kepala senget

Kepala Bayi Senget Sebelah: Tangani Tortikolis Dengan 5 Senaman Ini!

Adakah anda mendapati kepala bayi anda senget sebelah? 

Sudah cuba pelbagai cara tetapi masih tidak dapat atasi masalah tersebut?

Berita baik bagi anda, dalam artikel ini kami akan menyenaraikan senaman-senaman yang mampu membantu dan juga serba sedikit tentang penyakit ini.

Kepala bayi senget sebelah semestinya perlulah diatasi pada peringkat awal pembesaran bayi tersebut untuk memastikan tiada masalah yang lebih teruk akan dihadapi pada masa hadapan.

Teruskan membaca jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang penyakit Tortikolis ini dan mengapa kepala bayi senget sebelah!

Apa itu Tortikolis?

kepala senget

Bagi siapa-siapa yang tidak tahu maksud Tortikolis, ia bermaksud teleng kepala ataupun senget kepala yang berpunca daripada kedudukan leher dan kepala yang tidak selari.

Masalah ini merupakan suatu kondisi hasil daripada otot sternokleidomastoid yang memendek dan mengakibatkan kepala berpaling ke satu arah.

Masalah ini juga boleh berpunca daripada kondisi yang dihadapi oleh tulang leher. Kondisi ini dipanggil congenital malformation. 

Tambahan pula, tortikolis boleh juga berlaku akibat kepadatan kedudukan atau posisi yang tidak normal di dalam rahim.

Bukan itu sahaja, penggunaan forcep atau vakum semasa proses kelahiran bayi juga boleh menyebabkan tortikolis berlaku dalam kalangan bayi. 

Kondisi ini dikenali sebagai infant torticollis atau congenital muscular torticollis yang mengakibatkan fibrosis dan pemendekan otot sternokleidomastoid

Ia akan menyebabkan kepala berpusing ke sebelah. Anda juga akan mendapati dagu bayi menghadap ke sebelah bahu dan berada jauh dari otot leher yang pendek.

Bukan itu sahaja, bahagian belakang kepala pula akan berpusing kearah yang bertentangan. 

5 Senaman Untuk Bayi Anda

kepala senget

Untuk menangani masalah tortikolis, anda boleh cuba beberapa senaman dan tips berikut:

  1. Bermain dengan bayi

Ibu bapa boleh cuba bermain atau berinteraksi dengan bayi dan membantunya menoleh kepala ke satu arah atau kedua dua arah.

Ini adalah untuk memastikan otot leher yang ketat dapat dilonggarkan dan otot leher yang longgar dapat diketatkan.

  1. Penyusuan

Semasa menyusukan bayi, posisikan botol atau payudara pada posisi yang yang akan menggalakkan bayi untuk menoleh ke arah yang bertentangan dengan posisi kegemarannya.

  1. Pastikan muka bayi menghadap ke dinding

Untuk menggalakan bayi menoleh muka ke semua arah serta membantu peregangan otot leher, pastikan muka bayi menghadap dinding pada waktu tidur.

  1. Barang permainan yang bertentangan arah

Ketika bayi sedang bermain dengan mainan mereka, pastikan mainannya berada pada arah dan posisi yang bertentangan dengan posisi kegemarannya. 

Ini adalah untuk memastikan kepala bayi menoleh ke dua dua arah.

  1. Perhati posisi bayi sewaktu tidur 

Adalah penting bagi ibu bapa untuk memerhatikan posisi bayi sewaktu tidur terutama sekali ketika berada di dalam kereta.

Pastikan kepala bayi tidak berada pada satu belah untuk jangka masa yang lama.

Anda boleh cuba menarik perhatian bayi untuk menoleh pada kedua dua arah.

Kepala Bayi Senget Sebelah: Rawatan Fisioterapi

Bayi yang mengalami tortikolis perlu dibawa berjumpa dengan fisioterapi segera.

Ini kerana, latihan regangan untuk kanak-kanak dewasa yang mempunyai kekejangan otot adalah lebih sukar.

Kondisi bayi akan dinilai oleh ahli fisioterapi sebelum disarankan posisi-posisi senaman yangs sesuai untuk bayi.

Bayi yang mempunyai satu bonggol kecil akan menerima 1 hingga 2 kali rawatan dalam seminggu selama minima 6 sesi.

Rawatan tersebut akan diteruskan setiap minggu sehingga bonggol tersebut berkurangan.

Bagi bayi yang mempunyai otot leher yang tegang tanpa bonggol, mereka disarankan menerima rawatan pada setiap minggu selama sebulan dengan rawatan susulan selama 2-3 bulan

Rawatan fisioterapi tersebut adalah termasuk:

  • Regangan pasif
  • Pergerakkan leher dan kepala.
  • Senaman bagi meningkatkan keseimbangan otot.
  • Konsultasi berkaitan posisi dan postur kepada bayi
  • Mengajar ibu bapa tentang senaman yang berkaitan untuk dilakukan di rumah
  • Penggunaan haba untuk mengurangkan kekejangan otot (Hanya disarankan untuk kanak-kanak dewasa)
  • Penggunaan kolar sekiranya perlu (Hanya untuk kanak- kanak dewasa sahaja).

Senaman regangan ini akan dilakukan sekurang-kurangnya 1 jam selepas bayi menyusu. 

Kebiasaannya, senaman yang diterima oleh bayi dilakukan dengan perlahan dan lembut untuk mengelakan bayi rasa sakit.

Namun, bayi mungkin akan menangis kerana latihan senaman ini melibatkan posisi leher yang tidak normal dan tidak selesa untuk bayi. 

Kesimpulannya, dengan latihan regangan, pembetulan posisi dengan sendiri dan latihan kekuatan otot yang konsisten, kondisi tortikolis yang dihadapi oleh bayi boleh sembuh dengan mudah.

Oleh itu, segeralah hubungi Physiomobile bagi menghilangkan masalah tortokolis yang dihidapi oleh bayi anda agar mereka dapat membesar dengan fizikal yang sempurna.

Ahli Fiosterapi kami akan menemubual anda dan bertanya sejarah kesihatan bayi untuk mengetahui jenis kecederaan sebelum melakukan pemeriksaan. 

Kini, Dengan visi ingin meningkatkan kualiti hidup sesorang di serata asia, Physiomobile telah mengambil langkah dengan membuka cawangan baharu di Melaka, Kuala Selangor dan Bandar Puteri Bangi.

Physiomobile bukan sahaja merawat pesakit kanak- kanak, tetapi Physiomobile terkenal dengan pusat rawatan fisioterapi terbaik yang menggunakan manual teknik serta telah menerima maklum balas 5 bintang daripada kesemua pesakit kami.

Kami telah pun Merawat lebih daripada 30 ribu pesakit, antaranya:

  • Slip disc
  • Scoliosis
  • Spondylosis
  • Bulging Disc
  • Sakit sakit otot
  • Sakit di bahagian belikat

Seterusnya, selain merawat ketegangan otot, rawatan kami juga boleh menghilangkan kesakitan anggota badan, meningkatkan keupayaan fizikal dan meningkatkan kadar pergerakan.

Setelah beberapa sesi rawatan bersama kami, tiada lagi masalah sakit leher atau kesakitan pada anggota badan lain seperti sakit lutut dan kecederaan lain.

Proses rawatan di Physiomobile terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

  • Pemeriksaan 

Pertama sekali, sebelum proses rawatan dijalankan, pakar therapist kami akan mengajukan anda beberapa soalan berkaitan latar belakang dan kesemua sejarah kesihatan bayi anda. 

Kami mengambil berat tentang punca kecederaan yang dialami untuk menentukan rawatan yang sesuai untuk anda.

Seterusnya, therapist kami akan melakukan pemerhatian dan ujian-ujian fizikal berdasarkan ‘outcome measure’ tertentu.

  • Rawatan

Rawatan untuk tortokolis yang bayi anda alami akan berfokus kepada mengurangkan sakit dan menambah julat pergerakan tubuh badan terutama sekali pada bahagian leher.

Proses ini menggunakan kaedah rawatan ‘manual technique physiotherapy’ dan program senaman yang berstruktur dan berfokus. 

  • Konsultasi

Seterusnya, berdasarkan ilmu anatomi dan fisioterapi, therapist akan menerangkan dengan mendalam tentang kondisi bayi anda.

Punca terjadinya tortokolis dan cara mengelakkannya juga akan diberikan perhatian. 

Fisioterapi kami di Physiomobile akan membantu bayi anda dengan menggunakan teknik manual terapi yang melibatkan pergerakan sendi ke arah tertentu dengan kadar pergerakan berbeza.

Ini bukan sahaja untuk membaik pulih keadaan otot, malah dapat meregangkan otot dan juga mengembalikan keupayaan fizikal seperti sedia kala.

Antara rawatan-rawatan lain yang anda boleh dapatkan di Physiomobile adalah:

  • Sports Injuries Treatment
  • Children Treatment
  • Knee Pain Treatment
  • Stroke Treatment
  • Shoulder Pain Treatment
  • Back Pain Treatment
  • Neck Pain Treatment

Oleh itu, tunggu apa lagi? Dapatkan rawatan segera di Physiomobile dan ucapkan selamat tinggal kepada masalah tortokolis akibat ketegangan otot! 

Kami sedia membantu anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *