Menguruskan kecederaan tisu lembut anda
Kecederaan tisu lembut kebiasaannya dikategori berdasarkan jangka masa bermula sejak kecederaan terjadi dan proses penyembuhan yang berlaku dalam masa itu.
Akut- fasa perlindungan
Kecederaan tisu lembut dipanggil sebagai fasa akut bermula daripada masa mulanya kecederaan dan ketika sakit, pendarahan dan bengkak berada pada tahap paling teruk. Pada masa ini, badan anda akan berfungsi untuk melindungi kecederaan anda daripada menjadi lebih teruk. Jangka masa biasa untuk simptom akut ini akan berakhir dalam masa dua ke empat hari selepas kecederaan, tetapi perkara ini bergantung kepada bagaimana anda merawat kecederaan anda.
Rawatan Kecederaan Tisu Lembut Akut
Sub-Akut – Fasa Pembaikan
Kecederaan tisu lembut dipanggil sebagai sub-akut apabila fasa permulaan akut bertukar kepada proses membaiki tisu yang cedera. Fasa ini kebiasaannya berlaku dalam masa 6 minggu selepas kecederaan apabila badan anda menghasilkan tisu yang baru dan tisu parut bertambah matang dan kuat.
Rawatan kecederaan tisu lembut sub-akut.
Peringkat Akhir – Fasa Pembentukan Semula
Proses penyembuhan tisu lembut tidak berhenti pada minggu keenam sahaja. Penyembuhan adalah berterusan. Pada minggu keenam selepas kecederaan, tisu akan menjadi semakin matang tetapi apabila anda meregang, menguat dan memberi tekanan pada otot, tisu parut yang baru kadang kala tidak cukup kuat untuk mengatasi penambahan keperluan fizikal anda.
Apabila badan anda mengesan struktur yang dibaiki masih lemah, badan akan secara automatiknya merangsang penghasilan tisu baru untuk membantu menguatkan dan menyokong tisu yang sedang sembuh untuk mencapai keperluan normal senaman atau fungsi fizikal anda.
Jangka masa antara 6 minggu ke 3 bulan selepas kecederaan biasanya dipanggil sebagai fasa pembentukan semula.
Fasa Kronik – Pembaikan berterusan dan pembentukan semula
Lebih daripada 3 bulan dipanggil sebagai fasa kronik dan apabila sakit berlanjutan melebihi 3 bulan. Walaubagaimanapun, tisu lembut boleh tercedera berpunca daripada aktiviti harian dan bersenam apabila tisu belum betul-betul sembuh dan kuat.

RAWATAN UNTUK KECEDERAAN TISU LEMBUT
Rawatan berbeza-beza bergantung kepada fasa.
Rawatan anda akan berubah-ubah bergantung kepada apa yang kecederaan anda perlukan. Ahli fisioterapi anda ialah orang yang paling tentang tentang diagnosis dan rawatan kecederaan tisu lembut serta teknik-teknik terbaik untuk kecederaan anda berdasarkan fasa penyembuhan.

FASA AKUT
Dalam masa 3 hari selepas kecederaan, gunakan kaedah R.I.C.E.
• Rest/ rehat (untuk mengelakkan sakit dan kecederaan yang bertambah)
• Ice/ ais (20 ke 30 minit untuk dalam masa 2 ke 3 jam) 20 to 30 minutes each two to three hours)
• Compression/ mampatan (untuk menyokong kecederaan dan mengurangkan bengkak)
• Elevation/ meninggikan (lebih tinggi daripada paras jantung untuk megurangkan bengkak)
Peluang untuk anda sembuh dapat dibantu dengan mengelakkan faktor H.A.R.M dalam masa 48 ke 72 jam yang pertama.
Apa itu faktor ‘HARM’?
Heat/ haba: boleh menambah bengkak dan pendarahan. Elakkan pek panas, mandian panas dan sauna.
Alcohol/ alkohol: boleh menambah bengkak dan pendarahan, dan boleh menyebabkan penyembuhan menjadi lambat.
Running/ senaman: boleh memburukkan lagi keadaan dengan menambah kesakitan, bengkak dan pendarahan. Sentiasa dapatkan nasihat doctor atau ahli fisioterapi sebelum memulakan senaman.
Massage/ urutan: Boleh menambah bengkak dan pendarahan. Urutan secara terus kepada tempat yang cedera boleh memburukkan lagi keadaan dan biasanya dielakkan dalam masa 48 ke 72 jam yang pertama. Increases swelling and bleeding. Direct massage to the injured area may aggravate the damaged tissues and is normally best avoided for the first 48 to 72 hours. Indirect massage (away from the injury site) may be helpful. Please consult your health practitioner for the best advice for your injury.

FASA SUB-AKUT

1) MODALITI:
• Ais
• Haba
• Elektroterapi
• Ultrasound
• Laser
• Mesin TENS
• Stimulasi elektrik
2) URUTAN TISU LEMBUT/ AKUPUNKTUR/ ‘DRY NEEDLING’
• Urutan
• Terapi ‘trigger point’
• Akupunktur
• ‘Dry needling’
3) TEKNIK MOBILISASI SENDI
• Teknik mobilisasi sendi (Cth: Maitland, Mulligan techniques)
• Senaman mobility (cth: McKenzie exercises)
• Teknik ‘Minimal Energy’ (Active Joint Repositioning dengan pengaktifan otot secara lembut)
• Teknik ‘Traction / Distraction’
• Manipulasi sendi
4) SENAMAN
Senaman termasuk:
• Senaman regangan otot yang spesifik
• Senaman kekuatan: Setempat atau menyeluruh (Cth: ‘Core Stability’ and senaman kekuatan untuk kumpulan otot yang berdekatan)
• Latihan ‘Proprioceptive’
• Pembetulan biomekanik tubuh badan
• Rehabilitasi fungsi atau ‘return to sport’

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *