Sejarah Kami: Penubuhan PhysioMobile Malaysia

PhysioMobile Malaysia menyediakan rawatan ke rumah yang berkualiti tinggi dan berpusat di Seksyen 22, Shah Alam.

Kami merawat pesakit menggunakan teknik manual yang telah terbukti sebagai salah satu teknik yang paling berkesan dalam fisioterapi. Selain itu, kami juga menyediakan rawatan ‘in-site’, servis konsultasi dan juga ceramah pencegahan dan pengurusan untuk gangguan muskuloskeletal terutamanya sakit belakang kepada pekerja-pekerja syarikat yang cenderung untuk terkena gangguan muskuloskeletal.

Kami bersungguh-sungguh dalam merawat pesakit yang mempunyai gangguan muskuloskeletal seperti sakit belakang, sakit leher, sakit bahu, sakit lutut dan sebagainya. Rawatan yang berkualiti tinggi dan berkesan menjadi kepentingan kami.

Selain itu, kami juga menyediakan rehab yang komprehensif dan intensif kepada pesakit yang mengalami masalah neurologi, kecederaan sukan, pediatrik, geriatrik dan juga pesakit yang telah menjalani pembedahan.

Kami mula beroperasi pada bulan Ogos 2016, pada masa itu kami cuma  menyediakan
rawatan ke rumah di kawasan Lembah Klang sahaja.

Walau bagaimanapun, selepas setahun kami telah berkembang dengan lebih besar dan mempunyai 12 ahli fisioterapi dan 5 orang pekerja dalam bahagian pengurusan di satu premis yang kondusif bertapak di Shah Alam.

Semua ahli fisioterapi kami mempunyai
kelayakan sekurang-kurangnya Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi (Kepujian).

Dengan kapasiti ini, kami mampu untuk menyediakan lebih daripada 1000 sesi yang berkualiti setiap bulan untuk rawatan ke rumah, ‘in-site’ dan perkhidmatan berpusat.

Kami telah berkoleberasi dengan Klinik Meridian Medical dalam pameran kesihatan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat terutamanya pekerja hotel berkenaan kesihatan umum dan fizikal. Pada masa ini, kami menyasarkan pesakit yang mempunyai muskuloskeletal atau gangguan neurologi sekitar Shah Alam dan kawasan sekitar. Walaubagaimanapun, kami juga ada menerima pesakit daripada negeri lain termasuklah Sarawak dan Sabah.

Sekarang kami juga telah membuka lagi satu cawangan di Wangsa Melawati,Kuala Lumpur dan kami juga berjaya untuk menyediakan lebih daripada 500 sesi rawatan yang berkualiti setiap bulan untuk rawatan ke rumah, ‘in-site’ dan perkhidmatan berpusat.

Kami berharap agar kami dapat terus meluaskan lagi perkhidmatan kami ke seluruh Malaysia agar ia dapat memberi manfaat buat semua.

PhysioMobile Malaysia

Lokasi Kami:

Shah Alam :​

Alamat

Klinik PhysioMobile Shah Alam
27-G, Kondominium Indah Alam,
No 4 Jalan Jubli Perak 22/1,
 40300 Shah Alam, Selangor.

Johor Bahru :​

ADDA HEIGHTS

Alamat

Klinik PhysioMobile Adda Height, JB
78-G, Jalan Adda Heights 7,
Taman Adda Heights,
 81100 Johor Bahru, Johor.

Kuala Lumpur:​

Alamat

Klinik PhysioMobile Wangsa Melawati, KL
45-G, Jalan Dataran Wangsa 1,
Wangsa Melawati,
53100 Kuala Lumpur.

Bangi :

Alamat

Klinik PhysioMobile Bandar Puteri Bangi

18-G, Jalan Puteri 2a/2,
Bandar Puteri Bangi,
43000 Kajang, Selangor

Kuala Selangor :

Alamat

Klinik PhysioMobile Kuala Selangor

No 19-G, Jalan Warisan 1,
Taman Warisan,
45000 Kuala Selangor,Selangor.

Damansara :

Alamat

Klinik PhysioMobile Kota Damansara

No 41-G, Jalan Cecawi 6/33,
Kota Damansara,Seksyen 6,
47810 Petaling Jaya,Selangor.

Galeri Foto

Hubungi Kami

Kerjaya anda Bermula Di Sini

Hantar resume anda di physiomobilemyhq@gmail.com untuk interview.

Scroll to Top