kecederaan sukan

Kecederaan Sukan: Di Manakah Anda Boleh Mendapatkan Rawatan Yang Terbaik?

Sekiranya anda aktif bersukan, pasti anda pernah mengalami kecederaan sukan yang mengganggu prestasi sukan dan aktiviti harian anda.

Adakah anda mengalami sakit lutut yang berpanjangan selepas bersukan atau bahu anda terseliuh akibat kecederaan ketika bersukan?

Sekiranya anda ingin mendapatkan rawatan bagi kecederaan yang dialami, teruskan membaca artikel ini!

Kami akan menerangkan jenis-jenis kecederaan sukan yang anda perlu elakkan di samping mengesyorkan tempat rawatan yang terbaik.

Jenis Kecederaan Sukan

  1. Ankle Sprain

Ankle sprain ialah kecederaan di mana ligamen di bahagian buku lali anda terkoyak.

Terjadinya kecederaan ini adalah apabila kaki anda terseliuh dalam keadaan ‘inversion, plantarflexion dan eversion’ ketika melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti bersukan. 

Kecederaan ini juga cenderung terjadi kepada mereka yang melakukan sukan yang memerlukan lompatan dan tukar haluan seperti sepak takraw, bola keranjang, bola sepak dan ragbi.

Kecederaan ini juga berkemungkinan berlaku disebabkan faktor-faktor persekitaran seperti permukaan tanah yang tidak rata, keganasan dalam sukan dan aksi yang terlampau agresif.

Oleh itu, untuk mengelakkan ankle sprain, penting bagi setiap individu untuk melakukan senaman ringan bagi memastikan buku lali anda tidak hilang fleksibiliti dan kekuatan semasa bersukan. 

  1. Groin pull

Groin strain ialah kecederaan yang berlaku pada bahagian “adductor muscles” atau otot pada bahagian dalam tepi peha.

Pergerakan seperti menendang, berpusing untuk mengubah arah ketika berlari dan melompat seperti bola sepak, hockey dan baseball  berpotensi menyebabkan acute groin strain.

Ini kerana, aktiviti-aktiviti sukan ini banyak menggunakan otot bahagian dalam paha.

Antara tanda-tanda terjadinya Groin pull adalah:

  • Sakit pada bahagian dalam peha iaitu daripada punggung hingga lutut
  • Bengkak
  • Lebam
  • Terdapat bunyi “snapping” ketika kecederaan berlaku
  • Kekuatan pada bahagian atas kaki berkurang 

Bagi melegakan Groin pull, letakkan ais dan rehatkan kawasan yang cedera. Elakkan kembali bersukan dengan segera kerana ia boleh memberi kesan jangka masa panjang.

  1. Shin Splints

kecederaan sukan

Shin splints merujuk kepada rasa sakit pada tulang keting anda dan kesakitan juga bertumpu pada bahagian bawah kaki antara lutut dan pergelangan kaki. 

Shin splints adalah gangguan tekanan kumulatif yang melibatkan pukulan dan tekanan berulang pada tulang, otot, dan sendi kaki bawah.

Keadaan ini menghalang kaki anda daripada memperbaiki dan pulih dirinya secara semula jadi dan cenderung berlaku kepada seorang pelari jarak jauh.

Untuk merawat Shin Splints, anda boleh mengambil ubat tahan sakit dan merehatkan kaki anda sambil meletakkan ais pada bahagian tercedera.

  1. Kecederaan lutut: Patellofemoral syndrome

kecederaan sukan

Pergerakan berulang antara tulang lutut dan tulang paha boleh menyebabkan berlakunya Patellofemoral syndrome.

Secara ringkasnya, kesakitan yang anda rasa adalah disebabkan oleh kerosakan pada tisu di bawah tulang lutut. 

Hal ini terjadi akibat perubahan sendi patellofemoral-femora dan mungkin akan mengambil masa sehingga 6 minggu untuk pulih dengan sepenuhnya.

Patellofemoral syndrome juga merujuk kepada sakit ringan yang berterusan pada lutut terutamanya ketika meregangkan otot dan sakit boleh bertambah teruk sekiranya lutut ditekan. 

Pesakit juga akan mengalami kesukaran untuk berjalan, naik dan turun tangga atau membengkokkan lutut untuk masa yang lama. 

Antara punca-punca lain terjadinya Patellofemoral syndrome adalah:

  • Membengkokkan lutut secara berlebihan dan berulang
  • Trauma pada lutut seperti terjatuh
  • Salah jajaran atau misalignment
  • Otot peha yang lemah

Untuk mengurangkan rasa sakit lutut anda, senaman berintensiti rendah dan senaman yang menggunakan otot paha adalah sangat digalakkan. 

  1. Tennis Elbow (epicondylitis)

kecederaan sukan

Aktiviti sukan yang melibatkan raket seperti badminton, tenis atau squash berkemungkinan menyebabkan anda mengalami Tennis Elbow.

Tennis Elbow terjadi disebabkan oleh iritasi pada tendon siku akibat penggunaan sendi siku yang berulang. 

Kebiasaannya kesakitan yang dialami pesakit Tennis Elbow tertumpu pada bahagian luar lengan berhampiran dengan kawasan siku. 

Hal ini juga berkait rapat dengan keadaan otot dan tendon lengan pesakit.

Fungsi utama tendon adalah menghubungkan otot-otot dengan tulang. Sekiranya anda kerap melakukan pergerakan lengan secara berulang, tendon di bahagian siku akan koyak.

Koyakan tersebut akan menyebabkan stress di kawasan tercedera dan seterusnya menyebabkan kesakitan apabila anda menggenggam atau memegang sesuatu dengan tangan.

Walaupun kecederaan Tennis Elbow memerlukan rawatan minimum untuk sembuh, ia memerlukan masa dan rehat yang secukupnya.

Untuk merawat dan melegakan kesakitan, anda perlu merehatkan siku daripada melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan iritasi pada bahagian tersebut.

Rawatan di Physiomobile

Sekiranya anda merasakan kecederaan yang anda alami mengganggu prestasi dan menghalang anda untuk melakukan aktiviti harian dengan sempurna, hubungi Physiomobile segera!

Kami di PhysioMobile Malaysia menawarkan rawatan yang terbukti berkesan dalam merawat kecederaan yang berpunca daripada sukan. 

Sebagai bukti, hampir semua atlet-atlet yang mendapatkan rawatan daripada kami telah pulih sepenuhnya dan sedia kembali bersukan seperti biasa.

Tiada lagi masalah sakit lutut, atau kecederaan lain setelah beberapa sesi rawatan bersama kami!

Kami juga menawarkan rawatan khas yang menggunakan teknik “hands-on” dan ia berbeza dengan terapi lain yang menggunakan alatan atau mesin.

Manfaat-manfaat lain yang boleh diperolehi daripada rawatan ini adalah, menghilangkan kesakitan tubuh badan, meningkatkan keupayaan fizikal dan meningkatkan kadar pergerakan.

Proses rawatan di Pysiomobile terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

  1. Pemeriksaan 

Pertama sekali, sebelum proses rawatan dijalankan, pakar therapist kami akan mengajukan anda beberapa soalan berkaitan latar belakang dan kesemua sejarah kesihatan anda. 

Kami mengambil berat tentang punca kecederaan yang dialami untuk menentukan rawatan yang sesuai untuk anda.

Seterusnya, therapist kami akan melakukan pemerhatian dan ujian-ujian fizikal berdasarkan ‘outcome measure’ tertentu.

  1. Rawatan

Rawatan untuk kecederaan sukan yang anda alami akan berfokus kepada mengurangkan sakit dan menambah julat pergerakan sendi.

Proses ini menggunakan kaedah rawatan ‘manual technique physiotherapy’ dan program senaman yang berstruktur dan berfokus. 

Tambahan pula, sesi rawatan juga akan lebih fokus untuk menambah baik fungsi fizikal pesakit dan menawarkan program rehabilitasi terbaik agar anda dapat kembali bersukan segera.

  1. Konsultasi

Seterusnya, berdasarkan ilmu anatomi dan fisiologi, therapist akan menerangkan dengan mendalam tentang kondisi anda.

Punca kecederaan dan cara mengelakkannya juga akan diberikan perhatian. 

Konklusinya, jangan biarkan kecederaan anda mengganggu prestasi sukan anda kerana kebiasaanya kecederaan tersebut boleh dipulihkan dengan mudah!

Fisioterapi kami di Physiomobile akan membantu anda dengan menggunakan teknik manual terapi yang melibatkan pergerakan sendi ke arah tertentu dengan kadar pergerakan berbeza.

Ini bukan sahaja untuk membaik pulih keadaan otot anda, malah dapat meregangkan otot dan juga mengembalikan keupayaan fizikal seperti sedia kala.

Selain itu, kami bukan sahaja merawat kecederaan berpunca daripada aktiviti sukan. Antara rawatan-rawatan lain yang anda boleh dapatkan di Physiomobile adalah:

  • Sports Injuries Treatment
  • Children Treatment
  • Knee Pain Treatment
  • Stroke Treatment
  • Shoulder Pain Treatment
  • Back Pain Treatment
  • Neck Pain Treatment

Oleh itu, tunggu apa lagi? Dapatkan rawatan segera di Physiomobile Malaysia! Kami sedia membantu anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *