anak lambat berjalan

Anak Lambat Berjalan? 4 Tips Penting Anda Perlu Cuba

Tentu ibu bapa risau jika anak lambat berjalan terutama sekali apabila umur mereka sudah mencecah umur setahun dan ke atas.

Masalah lambat berjalan ini sering menghantui ibu bapa baru kerana ia melibatkan fasa terbesar perkembangan bayi.

Ramai yang berpendapat sekiranya anak boleh berjalan dengan cepat dan normal, ia merupakan ciri-ciri mereka membesar dengan baik.

Teruskan membaca artikel ini!

Kami akan menerangkan fasa-fasa normal bagi perkembangan bayi untuk mula berjalan, sebab anak lambat berjalan dan punca-punca ia berlaku.

Bila Anda Patut Risau?

anak lambat berjalan

Bayi anda akan mengalami perkembangan kemahiran secara berperingkat dari segi keseimbangan, koordinasi, berdiri dan penyokongan berat badan.

Setiap kemahiran ini akan membuatkan mereka semakin bersedia untuk mula berjalan.

Melihat bayi anda mengambil langkah-langkah pertamanya dengan sendiri merupakan sesuatu yang pasti anda tidak dapat lupakan.

Apabila bayi anda mula hendak berjalan, ia akan berlaku secara berperingkat seperti berikut:

6 bulan – Bayi mula duduk dengan sendiri.

6-9 bulan – Bayi mula belajar merangkak.

9 bulan – Bayi mula menarik diri ke perabot seperti sofa atau meja kopi, sehingga mereka dapat berdiri.

9-12 bulan – Bayi mungkin mula berdiri, memegang perabot dan berjalan sekitar bilik.

11-13 bulan – anda boleh melihat bayi anda mula berjalan dengan sendiri tanpa bersandar pada perabot.

Namun, perlu diingat bahawa setiap bayi adalah berbeza dan ada sesetengah bayi yang akan mula berjalan lebih awal atau lambat daripada bayi yang lain.

Menurut pakar, variasi dalam perkembangan bayi adalah normal. Tetapi, ibu bapa prihatin pasti rasa risau sekiranya bayi masih tidak berjalan pada usia 14 bulan bukan?

Sudah tentu anda mahu anak anda mengalami perkembangan fizikal dan mental yang sama dengan bayi lain yang seusia dengannya. 

Jangan risau, walaupun kebanyakan bayi mula berjalan sebelum 12 bulan, bayi yang tidak dapat berjalan pada usia 14 bulan biasanya bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan. 

Untuk menentukan sama ada ketidakupayaan bayi anda untuk berjalan adalah serius, lihat kepada perkembangannya secara menyeluruh.

Bayi anda mungkin masih tidak berjalan pada usia 14 bulan, namun dia dapat melakukan kemahiran motor lain tanpa masalah, seperti berdiri sendiri dan menarik perabot.

Ini adalah tanda-tanda bahawa kemahiran fizikal bayi anda berkembang dan anda mungkin akan menyaksikan langkah pertama mereka tidak lama lagi. 

Teruskan memantau perkembangan bayi anda. Sekiranya bayi anda masih tidak mampu berjalan pada usia 18 bulan, berbincanglah dengan pakar pediatrik.

Anda juga perlu berbincang dengan pakar jika anda merasakan kemahiran motor bayi anda tidak berkembang dengan baik. 

Penting juga untuk menyedari bahawa beberapa bayi yang dilahirkan sebelum waktunya berkemungkinan mula berjalan lewat daripada kanak-kanak lain. 

Oleh itu, sekiranya bayi anda pramatang, jangan segera panik jika mereka tidak dapat berjalan. 

Berikut merupakan simptom-simptom yang anda patut ambil berat sekiranya bayi masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk berjalan walaupun sudah mencecah umur 18 bulan:

  • Bayi tidak menggulingkan badannya ke mana-mana arah atau duduk walaupun dengan pertolongan
  • Bayi menggunakan kaki untuk menyokong berat badan 
  • Bayi tidak cuba menarik perhatian anda dengan tingkah laku mereka
  • Bayi tidak cuba untuk bercakap atau mengajuk percakapan orang di sekeliling
  • Bayi tidak berminat untuk bermain “peekaboo”

Kenapa Anak Lambat Berjalan?

anak lambat berjalan

Berikut merupakan antara sebab-sebab anak anda lambat berjalan:

  1. Motor otot yang lambat matang

Sekiranya anak anda lambat berjalan, dia mungkin mempunyai otot motor yang lambat matang. 

  1. Tona dan kekuatan otot yang tidak normal

Terdapat tiga keadaan otot yang tidak normal, iaitu hypertonia, distrofi otot dan hypotonia.

Hypertonia merujuk kepada tona otot yang terlampau tinggi dan menyebabkan kaki bayi kaku ketika mereka ingin menyeimbangkan badan.

Distrofi otot pula ialah satu penyakit yang diwarisi dan mempunyai risiko untuk menjadi semakin teruk. Kebiasaanya, simptom akan muncul pada usia 4 atau 6 tahun.

Hypotonia pula berlaku apabila otot terlalu lemah dan menyebabkan mereka kurang seimbang ketika berjalan.

  1. Penggunaan alat “bouncer” dan “walker”

Menurut pendapat sesetengah pakar, penggunaan alatan seperti bouncer dan walker akan menyebabkan bayi kurang bersenam.

Ini akan menyebabkan otot mereka lemah. Mereka akan memerlukan lebih masa untuk menguatkan otot dan berjalan.

  1. Sifat semulajadi

Adalah kebiasaan bagi sesetengah bayi mengambil masa yang lama untuk berjalan berbanding bayi seusia mereka. 

Mereka mungkin lebih selesa untuk merangkak dan akan berjalan apabila sudah bersedia.

  1. Faktor luar

Kekurangan zat makanan dan jangkitan luar juga boleh menjadi penyebab anak anda lambat berjalan. 

4 Cara Untuk Bantu Anak Anda Berjalan

anak lambat berjalan

  1. Duduk di Bangku

Apabila anak anda sudah dapat duduk tanpa bantuan, sediakan bangku kecil untuk dia duduk tanpa sokongan pada bahagian belakang.

Pastikan ada orang dewasa berdekatan untuk memantau sekiranya bayi jatuh.

Kaki bayi harus menyentuh lantai sehingga dia dapat menolaknya, dengan lutut dan pinggul pada sudut 90 darjah. 

Apabila dia berada dalam kedudukan ini, minta dia mencapai dan mengambil mainan di lantai dan kemudian duduk di atas bangku semula. 

Gerakkan mainan di kawasan sekitar untuk meningkatkan jangkauan dan menguatkan otot yang berbeza. 

Latihan ini menguatkan otot kaki, punggung dan juga bahu bayi anda. 

Ia juga membantu menyediakan bayi anda untuk meletakkan kakinya tepat di bawah badannya untuk menyokong berat badannya.

  1. Cruising

Bayi boleh berlatih berjalan dengan cara “cruising” di samping sofa.

Letakkan anak anda di sebelah sofa dan biarkan dia memegang sofa dengan satu tangan sambil anda memegang tangannya yang lain untuk memberi keseimbangan. 

Dengan perlahan-lahan gerakkan anak anda berulang-alik di sepanjang perabot dan berlatih berjalan. 

Anak anda akan melepaskan tangan anda untuk melakukan aktiviti itu sendiri. 

Anda boleh juga meletakkan mainan kegemaran anak anda di salah satu hujung sofa untuk memberi motivasi tambahan supaya dia berjalan ke arah mainan tersebut.

  1. Pelayaran dan Tendangan

Semasa bayi anda memegang perabot sambil berlayar, letakkan bola pada sebelah kakinya. Pada mulanya, dia mungkin akan menendang bola tersebut secara tidak sengaja. 

Namun, lama-kelamaan, dia akan mulai mengangkat sebelah kaki untuk menendang bola dengan sengaja. 

  1. Berjalan dengan bantuan

Berdiri di belakang bayi anda, letakkan tangan anda pada lengannya, dan tarik dia ke posisi berdiri. 

Tarik satu lengan ke hadapan dengan perlahan. Kaki bayi anda akan mengikutinya secara semula jadi. Terus berlatih berjalan sehingga bayi anda mahu berhenti.

Kesimpulannya, sekiranya anda rasa anak anda mengalami perkembangan dan pembesaran yang kurang normal, segeralah berjumpa dengan pediatrik.

Pemeriksaan berkala yang dilakukan adalah penting untuk mengenalpasti sekiranya mempunyai sesuatu yang tidak normal sepanjang proses pembesaran.

Namun, sekiranya anda ingin mendapatkan bantuan tambahan untuk membantu anak mula berjalan dan menguatkan otot-ototnya, hubungi Physiomobile segera!

Ahli Fisioterapi kami akan menemubual anda dan bertanya sejarah kesihatan untuk mengetahui jenis rawatan yang sesuai mengikut umur dan kondisi fizikal anak anda.

Kini, dengan misi untuk memberikan inspirasi kepada orang awam untuk hidup dalam persekitaran yang sihat dengan menggunakan teknik dan skil rawatan baharu.

Physiomobile telahpun melebarkan sayap dan membuka cawangan baharu di Melaka, Kuala Selangor dan Bandar Puteri Bangi.

Kini, Physiomobile semakin berkembang maju dengan mempunyai 12 cawangan sekitar Malaysia.

  1. Shah Alam
  2. Bangi
  3. Kuala Selangor
  4. Wangsa Melawati Kuala Lumpur
  5. Kota Damansara
  6. Johor Bahru
  7. Melaka
  8. Bandar Puteri Bangi
  9. Setia Alam
  10. Bandar Botanik Klang
  11. Seri Kembangan
  12. Btho Cheras

Kami telah pun merawat 20 ribu kes, antaranya:

  • Slip disc
  • Scoliosis
  • Spondylosis
  • Bulging Disc
  • Sakit sakit otot
  • Sakit di bahagian belikat

Seterusnya, selain merawat ketegangan otot, rawatan kami juga boleh menghilangkan kesakitan anggota badan, meningkatkan keupayaan fizikal dan meningkatkan kadar pergerakan.

Setelah beberapa sesi rawatan bersama kami, tiada lagi masalah sakit leher atau kesakitan pada anggota badan lain seperti sakit lutut dan kecederaan lain.

Proses rawatan di Physiomobile terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

  1. Pemeriksaan 

Pertama sekali, sebelum proses rawatan dijalankan, pakar therapist kami akan mengajukan anda beberapa soalan berkaitan latar belakang dan kesemua sejarah kesihatan anda. 

Kami mengambil berat tentang punca kecederaan yang dialami untuk menentukan rawatan yang sesuai untuk anda.

Seterusnya, therapist kami akan melakukan pemerhatian dan ujian-ujian fizikal berdasarkan ‘outcome measure’ tertentu.

  1. Rawatan

Rawatan untuk sakit yang anda alami akan berfokus kepada mengurangkan sakit dan menambah julat pergerakan tubuh badan.

Proses ini menggunakan kaedah rawatan ‘manual technique physiotherapy’ dan program senaman yang berstruktur dan berfokus. 

  1. Konsultasi

Seterusnya, berdasarkan ilmu anatomi dan fisioterapi, therapist akan menerangkan dengan mendalam tentang kondisi pesakit.

Punca kecederaan dan cara mengelakkannya juga akan diberikan perhatian. 

Fisioterapi kami di Physiomobile akan membantu anda dengan menggunakan teknik manual terapi yang melibatkan pergerakan sendi ke arah tertentu dengan kadar pergerakan berbeza.

Ini bukan sahaja untuk membaik pulih keadaan otot seseorang, malah dapat meregangkan otot dan juga mengembalikan keupayaan fizikal seperti sedia kala.

Antara rawatan-rawatan lain yang anda boleh dapatkan di Physiomobile adalah:

  • Sports Injuries Treatment
  • Children Treatment
  • Knee Pain Treatment
  • Stroke Treatment
  • Shoulder Pain Treatment
  • Back Pain Treatment
  • Neck Pain Treatment

Oleh itu, tunggu apa lagi? Hubungi kami segera untuk membantu anak anda menguatkan otot dan mempercepatkannya untuk berjalan!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *