rawatan slip disc

Apa yang Anda Perlu Ketahui Dengan Slip Disc

Masalah slip disc merupakan masalah yang dihadapi ramai orang, terutamanya mereka yang berumur 30 lebih.  

Slipped disc yang tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal dan boleh mengakibatkan kelumpuhan.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan tentang apakah itu slipped disc, simptom-simptom serta beberapa rawatan bagi mengatasi masalah ini.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Apa Itu Slip Disc?

slip disc

Slip disc, atau dikenali sebagai prolapsed intervertebral disc (PID) merupakan masalah tulang belakang yang disebabkan oleh tisu di antara tulang pada tulang belakang anda ditolak keluar.

Masalah ini sangat menyakitkan, terutamanya apabila ia menekan saraf anda serta menyebabkan badan anda untuk berasa lemah dan kebas.

Dalam keadaan di mana slipped disc anda sangat teruk, anda mungkin memerlukan pembedahan untuk mengeluarkan atau membaiki disc atau cakera yang tergelincir.

Terdapat pelbagai faktor punca berlakunya masalah slipped disc ini. Antaranya adalah seperti mengangkat barang yang berat, duduk dengan postur yang tidak betul serta faktor umur.

Berat badan seseorang juga boleh menyebabkan slipped disc. Individu yang berlebihan berat badan berisiko lebih tinggi kerana disc mereka perlu menyokong berat tambahan mereka.

Mereka yang berumur lebih cenderung untuk mengalami masalah slipped disc.  

Hal ini disebabkan semakin berumur, keanjalan “disc” semakin berkurangan dan menipis. Ia akan menyumbang lebih kepada masalah slipped disc. 

Simptom-simptom Terjadinya Slip Disc 

simptom slip disc

Seseorang boleh mengalami masalah cakera tergelincir di mana-mana bahagian tulang belakang mereka, dari leher hingga ke bahagian bawah punggung mereka. 

Bahagian bawah belakang adalah salah satu kawasan yang paling biasa untuk mengalami masalah cakera tergelincir dan tahap kesakitannya berbeza-beza bagi setiap orang.

Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu mereka mengalami masalah cakera tergelincir dan menganggap sakit mereka adalah sakit belakang yang biasa sahaja.

Ini boleh membawa kepada kesakitan dan masalah kesihatan yang lebih teruk. Oleh itu, anda patut mengenalpasti simptom-simptom slipped disc supaya masalah ini dapat dirawat dengan segera.

Antara simptom-simptom slipped disc adalah seperti:

  • Sakit belakang, sama ada akut, kronik atau berulang (recurrent)
  • Sakit dan kebas pada bahagian kaki 
  • Sakit yang bertambah teruk pada waktu malam atau ketika melakukan pergerakan tertentu
  • sakit yang bertambah teruk selepas berdiri atau duduk
  • Kesukaran untuk duduk atau baring
  • Sakit apabila berjalan
  • Kesukaran mengawal air kencing atau air besar

Rawatan Untuk Masalah Slip Disc

Di dalam bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda beberapa rawatan yang boleh membantu mengatasi masalah slipped disc anda.

  • Rawatan di rumah

rawatan slip disc

Salah satu cara untuk merawat masalah slipped disc adalah dengan melakukan rawatan sendiri di rumah setiap hari bagi mengurangkan beban di tulang belakang.

Rawatan yang boleh dibuat di rumah adalah seperti melakukan regangan dan senaman untuk melegakan sakit belakang setiap hari.

Antara senaman yang dapat melegakan sakit belakang adalah seperti cat and camel, pelvic tilt, lower abdominal exercise, hip extension and hip rolling.

  • Rawatan di hospital 

Selain itu, antara cara untuk merawat masalah slipped disc adalah dengan mendapatkan rawatan profesional dari pakar seperti di hospital dan klinik.

Anda perlu menghadiri sesi konsultasi bersama dengan doktor yang pakar untuk mendapatkan nasihat tentang prosedur rawatan yang terbaik untuk anda.

Antara rawatan yang biasa dicadangkan oleh doktor adalah preskripsi ubat-ubatan dan pembedahan jika perlu bagi merawat masalah slipped disc ini.

Ubat yang diberi biasanya terdiri daripada muscle relaxants, ubat saraf, dan ubat tahan sakit yang boleh membantu melegakan otot yang kejang serta mengurangkan rasa sakit.

Bagi proses pembedahan pula, bahagian disc yang terkeluar atau lari dari posisi asal akan dibedah supaya berada di posisi yang betul atau dikeluarkan terus.

  • Rawatan manual: Pek Panas dan Ais

rawatan slip disc

Rawatan bagi masalah slipped disc yang seterusnya adalah menggunakan pek panas atau pek ais.

Pek panas atau pek ais ini diletakkan di tempat yang terasa sakit seperti di tulang belakang bagi melegakan rasa sakit dan kekejangan otot.

Pek sejuk perlu dibalut dengan kain yang basah dan diletakkan pada bahagian yang sakit selama 15 minit sahaja.

Pek panas pula perlu dibalut dengan beberapa lapisan tuala supaya kulit anda tidak melecur dan diletakkan di bahagian yang sakit selama 20 minit.

  • Rawatan Fisioterapi

Di samping itu, rawatan yang efektif dalam merawat slipped disc adalah rawatan fisioterapi yang boleh dilakukan di pusat fisioterapi seperti di Physiomobile.

Rawatan ini perlu dilakukan dengan bantuan ahli terapi fizikal dan dapat membantu kuatkan otot di belakang anda, membaiki saraf serta kurangkan rasa sakit akibat slipped disc.

Kesimpulannya, masalah slip disc ini boleh dirawat dan patut dirawat dengan secepat mungkin supaya masalah keterbatasan pergerakan dan kelumpuhan dapat dielakkan.

physiomobile

Jika anda mencari pusat rawatan fisioterapi yang terbaik di Malaysia, anda disarankan untuk memilih kami di Physiomobile!

Kami berjanji untuk memberi anda servis yang terbaik untuk membantu anda bebas dari segala kesakitan yang anda mengalami.

Usah tangguh lagi! Segera dapatkan perkhidmatan fisioterapi yang efektif dari kami sekarang. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *