman Kaki Mencakar

Cara untuk menjalani senaman ini adalah dengan membengkokkan jari kaki sepenuhnya dan tahan sekejap dalam posisi tersebut kemudian lepaskan.

Semasa melepaskan jari kaki anda, pastikan jari anda lurus sepenuhnya.

Ulang senaman ini sebanyak 10-15 kali dengan kekerapan 3 kali sehari.

  1. Senaman Menguatkan Lengkuk 

Apa yang anda perlukan untuk senaman ini adalah ‘resistance band’ atau getah.

Senaman ini dilakukan dengan posisi duduk bersilang kaki ke atas peha. 

Letakkan flat foot di atas peha kaki sebelah anda dan balut resistance band di sekeliling kaki anda. 

Kemudian dengan tangan anda, naikkan tapak kaki anda ke atas dan turunkan kembali dengan perlahan-lahan.

Pastikan kaki sebelah anda menahan tarikan band tersebut dengan cara memijak band tersebut. 

Ulang senaman ini 10-15 kali dengan kekerapan 3 kali sehari.

  1. Senaman Bukaan Jemari

Senaman ini adalah sangat mudah. 

Dalam keadaan berdiri, bukakan jari jemari kaki anda sepenuhnya, tahan di posisi tersebut untuk seketika dan lepaskan.

Ulang senaman ini 10-15 kali. 

  1. Senaman Berjalan Dengan Tumit

Senaman ini juga sangat mudah.

Anda hanya perlu berjalan dengan tumit anda tetapi anda perlu pastikan hanya tumit anda yang mencecah lantai. 

Jalan untuk 10-15 langkah dan ulang sebanyak 3 kali sehari.

  1. Senaman Tangga 

Berdiri di atas tangga tetapi letakkan hanya bahagian depan kaki anda di atasnya. 

Kemudian, turunkan tumit anda sehingga anda merasakan regangan pada betis anda. 

Tahan pada kedudukan itu untuk seketika dan naikkan semula tumit anda. 

Ulang 10-15 kali dengan kekerapan 3 kali sehari.

Dapatkan Rawatan Fisioterapi Dengan Physiomobile!

Sekarang anda sudah tahu bahawa fisioterapi dapat membantu flat foot. 

Tetapi, di manakah anda ingin dapatkan rawatan fisioterapi jika anda mempunyai kondisi ini?

Pastilah di Physiomobile!

PhysioMobile menggunakan teknik manual terapi yang melibatkan pergerakan sendi ke arah tertentu dengan kadar pergerakan berbeza.

Teknik ini bukan saja boleh membantu anda membaik pulih keadaan otot anda, malah dapat membantu keupayaan fizikal anda kembali seperti sedia kala. 

Dengan 75 orang ahli fisioterapi yang pakar dalam pelbagai masalah neurologi, pediatrik, geriatrik, trauma akibat kecederaan atau kemalangan, anda tak perlu risau. 

Kami akan pastikan anda selamat dan selesa sepanjang sesi fisioterapi dengan kami. 

Antara rawatan lain yang anda boleh dapatkan di Physiomobile adalah:

  • Sports Injuries Treatment
  • Children Treatment
  • Knee Pain Treatment
  • Stroke Treatment
  • Shoulder Pain Treatment
  • Back Pain Treatment
  • Neck Pain Treatment

Jangan tunggu sehingga kesakitan anda melarat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *