slipped disc

Hakikat Slipped Disc Yang Masih Ramai Belum Tahu

Pernahkah anda merasa sakit belakang yang melampau sehingga mengakibatkan pergerakan terbatas, otot kaki kejang dan anggota badan menjadi kebas? Masalah ini dikenali sebagai slipped disc yang merujuk kepada kecederaan yang biasa berlaku pada tulang belakang. Sakit berlaku apabila tulang belakang tergelongsor keluar sehingga menekan urat saraf pada saraf tunjang. Setiap manusia mempunyai struktur berupa jeli pada bahagian tulang belakangnya yang dipanggil disc, yang mana ia bertindak sebagai pelindung di antara tulang-tulang belakang. Kestabilan disc ini bergantung kepada ligamen yang tebal di sekeliling tulang belakang. Slipped disc turut dikenali sebagai ‘Herniated Disc’ dan ‘Prolapsed Intervertebral Disc’ menyerang hampir 80% orang dewasa dan boleh berlaku sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Apakah punca yang menyebabkan slipped disc terjadi?

slipped disc contoh Disc pada tulang belakang akan mengalami proses penuaan seiring dengan pertambahan usia, dimana semakin lama akan mengalami kerosakan, bengkak dan koyak. Disc menjadi kurang fleksibel kerana kekurangan air dan menjadi kecut sekaligus jarak di antara tulang belakang semakin rapat. Perlu diingat, slipped disc turut boleh dialami oleh golongan muda. Ia berpunca daripada:
  • Berat badan berlebihan (obesiti)
  • Trauma seperti kecederaan semasa bersukan dan kemalangan
  • Mengangkat beban berat
  • Kerap memandu dalam tempoh masa yang lama
  • Jarang bersenam

Tanda-Tanda Seseorang Itu Mengalami Slipped Disc?

Seseorang yang mengalami slipped disc akan merasa sakit secara tiba-tiba di bahagian bahu dan tengkuk juga di bawah belakang, terasa seperti dicucuk di bahagian kaki dan tapak kaki. Adakalanya boleh menjadi semakin kronik sehingga lumpuh jika tidak dirawat.

Merawat Slipped Disc bersama PhysioMobile Malaysia

apa itu slipped disc Selain rawatan thermal, suntikan steroid dan pembedahan bagi masalah sakit belakang yang kronik, mereka yang mengalami masalah slipped disc juga boleh mendapatkan rawatan fisioterapi yang berkesan daripada PhysioMobile Malaysia, yang menawarkan kaedah manual, sama ada melalui rawatan ke rumah, ‘in site’ dan konsultasi. Mula beroperasi sejak Ogos 2016 dan beribu pejabat di Shah Alam, PhysioMobile Malaysia juga aktif dalam pencegahan dan pengurusan gangguan musculoskeletal seperti sakit belakang, leher, lutut, bahu, rawatan strok, trauma akibat kecederaan sukan dan kemalangan, juga rawatan untuk kanak-kanak. Mempunyai seramai 12 ahli fisioterapi, PhysioMobile Malaysia juga merupakan pakar rehab komprehensif dan intensif kepada pesakit yang mempunyai masalah neorologi, pediatrik, geriatrik, trauma akibat kecederaan dan kemalangan, juga mereka yang pernah menjalani pembedahan. Rawatan sakit belakang di PhysioMobile Malaysia akan melalui beberapa proses, dimulakan dengan Penilaian, Terapi Manual, Senaman dan Konsultasi. Pakar terapi PhysioMobile Malaysia akan bertanya beberapa soalan kepada pesakit sebagai rekod sejarah kesihatan dan bagaimana kecederaan berlaku, disusuli dengan pemerhatian dan ujian fizikal. Rawatan untuk masalah ini fokus kepada mengurangkan rasa sakit dan menambah julat pergerakan sendi tulang belakang melalui kaedah ‘manual technique physiotheraphy’. Rawatan ini bertujuan menambahbaik postur badan pesakit dan mendidik pesakit untuk mengubah cara hidup yang bersesuaian dengan keadaan pesakit. Menerusi sesi konsultasi pula, pakar terapi akan memberi penerangan kepada pesakit tentang cara mengelakkan masalah berkenaan dan senaman bersesuaian. Sekiranya anda mengalami masalah slipped disc, hubungi kami segera untuk mendapatkan rawatan sebelum sakit slipped disc menjadi semakin kronik. Perlu tahu, penyakit ini tidak dapat dilihat melalui mata kasar dan tidak dapat dipastikan sejauh mana ia memberi kesan negatif kepada seseorang, sama ada dalam jangka masa pendek dan panjang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *