Kerap Sakit Punggung? Anda Mungkin Sedang Mengalami Piriformis Syndrome

Pernahkah anda merasakan kesakitan di bahagian punggung (sakit punggung) dan kesakitan itu kadang-kala mengganggu aktiviti harian anda? 

Terutamanya gangguan pada aktiviti yang melibatkan pergerakan kaki atau pinggul anda.

Adakah sakit punggung yang anda rasakan datang secara tiba-tiba atau merupakan satu kesakitan yang sentiasa mengganggu anda dalam jangka masa yang lama? 

Tahukah anda, anda mungkin mengalami Piriformis Syndrome? 

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang masalah yang mungkin anda alami!

Sakit Punggung: Apa itu Piriformis Syndrome? 

sakit punggung

Piriformis syndrome (PS) merupakan kesakitan yang berlaku pada punggung dan pinggul yang terjadi apabila saraf sciatic terganggu oleh otot piriformis. 

Otot piriformis adalah otot yang berbentuk bulat di punggung yang meluas dari pangkal tulang belakang ke bahagian atas peha. 

Saraf sciatic merupakan saraf terbesar dalam badan yang memanjang dari tulang belakang bawah ke kaki. 

Saraf ini juga terletak di antara otot piriformis dan mengawal otot belakang kaki.

Apabila otot piriformis tegang, saraf sciatic boleh tertekan dan menyebabkan rasa sakit, semut-semut atau kebas di mana-mana bahagian dari pinggul ke kaki.

Walaupun kondisi ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja, kajian mendapati PS lebih banyak didiagnos dalam kalangan wanita dengan ratio 6:1 berbanding lelaki. 

Hal ini disebabkan oleh tulang pinggul dan otot wanita yang lebih besar dan luas.

Simptom-simptom Yang Anda Patut Tahu

sakit punggung

Terdapat pelbagai simptom PS tetapi antara simptom yang paling ketara adalah kesakitan berpanjangan di bahagian sekitar punggung.

Kebiasaannya kesakitan PS yang terasa di bahagian punggung berada pada satu sisi saja.

Ataupun anda mungkin merasakan kesakitan yang Menjalar dari punggung sehingga ke belajang betis dan hujung jari kaki anda.

Selain daripada mengalami kesakitan di bahagian punggung yang kronik, pesakit PS juga kadang-kala akan mengalami kebas dan semut-semut.

PS juga boleh menyebabkan kesukaran berjalan dan melakukan aktiviti lain yang melibatkan otot piriformis seperti duduk, membongkok dan berdiri.

Simptom lain yang anda juga perlu perhatikan adalah peningkatan dalam kesakitan apabila melakukan aktiviti seperti duduk atau berjalan dalam jangka masa yang panjang.

Bergantung pada pesakit, rasa sakit mungkin boleh berkurang ketika baring, membengkokkan lutut atau ketika berjalan.

Tetapi ada juga pesakit yang tidak dapat menahan rasa sakit dalam keadaan apa pun dan hanya rasa lega apabila berjalan.

PS juga boleh menyebabkan bengkak di kaki dan mengganggu fungsi seksual seseorang. 

Jika anda pernah mengalami kecederaan di bahagian otot piriformis, anda mungkin boleh mengalami PS. 

PS boleh datang secara tiba-tiba, biasanya mengikuti kecederaan atau ia muncul secara beransuran selama beberapa bulan.

Ternyata simptom-simptom PS berbeza bagi setiap pesakit. 

Namun apa yang pasti, jika anda kerap merasakan sakit di bahagian punggung dan pinggul, anda perlu mengambil tindakan dengan segera sebelum penyakit ini berlarutan.

Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Anda Mengalami Sakit Punggung?

sakit punggung

Jika anda mencari solusi sementara yang cepat sebelum berjumpa pakar perubatan, anda boleh cuba tuam di bahagian sakit dengan pek ais yang dibalut dengan tuala basah.

Langkah ini mampu mengurangkan sedikit kesakitan dan mengurangkan bengkak pada sekitar kawasan yang sakit.

Langkah yang paling penting jika anda mempunyai simptom dalam artikel ini adalah berjumpa dengan pakar fisioterapi dengan segera.

Tugas ahli fisioterapi adalah membuat penilaian terhadap kesakitan anda dan mampu memberikan diagnosis kecederaan anda dengan tepat.

Ingin dapatkan rawatan fisioterapi tetapi tidak pasti di mana?

Cubalah dapatkan rawatan di PhysioMobile Malaysia!

Kami menawarkan rawatan fisioterapi yang berkesan secara manual yang lebih ‘hands-on’, rawatan ke rumah dan konsultasi.

Anda jangan risau kerana kami mempunyai 46 orang ahli fisioterapi yang pakar dalam pelbagai masalah neurologi, pediatrik, geriatrik, trauma akibat kecederaan atau kemalangan. 

PhysioMobile menggunakan teknik manual terapi yang melibatkan pergerakan sendi ke arah tertentu dengan kadar pergerakan berbeza.

Teknik ini bukan saja boleh membantu anda membaik pulih keadaan otot anda, malah dapat membantu keupayaan fizikal anda kembali seperti sedia kala. 

Antara rawatan lain yang anda boleh dapatkan di PhysioMobile adalah:

  • Sports Injuries Treatment
  • Children Treatment
  • Knee Pain Treatment
  • Stroke Treatment
  • Shoulder Pain Treatment
  • Back Pain Treatment
  • Neck Pain Treatment

Jangan tunggu sehingga kesakitan anda melarat dan mengganggu aktivi harian anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *