kecederaan sukan

7 Kecederaan Sukan Yang Sering Berlaku

Kecederaan sukan yang sering dialami adalah ‘strains’ dan ‘sprains’

kecederaan sukan

Selalu dengar sprains ,strains dalam kecederaan sukan. Tapi adakah anda tahu apa maksud sebenarnya ?

Sprains adalah kecederaan yang berlaku pada ligament, iaitu tisu yang menyambung tulang dan membentuk sendi.

  • ligament yang regang melebihi limitnya boleh menyebabkan tisu ligament anda merubah bentuk atau terkoyak. 

Strains pula melibatkan tisu otot atau tendon.

  • Otot yang regang melebihi julat pergerakannya atau terlebih guna (overuse) boleh menyebabkan fiber otot atau tendon anda terkoyak.

 

 

Langkah pencegahan kecederaan sukan

Kecederaan ketika bersukan kadangkala diluar kawalan kita.

Setiap senaman yang anda lakukan perlu dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan.

Apabila anda melakukan aktiviti memanaskan badan ia akan meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot badan anda dan menjadikan otot anda lebih fleksibel dan dapat mengurangkan risiko kecederaan.

Manakala kecederaan disebabkan penggunanaan berlebihan (overuse injuries) selalunya dapat dielakkan.

Jika anda sudah lama berhenti bersukan atau baru mula melakukan sesuatu sukan baru, anda boleh melakukan latihan awal atau persiapan awal bagi membenarkan kumpulan otot yang terlibat bersedia sebelum memulakan sukan tersebut.

Jika anda mula merasa letih ketika melakukan senaman, berhenti lakukan senaman tersebut. Hal ini kerana otot yang letih akan meningkatkan resiko kecederaan sukan. Dapatkan rehat yang mencukupi selepasa melakukan sesuatu senaman.

Rawatan untuk kecederaan sukan

Kecederaan sukan yang ringan atau sederhana, selalunya akan berlaku sedikit kerosakan pada struktur tisu yang terlibat dan ia dapat dirawat dengan menggunakan protokol PRICE.

Antara kecederaan sukan yang sering berlaku:

1. Ankle sprain

kecederaan sukan

Ankle sprain adalah keadaan yang sering berlaku apabila kaki anda terseliuh.

Apabila kaki and terseiuh, ligament di kawasan luar sendi buku lali anda akan meregang dan ia mungkin terkoyak.

Ankle sprain adalah kecederaan yang sering berulang di kalangan ahli sukan.

Penting untuk anda melakukan senaman bagi menguatkan sendi buku lali anda supaya ia tidak hilang fleksibiliti dan kekuatan.

Anda boleh mendapatkan nasihat ahli fisioterapi bagi membantu anda melakukan senaman yang bersesuaian.

2. Groin pull

Groin pull terjadi apabila anda banyak melakukan pergerakan yang memerlukan anda bergerak ke kiri dan kanan seperti sukan bola sepak, hockey dan baseball. Sukan ini banyak menggunakan otot bahagian dalam paha anda.

Anda boleh meletak ais dan rehatkan kawasan yang cedera. Kembali bersukan dengan cepat boleh memberi kesan jangka masa panjang.

3. Hamstring strain

Hamstring strain terjadi apabila otot belakang paha anda terlebih regang.

Otot ini mengambil masa 6-12 bulan untuk sembuh sepenuhnya. Kecederaan semula pada otot ini biasa terjadi. 

4. Shin splints

Shin splint adalah keadaan di mana anda merasa sakit pada bahagian tulang kering anda.

Ia sering terjadi jika anda seorang pelari jarak jauh.

Rehat, ais dan ubat tahan sakit boleh membantu merawat masalah ini.

Anda perlu mendapatkan rawatan doktor jika rasa sakit pada tulang kering anda berterusan walaupun anda dalam keadaan rehat.

5. Kecederaan lutut: ACL koyak

Ligament ACL memegang tulang lutut anda supaya kekal stabil. Pergerakan yang tiba-tiba dan berhenti secara tiba-tiba boleh menyebabkan tisu ini meregang atau koyak.

Jika anda mendengar bunyi “pop” ligament anda mungkin koyak sepenuhnya.

Kecederaan ACL yang teruk selalunya memerlukan prosedur pembedahan jika anda masih mahu aktif bersukan.

Selepas pembedahan, anda perlu mendapatkan rehabilitasi daripada ahli fisioterapi sebelum kembali bersukan.

6. Kecederaan lutut: Patellofemoral syndrome

Patellafemoral syndrome boleh berlaku hasil daripada pergerakan berulang antara tulang lutut dan tulang paha anda.

Apabila tulang ini bergesel antara satu sama lain tisu di bawah tulang lutut anda akan rosak dan menyebabkan lutut anda sakit.

Masalah patellafemoral syndrome boleh mengambil masa sepanjang 6 minggu untuk hilang.

Penting untuk anda melakukan senaman berintensiti rendah dalam waktu ini.

Banyak lakukan senaman menggunakan otot paha anda dapat mengurangkan rasa sakit lutut anda.

7. Tennis elbow (epicondylitis)

Tennis elbow terjadi akibat penggunaan berulang sendi siku anda.  Sebagai contoh sukan yang menggunakan raket seperti sukan badminton, tenis atau squash.

Sukan ini memerlukan pergerakan berulang dan boleh menyebabkan tendon siku anda iritasi dan koyak.

Rawatan terbaik adalah merehatkan siku anda daripada melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan iritasinya.

Dapatkan bantuan daripada ahli fisoterapi anda bagi mengurangkan rasa sakit siku dan menguatkan otot sekitarnya.

PRICE adalah protokol yang biasa digunakan bagi merawat kecederaan sukan

Bengkak merupakan tindak balas normal apabila berlaku sesuatu kecederaan.

Bengkak yang berlebihan boleh menggangu pergerakan dan proses penyembuhan anda.

Anda boleh menggunakan protokol PRICE ini bagi membantu mengurangkan bengkak dan mempercepatkan proses penyembuhan

  • P – ‘protect’ atau lindungi daripada kecederaan. Jika anda mengalami kecederaan yang teruk, lindungi kawasan yang cedera dengan splint, pad atau tongkat (crutches)
  • R — restrict activity atau kurang aktiviti yang boleh menambah kecederaan pada kecederaan yang ada.
  • I — ice. Letak ais pada kawasan yang cedera. Ais bertindak sebagai anti keradangan. Gunakan teknik ini selama 20 minit setiap satu atau dua jam dalam 48 jam pertama selepas kecederaan. Jangan gunakan minyak atau krim panas pada waktu ini kerana ia akan menggalakkan proses keradangan dan bengkak.
  • C— compression. Gunakan ‘bandage’ dan balut kawasan yang cedera bagi mengurangkan bengkak.
  • E — elevate atau tinggikan kawasan yang cedera. Kawasan yang cedera perlu ditinggikan melebihi paras jantung bagi mengurangkan bengkak.

Ubat tahan sakit selalunya dapat mengurangkan rasa sakit bagi kecederaan sukan biasa. Jika ia tidak berhasil, mungkin anda perlu berjumpa doktor.

Anda perlu mendapatkan rawatan doktor jika kecederaan anda menyebabkan:

  • Perubahan bentuk pada struktur sendi atau tulang yang terlibat.
  • Anda tidak dapat menampung berat badan anda atau menggunakan anggota badan yang cedera seperti biasa.
  • Bengkak yang berlebihan.
  • Perubahan pada warna kulit.
  • Ia tidak bertambah baik selepas anda menggunakan protokol PRICE selepas beberapa hari.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *