Trigger Finger: Jari Tangan Tak Boleh Lurus?

Pernahkah anda mengalami keadaan di mana jari tangan anda tidak boleh diluruskan?

Masalah ini dipanggil “trigger finger” dan ianya merupakan masalah jari yang biasa berlaku.

Walaupun trigger finger ini boleh terjadi pada sesiapa sahaja, kebanyakan kes trigger finger berlaku dalam kalangan mereka yang menghidap diabetes atau wanita yang lanjut usia.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang trigger finger. 

Apa itu Trigger Finger?

Trigger finger adalah satu kondisi yang mana pesakit mengalami kesakitan, kekejangan dan sensasi terkunci ketika membengkokkan dan meluruskan jari tangan.

Kebiasaannya, jari yang kerap terlibat dengan keadaan ini adalah jari manis atau ibu jari.

Tetapi, trigger finger juga boleh berlaku kepada mana-mana jari yang lainnya. 

Trigger finger ini berlaku disebabkan terdapat pembentukan nodul pada tendon fleksor yang menyebabkannya tersangkut pada A1 Pulley dan menyukarkan jari untuk lurus.

Trigger finger ini juga dikenali sebagai ‘stenosing tenosynovitis’ dalam terma perubatan. 

Tanda Trigger Finger Yang Anda Boleh Perhatikan Pada Jari Tangan Anda

jari tangan

Bagaimanakah anda boleh mengesan jika anda mengalami trigger finger?

Perhatikan pada jari anda jika terdapat pembentukan nodul atau benjolan di pangkal jari pada bahagian tapak tangan anda.

Jika terdapat benjolan seperti itu, cuba lihat jika ianya terasa sakit apabila ditekan.

Selain itu, pastikan jika anda merasakan terdapat sensasi terkunci (catching, popping or locking) ketika menggerakkan jari tersebut.

Tanda seterusnya yang anda perlu perhatikan adalah kesakitan pada bahagian pangkal jari ketika hendak meluruskan jari tersebut.

Perhatikan juga jika jari tersebut dibiarkan, jari itu akan berada dalam keadaan membengkok dan tidak dapat diluruskan lagi. 

Jika anda mendapati jari anda bertindak sebegini, anda mungkin mengalami trigger finger.

Kondisi ini akan menyebabkan kesukaran dalam melakukan aktiviti yang melibatkan penggunaan tangan.

Anda juga mungkin akan mengalami kesakitan yang berpanjangan jika kondisi ini tidak dirawat dengan sempurna. 

Terdapat tiga jenis rawatan yang anda boleh dapatkan iaitu rawatan fisioterapi, suntikan ‘corticosteroid’ atau pembedahan.

Rawatan Fisioterapi Untuk Trigger Finger

jari tangan

Rawatan fisioterapi mampu bantu mengurangkan bengkak, melegakan kesakitan dan kekejangan serta mengembalikan pergerakan jari kembali ke sedia kala.

Rawatan fisioterapi termasuklah: 

  1. Urutan 

Mengurut lembut di kawasan jari tangan yang mengalami “trigger finger” sehingga ke bahagian tapak tangan akan membantu meningkatkan aliran darah ke kawasan tersebut.

Sendi akan longgar dan bersedia untuk digerakkan dengan langkah ini. 

Pastikan trigger finger anda berada dalam keadaan selesa dan mulakan urutan lembut dalam gerakan bulat.

Teruskan urutan selama 2-3 minit dan diikuti dengan senaman mobilisasi.

  1. Air sejuk 

Terapi haba dan sejuk digunakan dengan tujuan memberikan relaksasi dan mengurangkan kesakitan.

Perkara yang penting sekali adalah menggunakan ais selepas senaman atau aktiviti yang menyebabkan ketidakselesaan. 

Merendam tangan yang sakit dalam air sejuk selama 10 minit boleh bantu mengurangkan bengkak dan kesakitan. 

  1. Senaman 

Antara cara anda boleh melakukan senaman bagi trigger finger anda adalah seperti berikut: 

  • Letakkan tangan anda di atas permukaan yang kukuh. Dengan perlahan, pisahkan semua jari sehingga rasa sedikit regangan dan tahan selama 10 saat. Ulang senaman ini  10 kali. 
  • Tarik dengan perlahan trigger finger anda sehingga rasa regangan di bawah jari tersebut. Tahan selama 10 saat dan ulangi sebanyak 10 kali. 
jari tangan
  • Genggam kuat benda lembut seperti stress ball selama 5 saat. Lepaskan genggaman dan buka jari seluas mungkin. Ulangi genggam dan lepas sebanyak 10 kali. Senaman ini mampu bantu memanjangkan tendon flexor dan melegakan gejala trigger finger.
jari tangan
  • Letakkan getah elastik di sekeliling jari anda. Pisahkan jari anda dari ibu jari dan gerakkan jari anda ke luar. Tahan 5 saat dan kembalikan ke posisi asal. Ulangi sebanyak 10 kali.

Senaman regangan dan kekuatan perlu dilakukan secara berkala. 

Senaman tangan ini mampu memulihkan pergerakan dan mengekalkan kekuatan cengkaman tangan anda. 

Regangan pada bahagian jari bukan sahaja untuk otot tetapi juga tendon dan ligamen pada trigger finger. 

Mengekalkan fleksibiliti tisu adalah penting dalam rawatan trigger finger. 

Yang paling penting sekali adalah anda perlu dapatkan nasihat pakar fisioterapi sebelum melakukan apa-apa terhadap trigger finger anda.

Hal ini adalah untuk pastikan anda tidak membawa lagi mudarat ke trigger finger anda.

Oleh itu, jika anda merasakan anda mengalami trigger finger, cepat-cepatlah berjumpa pakar fisioterapi. 

Ingin tahu di mana anda boleh dapatkan rawatan fisioterapi yang berkesan dan dipercayai?

Mestilah di PhysioMobile Malaysia di mana kami akan pastikan pemeriksaan, konsultasi dan rawatan anda dijalankan dengan rapi. 

PhysioMobile mempunyai 46 orang ahli fisioterapi yang pakar dalam pelbagai masalah neurologi, pediatrik, geriatrik, trauma akibat kecederaan atau kemalangan. 

Kami akan pastikan anda mendapat rawatan yang terbaik dengan menggunakan teknik manual dan ‘hands-on’ yang berbeza dengan terapi lain yang menggunakan alatan atau mesin.

Senaman bersama PhysioMobile adalah berstruktur dan berfokus untuk pastikan anda mendapatkan semula mobiliti pada tangan anda seperti sedia kala.

Antara manfaat yang anda akan dapati adalah kehilangan kesakitan anggota badan, meningkatkan keupayaan fizikal dan meningkatkan kadar pergerakan.

Jangan tunggu lagi!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *