2021 CEO OPENING SPEECH

Tentang Physiomobile :

Physiomobile merupakan syarikat perkhidmatan fisioterapi yang ditubuhkan pada 8 Ogos  2016.

Physiomobile menyediakan rawatan di pusat rawatan dan juga dari rumah ke rumah untuk pesakit atau pelanggan yang memerlukan.

Rawatan yang digunakan oleh Ahli Fisioterapi Physiomobile adalah dengan menggunakan teknik terapi manual yang telah terbukti menjadi salah satu teknik yang paling berkesan di dalam rawatan fisioterapi.

Selain itu, Physiomobile juga menyediakan rawatan ‘on-site’ fisioterapi di mana pihak kami bergerak ke premis syarikat untuk memberikan servis konsultasi dan juga ceramah pencegahan dan pengurusan gangguan muskuloskeletal (kondisi otot,sendi dan tulang).

Antara masalah utama adalah seperti sakit belakang, leher, bahu dan slip disc kepada pekerja-pekerja yang cenderung untuk mengalami masalah ini.

Bermula hanya dengan rawatan rumah ke rumah, kini Physiomobile telah melebarkan sayapnya ke 6 buah lokasi pusat rawatan yang dilengkapi dengan fasiliti serba sempurna yang boleh memuatkan sekurang-kurangya 920 sesi sebulan bagi setiap cawangan.

Bermula hanya dengan 2 orang ahli fisioterapi pada bulan Ogos 2016, kini Physiomobile telah mempunyai seramai 35 orang ahli fisioterapi yang bertauliah yang memiliki sekurang-kurangnya Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi.

Physiomobile telah mendapat pengiktirafan pada tahun 2017 apabila SME Corp Malaysia menobatkan Physiomobile sebagai rancangan perniagaan Terbaik bagi program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 

 

Pada Tahun 2018 pula, Physiomobile berjaya mendapat lantikan Panel daripada PMcare, Johor Port, dan juga PERKESO bagi servis Fisioterapi. Perkara ini telah melonjakkan lagi kredibiliti dan reputasi Physiomobile sebagai satu jenama yang unggul di pasaran.

Pada tahun 2018 juga, Physiomobile telah melalui proses penilaian oleh SME Corp dalam program SME SCORE dan berjaya memperoleh 4 daripada 5 bintang. Ini menjadikan Physiomobile lebih kukuh dan berdaya saing di pasaran terbuka.

2019 merupakan tahun pecutan buat Physiomobile kerana berjaya membuka 4 cawangan pusat fisioterapi dan 2 daripadanya adalah melalui kaedah pelesenan menjadikan Physiomobile kini terdapat di 6 buah lokasi antaranya;

  1. Batu 3, Shah Alam
  2. Adda Heights, Johor Bahru
  3. Wangsa Melawati, KL
  4. Bandar Puteri Bangi, Kajang
  5. Bandar Baru Kuala Selangor
  6. Kota Damansara

Tahun 2020 adalah tahun yang sangat mencabar di mana Physiomobile terpaksa menutup operasi disebabkan PKP pada pertengahan bulan Mac sehingga Mei. Namun, tiada sebarang pengurangan pekerja dilakukan dan tiada sebarang pemotongan gaji berlaku. 

Di penghujung 2020, Physiomobile telah diberi satu lagi pengiktirafan oleh Kementerian Pembangunan Usahan dan Koperasi (MEDAC-MTDC) untuk menjadi early adopters program I 4.0 ACCELERATOR PROGRAMME.

VISI PHYSIOMOBILE

Meningkatkan Kualiti Kehidupan Manusia Sejagat di Rantau Asia Tenggara

MISI PHYSIOMOBILE

  1. Memberi Inspirasi untuk hidup dengan lebih baik melalui pengalaman pelanggan yang cemerlang
  2. Membentuk masyarakat yang lebih sihat dengan mengaplikasikan intervensi melalui sumber sains yang terbaru.
  3. Menghubungkan fasiliti kesihatan yang berkualiti kepada semua.

Physiomobile berharap agar dapat terus meluaskan lagi perkhidmatan ini ke seluruh Malaysia dan memasuki rantau asia tenggara agar ia dapat memberi manfaat buat semua manusia di sini.

PhysioMobile Malaysia

Sertai Kami! Jadi Sebahagian dari keluarga besar Physiomobile!

Liputan Media

Shah Alam

Klinik PhysioMobile Shah Alam
27-G, Kondominium Indah Alam,
No 4 Jalan Jubli Perak 22/1,
 40300 Shah Alam, Selangor.

Johor Bahru

ADDA HEIGHTS

Klinik PhysioMobile Adda Height, JB
78-G, Jalan Adda Heights 7,
Taman Adda Heights,
 81100 Johor Bahru, Johor.

Kuala Lumpur

Klinik PhysioMobile Wangsa Melawati, KL
45-G, Jalan Dataran Wangsa 1,
Wangsa Melawati,
53100 Kuala Lumpur.

Bandar Puteri Bangi

Klinik PhysioMobile Bandar Puteri Bangi

18-G, Jalan Puteri 2a/2,
Bandar Puteri Bangi,
43000 Kajang, Selangor

Kuala Selangor

Klinik PhysioMobile Kuala Selangor

No 19-G, Jalan Warisan 1,
Taman Warisan,
45000 Kuala Selangor,Selangor.

Kota Damansara

Klinik PhysioMobile Kota Damansara

No 41-G, Jalan Cecawi 6/33,
Kota Damansara,Seksyen 6,
47810 Petaling Jaya,Selangor.

Galeri Foto

Hubungi Kami

Kerjaya anda Bermula Di Sini

Isikan maklumat ini dan sila muat naik resume terbaru anda di bahagian bawah.

KLIK UNTUK KONGSIKAN KEPADA KENALAN ANDA