Scoliosis (Tulang Belakang Bengkok): Rawatan Terbaik Di Malaysia

Adakah anda tertanya tentang rawatan terbaik bagi masalah scoliosis di Malaysia?

Atau adakah anda mengalami sakit belakang yang berpanjangan akibat scoliosis dan sudah cuba pelbagai cara bagi mengatasi kesakitannya?

Jangan risau, anda tidak keseorangan! Dalam artikel ini, kami akan menerangkan dengan lebih mendalam tentang scoliosis, punca ia berlaku dan rawatan yang anda boleh dapatkan.

Kami juga akan membantu anda untuk mendapatkan rawatan fisioterapi bagi masalah fizikal yang anda hadapi.

Oleh itu, teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang scoliosis di Malaysia.

Apa itu Scoliosis?

scoliosis malaysia

Perkataan scoliosis adalah dari Yunani purba yang bermaksud membengkok. 

Dari segi perubatan, scoliosis merujuk kepada satu kondisi di mana tulang belakang seseorang bengkok ke kiri atau ke kanan namun ia bukanlah satu penyakit. 

Tulang belakang individu yang menghadapinya bukan sahaja akan bengkok ke tepi malah ia akan berputar daripada paksi vertikalnya.

Namun, sekiranya kebengkokkan itu sangat ketara sehingga memberi tekanan pada jantung dan paru-paru, ia akan akan menyebabkan kemerosotan fungsi kardiovaskular.

Tambahan pula, kebiasaanya, pesakit tidak rasa sakit pada usia kanak-kanak dan remaja. Kesakitan selalunya berlaku ketika alam dewasa jika ia tidak dirawat. 

Antara gejala-gejala scoliosis adalah:

  • Struktur otot dan tulang belakang yang tidak sama rata
  • Tulang di bahagian bahu lebih menonjol
  • Aras pinggul dan bahu antara kanan kiri tidak sama rata/ selari
  • Panjang jarak tangan di sisi badan kiri dan kanan tidak sama
  • Baju yang dipakai kelihatan senget

Scoliosis tidak sepatutnya dibiarkan tanpa dirawat kerana sekiranya dibiarkan ia menjadi akan teruk.

Ini kerana, pesakit akan mengalami sakit belakang yang berpanjangan, kecacatan bentuk badan dan kesukaran bernafas.

Punca-Punca Scoliosis

Walaupun doktor masih belum jumpa punca sebenar kondisi ini berlaku,  scoliosis sering dihadapi oleh golongan penyakit genetik atau keturunan seperti:

  • Masalah saraf dan otot seperti ‘Cerebral Palsy’ dan ‘Muscular Dystrophy’
  • Kecacatan dalam rahim yang melibatkan tulang belakang
  • Kecederaan atau Jangkitan pada tulang belakang

Bukan itu sahaja, antara faktor risiko lain yang menyebabkan scoliosis berlaku adalah:

  • Umur: ramai pesakit berusia belasan tahun sebelum mencapai kematangan fizikal atau ketika akil baligh.

  • Jantina: Kedua-dua jantina mempunyai risiko untuk mengalami scoliosis pada tahap yang sama. Namun, kanak-kanak perempuan lebih berisiko teruk.

  • Sejarah kesihatan keluarga: Scoliosis boleh diwarisi oleh ahli keluarga. Namun, banyak kes tidak mempunyai sejarah keluarga yang mengidapnya.

4 Rawatan Yang Anda Boleh Pertimbangkan

  1. Ubat tahan sakit

Tablet tahan sakit atau painkiller boleh membantu menghilangkan rasa sakit.

NSAID, seperti ibuprofen, biasanya merupakan rawatan pertama yang disyorkan dan ia boleh dibeli dari farmasi atau supermarket tanpa memerlukan preskripsi doktor.

Namun, sekiranya, ubat tahan sakit tidak memberikan kesan, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor.

Ini kerana, mereka mungkin akan memberi ubat tahan sakit yang lebih kuat atau merujuk anda ke klinik pengurusan kesakitan.

  1. Senaman

Dengan melakukan aktiviti yang menguatkan dan meregangkan otot bahagian belakang, kesakitan akibat scoliosis boleh dikurangkan sedikit-sebanyak.

Bukan itu sahaja, senaman juga dapat membantu anda menjaga berat badan yang sihat selain mengurangkan ketegangan otot pada bahagian belakang anda.

Tidak kira apa jenis senaman yang anda lakukan, yang penting adalah untuk memastikan bahagian belakang anda sentiasa bergerak. 

Namun perlu diingat, senaman belakang yang diajar oleh ahli fisioterapi adalah bukan untuk membaiki postur atau keadaan tulang belakang anda tetapi hanya untuk mengatasi rasa sakit.

Sekiranya anda menghidap scoliosis, adalah terbaik bagi anda  untuk berbincang dengan pakar kesihatan atau ahli fisioterapi sebelum  memulakan senaman baru.

Ini adalah untuk memastikan senama yang bakal dilakukan selamat dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada kondisi tubuh badan anda.

  1. Memakai pendakap belakang

scoliosis malaysia

Pendakap belakang atau Back Braces boleh mengurangkan rasa sakit dengan cara memberi sokongan kepada tulang belakang anda.

Sekiranya anda kurang sihat atau bersedia untuk menjalani pembedahan, pendakap belakang boleh dianggap sebagai alternatif pembedahan. 

  1. Pembedahan

Tidak wajib bagi sebilangan besar orang dewasa yang mempunyai scoliosis untuk mendapatkan pembedahan Lumbar Decompression.

Tetapi ia boleh dipertimbangkan jika:

  • lekukan pada tulang belakang anda teruk atau semakin teruk
  • anda mengalami sakit belakang yang teruk dan rawatan lain tidak membantu
  • Rasa tekanan pada saraf di tulang belakang anda 

Terdapat beberapa teknik pembedahan bagi merawat scoliosis. Antaranya:

  • Laminectomy – satu bahagian tulang belakang anda (vertebra) dikeluarkan untuk melegakan tekanan pada saraf yang terlibat.

  • Discectomy – satu bahagian cakera antara vertebra dikeluarkan untuk melegakan tekanan pada saraf
  • Spinal Fusion –  dua atau lebih vertebra disatukan untuk menstabilkan, menguatkan dan meluruskan tulang belakang

Terdapat banyak kes yang memerlukan gabungan teknik-teknik di atas untuk merawat scoliosis.

Rawatan Fisioterapi Scoliosis Di Malaysia

Sekiranya anda ingin mencari teknik rawatan yang tidak melibatkan pembedahan, kami sarankan anda untuk mencuba rawatan fisioterapi scoliosis daripada PhysioMobile Malaysia!

Dengan menggunakan teknik “hands-on”, ahli fisioterapi akan menggerakkan anggota badan tertentu untuk mengurangkan kesakitan dan memberi kelegaan pada bahagian belakang.

Tambahan pula, kami juga menawarkan rawatan fisioterapi yang berkesan secara manual, rawatan ke rumah dan konsultasi.

Konklusinya, jangan risau sekiranya anda menghadapi masalah scoliosis yang menyebabkan sakit belakang dan kesukaran untuk melakukan aktiviti harian kerana anda tidak keseorangan!

Masalah sakit belakang akibat scoliosis tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja tanpa dirawat. Sekiranya dibiarkan ianya akan bertambah teruk.

Oleh itu, segeralah dapatkan rawatan fisiologi daripada PhysioMobile bagi menghilangkan kesakitan dan ketidakselesaan yang anda hadapi sekarang.

Kami mempunyai 46 ahli fisioterapi yang pakar dalam pelbagai masalah neurologi, pediatrik, geriatrik, trauma akibat kecederaan dan kemalangan.

Pakar terapi kami akan menemubual anda dan bertanya sejarah kesihatan untuk mengetahui jenis kecederaan sebelum melakukan pemeriksaan. 

Tambahan pula, kini, dengan misi menjadi pusat fisioterapi terbaik di Kuala Lumpur, PhysioMobile Malaysia sudah melebarkan sayap dan membuka cawangan di Wangsa Maju.

Physiomobile bermula Dengan hanya 2 Bilik Kecil dan walaupun hanya berbekalkan katil bergerak, kami telah berjaya membantu lebih dari 300 pesakit setiap bulan pada 3 bulan pertama.

Kami telah pun merawat berpuluh ribu kes, antaranya:

  • Slip disc
  • Scoliosis
  • Spondylosis
  • Bulging Disc
  • Sakit sakit otot
  • Sakit di bahagian belikat

Seterusnya, selain merawat masalah sakit belakang, rawatan kami juga boleh menghilangkan kebas anggota badan dan meningkatkan keupayaan fizikal.

Setelah beberapa sesi rawatan bersama kami, tiada lagi masalah sakit belakang atau kesakitan pada anggota badan lain seperti sakit lutut, kebas kaki dan kecederaan lain.

Proses rawatan di Pysiomobile terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

  1. Pemeriksaan 

Pertama sekali, sebelum proses rawatan dijalankan, pakar therapist kami akan mengajukan anda beberapa soalan berkaitan latar belakang dan kesemua sejarah kesihatan anda. 

Kami mengambil berat tentang punca kecederaan yang dialami untuk menentukan rawatan yang sesuai untuk anda.

Seterusnya, therapist kami akan melakukan pemerhatian dan ujian-ujian fizikal berdasarkan ‘outcome measure’ tertentu.

  1. Rawatan

Rawatan untuk sakit leher yang anda alami akan berfokus kepada mengurangkan sakit dan menambah julat pergerakan tubuh badan.

Proses ini menggunakan kaedah rawatan ‘manual technique physiotherapy’ dan program senaman yang berstruktur dan berfokus. 

  1. Konsultasi

Seterusnya, berdasarkan ilmu anatomi dan fisiologi, therapist akan menerangkan dengan mendalam tentang kondisi anda.

Punca kecederaan dan cara mengelakkannya juga akan diberikan perhatian. 

Fisioterapi kami di Physiomobile akan membantu anda dengan menggunakan teknik manual terapi yang melibatkan pergerakan sendi ke arah tertentu dengan kadar pergerakan berbeza.

Ini bukan sahaja untuk membaik pulih keadaan otot anda, malah dapat meregangkan otot dan juga mengembalikan keupayaan fizikal seperti sedia kala.

Antara rawatan-rawatan lain yang anda boleh dapatkan di Physiomobile adalah:

  • Sports Injuries Treatment
  • Children Treatment
  • Knee Pain Treatment
  • Stroke Treatment
  • Shoulder Pain Treatment
  • Back Pain Treatment
  • Neck Pain Treatment

Oleh itu, tunggu apa lagi? Dapatkan rawatan segera di Physiomobile Malaysia untuk mengurangkan ketidakselesaan dan sakit belakang yang berpunca daripada scoliosis. Jom like kami di Facebook!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *