Tangan Kebas punca dari masalah saraf

(Amaran) Tangan Kebas Punca Dari Masalah Saraf

Pasti ramai menganggap kebas tangan bukan sesuatu yang perlu dipandang serius, namun jangan ambil ringan kerana tahukah anda tangan kebas punca dari masalah saraf?

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa itu kebas tangan dan punca-punca yang menyebabkannya berlaku.

Kami juga akan mengesyorkan kepada anda rawatan-rawatan yang anda boleh dapatkan untuk mengelakkannya.

Kebiasaanya, kebas tangan berlaku ketika tangan anda terhimpit disebabkan oleh posisi tidur yang tidak betul dan ini akan menyebabkan saraf dan juga saluran darah terhimpit.

Ini akan menyebabkan fungsi saraf deria di kawasan tersebut berkurangan dan seterusnya membuatkan tangan anda berasa kebas.

Tangan kebas punca dari masalah saraf. Oleh itu, apabila tangan anda kebas, anda tidak akan merasakan apa-apa rangsangan langsung pada kawasan tersebut.

Seterusnya, masalah ini juga boleh berlaku pada kaki ketika anda duduk bersila untuk tempoh masa yang lama. Anda akan merasa kaki menjadi kebas seperti dicucuk jarum. 

Namun jangan risau, setelah posisi badan dibetulkan, tangan anda akan beransur normal dan deria rasa anda akan kembali.

Masalah kebas tangan selalunya kurang dirisaukan oleh doktor. Namun, sekiranya rasa kebas itu bukan berpunca daripada posisi badan, ia perlu dianggap serius.

Oleh itu, mari kita teliti punca-punca kebas tangan boleh berlaku selain daripada masalah posisi badan agar ia dapat dielakkan daripada berlaku. 

6 Punca Utama Tangan Kebas

 Tangan Kebas punca dari masalah saraf
  1. Kencing manis

Berdasarkan kajian, sebanyak 30% pesakit yang menghadapi kebas di bahagian kaki atau tangan adalah disebabkan oleh kencing manis.

Pesakit yang mempunyai kencing manis kebiasaanya akan mengalami kencing yang kerap dan dengan isipadu yang banyak. 

Bagi mengesan sama ada pesakit mengalami masalah kencing manis ataupun tidak, ujian air kencing akan dilakukan untuk menentukan kadar gula di dalam darah.

Kencing manis mampu merosakkan saraf di dalam badan secara sedikit demi sedikit. 

Pada peringkat awal, ia akan mula merosakkan saraf di bahagian kaki terlebih dahulu dan sekiranya ia terlalu teruk, jangkitan tersebut boleh naik ke bahagian tangan pula.

  1. Angin Ahmar (Strok)

Angin ahmar cenderung berlaku kepada warga emas di mana berlakunya penyempitan salur darah atau salur darah pecah pada bahagian otak. 

Hal ini akan menyebabkan bekalan oksigen ke bahagian otak berkurangan dan mengakibatkan kerosakan pada sebahagian tisu otak. 

Kondisi ini juga boleh sekaligus menyebabkan kematian fungsi pada bahagian otak yang terkesan dan pesakit juga boleh mengadu simptom kebas tangan.

Imbasan CT(CT-scan) diperlukan bagi melihat sama ada berlaku pendarahan ataupun sumbatan darah pada kawasan otak yang boleh menyebabkan kematian sel.

  1. Kekurangan Vitamin

Bukan itu sahaja, kekurangan vitamin B1, B6, B12 dan E adalah sangat berkait rapat dengan perkembangan saraf. 

Vitamin B adalah sangat penting untuk kesihatan sistem saraf anda dan sekiranya anda mengalami kebas atau kesemutan,  ia menunjukkan anda kekurangan vitamin tersebut.

Sekiranya anda kurang mengambil vitamin ini dalam pemakanan harian anda, saraf anda mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik dan anda akan mengalami simptom kebas tangan.

Antara supplement yang boleh diambil bagi mengelakkan kebas tangan adalah Vitamin B Complex. 

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan sumber vitamin tersebut daripada daging, ayam dan makanan laut.

  1. Penggunaan Alkohol

Sering kita dengar bahawa pengambilan alkohol adalah sangat tidak elok bagi kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan kita.

Ini kerana, pengambilan alkohol yang berlebihan bukan sahaja mengganggu kewarasan, ia juga akan mengurangkan tahap vitamin thiamine di dalam darah.

Thiamine merupakan salah satu elemen penting yang diperlukan oleh badan bagi memastikan saraf sentiasa berfungsi dengan sihat. 

Kekurangan elemen ini akan menyebabkan pesakit mengalami kebas-kebas badan terutama sekali pada bahagian tangan.

  1. Toksin

Toksin seperti logam berat boleh merosakkan saraf di dalam badan. Antara contoh logam berat adalah plumbum, arsenik, thalium dan merkuri di dalam industri pembuatan. 

Bukan itu sahaja, terdapat juga logam berat seperti merkuri yang digunakan dalam industri pembuatan kosmetik.

Kebanyakan produk kosmetik timbang kilo yang dijual di pasaran mengandungi kandungan merkuri yang tinggi dan adalah amat bahaya untuk kesihatan.

Oleh itu, sebelum membeli apa-apa produk kecantikan, pastikan ia berdaftar dan telah diluluskan oleh KKM untuk mengelakkan diri daripada menggunakan racun yang berbahaya.

  1. Kecederaan

Trauma yang melibatkan kerosakan pada saraf juga berpotensi untuk menyebabkan rasa kebas pada bahagian tangan ataupun anggota badan yang lain.

Contohnya, slipped disc yang berlaku di bahagian tengkuk akan menyebabkan saraf pada bahagian tersebut terhimpit.

Hal ini akan menyebabkan saraf yang berhubung dengan tangan tidak dapat berfungsi seterusnya menyebabkan tangan menjadi kebas.

Keadaan ini dikenali sebagai Sindrom Himpitan saraf atau Nerve Entrapment Syndrome dan ia selalunya berlaku di kawasan yang membentuk terowong.

Saraf tersebut perlu melalui lubang atau terowong itu. Sekiranya terdapat keradangan pada kawasan tersebut, ia akan menyebabkan fungsi saraf terganggu dan tangan akan kebas.

5 Rawatan Tangan Kebas Berkesan

 Tangan Kebas punca dari masalah saraf
  1. Senaman

Simptom-simptom kebas tangan juga boleh dirawat dengan melakukan senaman khusus bagi merawat sindrom Carpal Tunnel. 

Selain daripada membantu anda mengurangkan simptom yang dialami, ia juga boleh menguatkan otot anda dan mengembalikan stamina.

Bukan itu sahaja, senaman seperti aktiviti regangan dan postur senaman tertentu juga boleh mengurangkan simptom spondylosis serviks.

  1. Ubat tahan sakit

Bagi mengurangkan kebas pada tangan, anda juga boleh mengambil ubat anti radang yang bukan steroid seperti ibuprofen atau aspirin.

Kesakitan ringan yang berlaku pada leher, tangan dan juga bahagian tubuh yang lain boleh dikurangkan dengan ubat-ubatan seperti ini.

Anda boleh mendapatkan ubat tahan sakit daripada farmasi atau kedai runcit berdekatan tanpa memerlukan preskripsi doktor.

  1. Gunakan splints atau wrist guard

Untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk, anda juga disarankan untuk menggunakan wrist guard. 

Ini adalah untuk  membantu pergelangan tangan anda menjadi lurus dan secara tidak langsung mengurangkan tekanan pada saraf median tangan anda. 

Antara waktu yang amat elok untuk menggunakan wrist guard ini adalah ketika melakukan tugasan berulang seperti menggunakan komputer.

  1. Ambil vitamin B-12

Mungkin ramai tidak tahu bahawa kekurangan vitamin B-12 juga boleh menyebabkan kebas tangan. 

Vitamin B12 merupakan salah satu vitamin yang tergolong dalam kelompok vitamin B kompleks. 

Selain itu, Vitamin B12 atau dikenal sebagai Cyanocobalamin ini adalah jenis vitamin yang larut dalam air.

Tubuh badan kita sentiasa memerlukan nutrisi untuk bekerja secara optimal dan sebahagian besar nutrisi yang diperlukan terdapat dalam pemakanan yang sihat.

Oleh itu, anda sentiasa disarankan untuk mengambil suplemen vitamin B-12 atau sumber makanan yang kaya dengan vitamin B-12 seperti ikan salmon, telur dan juga hati. 

Untuk lebih senang, anda juga boleh mengambil sumber vitamin B-12 melalui supplemen atau tablet sedia ada yang dijual di farmasi.

  1. Ubat topikal

Kesakitan yang anda rasa juga boleh dirawat dengan penggunaan krim capsaicin atau tampalan lidocaine pada bahagian yang mengalami kebas.

Ubat topikal seperti Biofreeze boleh membantu melegakan kecederaan ringan di samping mengurangkan kesakitan akibat kerosakan saraf periferal dan sindrom Carpal tunnel.

Konklusinya, seperti yang dijelaskan di atas, kondisi kebas tangan tidak boleh dipandang remeh kerana ia berkait rapat dengan saraf yang mengawal pergerakan tubuh badan.

Sekiranya saraf mengalami kerosakan dan tidak dirawat dengan segera, ia akan mengundang lebih banyak penyakit lain yang lebih serius.

Jangan biarkan kebas tangan mengganggu aktiviti harian anda anda kerana kebiasaanya kecederaan tersebut boleh dipulihkan dengan mudah!

Selain daripada rawatan-rawatan yang dijelaskan di atas, perlu anda tahu bahawa rawatan fisioterapi juga terbukti berkesan bagi merawat gejala kebas tangan.

Ingin tahu di mana anda boleh dapatkan rawatan fisioterapi di Malaysia yang berkesan dan dipercayai?

Mana lagi jika bukan PhysioMobile Malaysia!

Sekiranya sakit bahu anda masih tidak berkurang walaupun sudah melakukan rawatan sendiri di rumah, segeralah hubungi PhysioMobile Malaysia!

Kini, dengan misi menjadi pusat fisioterapi terbaik di Kuala Lumpur, PhysioMobile Malaysia sudah melebarkan sayap dan membuka cawangan di Wangsa Maju.

Physiomobile bermula Dengan hanya 2 Bilik Kecil dan walaupun hanya berbekalkan katil bergerak, kami telah berjaya membantu lebih dari 300 pesakit setiap bulan pada 3 bulan pertama.

Kami telah pun merawat berpuluh ribu kes, antaranya:

  • Slip disc
  • Scoliosis
  • Spondylosis
  • Bulging Disc
  • Sakit sakit otot
  • Sakit di bahagian belikat

Seterusnya, selain merawat kebas tangan, rawatan kami juga boleh menghilangkan kesakitan anggota badan, meningkatkan keupayaan fizikal dan meningkatkan kadar pergerakan.

Setelah beberapa sesi rawatan bersama kami, tiada lagi masalah kebas tangan atau kesakitan pada anggota badan lain seperti sakit lutut dan kecederaan lain.

Proses rawatan di Pysiomobile terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

  1. Pemeriksaan 

Pertama sekali, sebelum proses rawatan dijalankan, pakar therapist kami akan mengajukan anda beberapa soalan berkaitan latar belakang dan kesemua sejarah kesihatan anda. 

Kami mengambil berat tentang punca kecederaan yang dialami untuk menentukan rawatan yang sesuai untuk anda.

Seterusnya, therapist kami akan melakukan pemerhatian dan ujian-ujian fizikal berdasarkan ‘outcome measure’ tertentu.

  1. Rawatan

Rawatan untuk sakit bahu yang anda alami akan berfokus kepada mengurangkan sakit dan menambah julat pergerakan tangan yang kebas.

Proses ini menggunakan kaedah rawatan ‘manual technique physiotherapy’ dan program senaman yang berstruktur dan berfokus. 

  1. Konsultasi

Seterusnya, berdasarkan ilmu anatomi dan fisiologi, therapist akan menerangkan dengan mendalam tentang kondisi anda.

Punca kecederaan dan cara mengelakkannya juga akan diberikan perhatian. 

Fisioterapi kami di Physiomobile akan membantu anda dengan menggunakan teknik manual terapi yang melibatkan pergerakan sendi ke arah tertentu dengan kadar pergerakan berbeza.

Ini bukan sahaja untuk membaik pulih keadaan otot anda, malah dapat meregangkan otot dan juga mengembalikan keupayaan fizikal seperti sedia kala.

Selain itu, kami bukan sahaja merawat kecederaan dan kebas tangan. Antara rawatan-rawatan lain yang anda boleh dapatkan di Physiomobile adalah:

  • Sports Injuries Treatment
  • Children Treatment
  • Knee Pain Treatment
  • Stroke Treatment
  • Shoulder Pain Treatment
  • Back Pain Treatment
  • Neck Pain Treatment

Oleh itu, tunggu apa lagi? Dapatkan rawatan segera di Physiomobile Malaysia dan ucapkan selamat tinggal kepada masalah kebas tangan! Kami sedia membantu anda.

Klik Di Sini Bagi Mendapatkan Rawatan Kebas Tangan

Related Post

Info

Trigger Finger: Jari Tangan Tak Boleh Lurus?

Pernahkah anda mengalami keadaan di mana jari tangan anda tidak boleh diluruskan? Masalah ini dipanggil “trigger finger” dan ianya merupakan masalah jari yang biasa berlaku. Walaupun trigger finger ini boleh

Anda perlukan info lebih lanjut
mengenai rawatan fisioterapi?

Scroll to Top