kecederaan sukan

Kecederaan Sukan: Dimanakah Anda Boleh Dapatkan Rawatan Terbaik

Kecederaan semasa bersukan merupakan perkara yang mustahil untuk dielakkan.

Tak kiralah anda seorang atlet ataupun individu yang jarang bersukan, kecederaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. 

Ia boleh dirawat sendiri jika ianya tidak terlalu serius. Tetapi, jika ia melibatkan kecederaan yang parah, anda perlu dapatkan rawatan dengan pakar perubatan. 

Jika anda ingin mengetahui punca-punca yang menyebabkan kecederaan sukan, jenis-jenisnya serta cara rawatan yang mudah, teruskan membaca.

Di akhir artikel ini, kami juga akan kongsikan bersama anda pusat rawatan kecederaan sukan yang terbaik di Malaysia. 

Faktor-faktor Kecederaan Sukan 

faktor kecederaan sukan

  •  Faktor Ekstrinsik 

Faktor ekstrinsik ialah faktor luaran seperti pemakaian, peralatan dan persekitaran. 

Pakaian yang ketat boleh menyebabkan gangguan pada peredaran darah. 

Pemakaian pakaian seperti ini adalah bahaya kepada individu dan boleh membawa kepada kecederaan sukan. 

Seterusnya, peralatan sukan yang tidak sesuai dengan umur, ketinggian dan keupayaan fizikal turut boleh menjadi faktor penyumbang kecederaan semasa bersukan. 

Yang terakhir sekali ialah faktor persekitaran yang boleh mengundang kecederaan seperti trek larian tidak sekata boleh menyebabkan pelari tersungkur lalu tercedera. 

  •  Faktor Intrinsik 

Faktor intrinsik merupakan faktor yang berkaitan dengan individu yang bersukan itu seperti kesihatan, kecergasan dan pemakanan.

Jika individu tersebut mempunyai masalah kesihatan seperti sakit lutut, dia dinasihatkan untuk mengurangkan tekanan dan bebanan di bahagian lutut. 

Selain itu, setiap individu perlulah bersukan mengikut tahap kecergasan diri. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada terlalu memaksa badan yang boleh menyebabkan kecederaan. 

Faktor lain seperti latihan sukan yang tidak mencukupi atau tidak dipraktikkan secara betul turut boleh menyebabkan kecederaan sukan. 

Baca Juga:

Lakukan Senaman Ringan Ini Di Tempat Kerja Bagi Mengatasi Sakit Belakang

Jenis Kecederaan Sukan Yang Kerap Berlaku 

jenis kecederaan sukan

Antara istilah yang selalu kita dengar tentang kecederaan sukan adalah sprain dan strain tetapi apa beza antara keduanya?

Sprain merupakan kecederaan yang berlaku pada ligamen (tisu penyambung di antara tulang dan otot lalu membentuk sendi). 

Ligamen yang direnggang melebihi hadnya boleh menyebabkan tisu ligamen berubah bentuk atau terkoyak. 

Manakala, strain pula merujuk kepada kecederaan yang melibatkan tisu otot atau tendon. 

Otot yang direnggang melebihi had pergerakannya atau terlebih guna boleh menyebabkan fiber otot atau tendon terkoyak. 

Antara bahagian yang boleh berlaku kecederaan sprain adalah di buku lali (ankle sprain) dan bagi strain pula adalah pada hamstring iaitu otot di belakang peha.

Selain daripada sprains dan strains, kecederaan lain yang selalu berlaku adalah shin splint iaitu kecederaan di bahagian tulang keting. 

Kecederaan sukan yang ini paling kerap berlaku dalam kalangan pelari jarak jauh. 

Hal ini terjadi kerana mereka terlalu banyak menggunakan bahagian otot di situ atau peningkatan latihan secara mendadak.

Seterusnya, kecederaan yang lazim berlaku adalah kecederaan lutut di mana ACL terkoyak.

ACL merupakan ligamen yang memegang lutut supaya kekal stabil. Kecederaan ACL boleh berlaku apabila ada pergerakan dan berhenti secara tiba-tiba. 

Kecederaan ACL yang teruk selalunya memerlukan pembedahan dan rehabilitasi fisioterapi terutamanya jika anda ingin teruskan bersukan.

Bagi sukan yang banyak melibatkan pergerakan siku seperti badminton dan tenis, si pemain boleh mengalami kecederaan epicondylitis atau nama lainnya, tennis elbow. 

Rawatan Kecederaan Sukan

Apabila berlaku kecederaan semasa bersukan, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan sebagai langkah pencegahan. 

  • Terapi PRICE 

Teknik terapi PRICE ini sesuai dilakukan apabila berlaku kecederaan ringan seperti terseliuh atau ketegangan. Ia boleh dilakukan sendiri di rumah selama 2-3 hari. 

PRICE merupakan akronim kepada: 

P = protection. Lindungi kawasan tercedera.

Kawasan yang tercedera perlu dilindungi daripada perkara yang mungkin boleh menyebabkan kecederaan yang lebih parah.

R = rest. Rehat dari bersukan dan rehatkan tempat yang tercedera. 

Hentikan pergerakan di kawasan tercedera buat sementara waktu bagi mengelakkan rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk. 

Gunakan tongkat untuk berjalan jika kecederaan berlaku di kawasan buku lali atau lutut. 

Penggunaan anduh amat digalakkan untuk mengurangkan kecederaan di bahu atau lengan. 

I = ice. Letakkan pek ais pada tempat tercedera selama 15-20 minit setiap 2-3 jam.

 rawatan ice

Ais boleh menyebabkan pengecutan salur darah, mengehadkan pendarahan dan proses membengkak, mengurangkan kesakitan serta elakkan keradangan. 

Tapi, jangan letakkan ais secara langsung ke kulit tanpa alas kerana ia boleh menyebabkan kecederaan kulit.

C = compression. Berikan sedikit tekanan pada kawasan cedera. 

rawatan compression

Balutkan tempat tercedera dengan pembalut atau bandage bagi mengurangkan bengkak dan sakit. 

Namun, elakkan balut terlalu ketat sehingga menyekat pendarahan yang boleh menyebabkan kecederaan lebih parah. 

E = elevation. Pastikan bahagian yang tercedera berada pada aras yang lebih tinggi daripada paras jantung supaya bengkak surut dengan lebih cepat.

Dinasihatkan untuk melakukan elevation sekerap yang boleh. 

  •  Ubat Tahan Sakit 

Bagi mengurangkan kesakitan disebabkan kecederaan sukan, anda boleh mengambil ubat tahan sakit seperti paracetamol.

Namun, pastikan anda tidak mengambil sebarang ubat atau melebihi dos dan dapatkan nasihat pakar kesihatan. 

Baca juga:

Apa itu Slip Disc & Cara Merawatnya

Rawatan Terbaik Kecederaan Sukan

Rawatan terbaik yang anda boleh dapatkan jika mengalami kecederaan sukan adalah rawatan fisioterapi. 

Di Malaysia, terdapat banyak pusat rawatan fisioterapi yang bagus tetapi jika anda ingin mencari yang terbaik, cubalah dapatkan rawatan bersama kami di PhysioMobile! 

physiomobile

Physiomobile terdiri daripada ahli fisioterapi yang arif dalam merawat gangguan muskuloskeletal seperti sakit lutut, sakit leher, sakit belakang dan banyak lagi.

Kami juga menyediakan pemulihan intensif untuk pesakit yang mengalami kecederaan sukan, masalah neurologi, pediatrik, geriatrik dan terapi selepas pembedahan.

Tidak kira umur atau jantina anda, jika anda mengalami kesakitan yang menjejaskan pergerakan dan keseimbangan anda, dapatkan janji temu bersama kami segera!

Hal ini kerana ahli fisioterapi kami disahkan berkelayakan untuk menilai, merancang dan menyediakan terapi fizikal yang anda perlukan.

Kami menggunakan fisioterapi teknik manual dan senaman berstruktur yang memfokuskan kepada masalah kesihatan yang sedang dihadapi untuk membantu anda pulih dengan baik.

Anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan ahli fisioterapi kami untuk mendapatkan rawatan yang terbaik.

Kami akan memastikan anda menerima rawatan fisioterapi yang berkesan berdasarkan keperluan kesihatan anda.

Jadi, apa tunggu lagi?

 

 

Ingin Mendapatkan Rawatan Untuk Sakit Anda?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *