strok

[Amaran] Seteruk Mana Bahaya Strok?

Sedarkah anda tentang bahaya strok? Di sini kami kongsikan punca dan rawatan yang terbaik untuk menanganinya.

Strok atau angin ahmar merupakan satu keadaan di mana serangan otak berlaku disebabkan gangguan pada bekalan darah ke otak.

Ia mungkin terjadi disebabkan oleh salur darah yang sempit atau pecah.

Berdasarkan statistik, strok merupakan punca kematian terbanyak di Malaysia selepas sakit jantung dan kanser. Otak merupakan organ utama yang mengawal segala aktiviti pada tubuh.

Apabila bekalan darah dan oksigen terganggu, ia boleh menyebabkan tisu otak rosak dan mati.

Pelbagai fungsi tubuh akan terganggu, termasuk sistem pernafasan dan keupayaan untuk menelan.

 

Jenis strok

 

 

Menurut Dr Mohd Hisham Mohd Isa, Pakar Kecemasan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), terdapat dua jenis strok iaitu:

  • Thrombotic/ischemic stroke

Berlaku apabila saluran darah ke otak sempit atau tersumbat. Ia mungkin diakibatkan oleh sisa kolesterol yang terkumpul di salur darah.

  • Haemorrhagic stroke

Sering berlaku apabila saluran darah ke otak pecah, lalu menyebabkan pendarahan berlaku.

 

Punca strok

 

Berpandukan keterangan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat beberapa faktor risiko penyumbang kepada masalah strok.

Berikut adalah punca-punca yang tidak boleh diubahsuai:

  • Umur

Semakin meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, semakin anda berisiko untuk mendapat serangan.

  • Jantina

Lelaki lebih berisiko tinggi dari wanita.

  • Sejarah keluarga

Risiko tinggi jika terdapat ahli keluarga anda yang pernah menghidap strok.

 

Punca yang boleh diubahsuai:

  • Tekanan darah tinggi
  • Kencing manis
  • Paras kolesterol tinggi
  • Berat badan berlebihan
  • Merokok
  • Pemakanan tidak sihat

 

Tanda-tanda sebelum serangan strok

 

 

stress sebab strok

 

 

Sebelum mendapat serangan, selalunya tanda-tanda awal akan jelas kelihatan.

Jika anda rasa seperti mengalami gejala ini, segera rujuk ke hospital dan dapatkan nasihat doktor.

Dapatkan bantuan segera untuk mengelakkan masalah lebih buruk berlaku.

Tanda-tanda awal seperti:

  • Rasa kebas secara tiba-tiba di sebelah badan
  • Rasa lemah, kebas atau lumpuh di bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
  • Sakit kepala yang kuat tanpa sebab
  • Fikiran keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba
  • Sukar berjalan, atau hilang imbangan
  • Sukar menelan
  • Penglihatan kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua-dua mata

 

Rawatan awal strok

 

 

rawatan strok

 

 

Apabila seseorang disahkan mendapat serangan angin ahmar, terdapat beberapa jenis rawatan akan diberikan oleh doktor.

Ia termasuk:

  • Mencairkan darah

Rawatan ini dijalankan untuk mencairkan darah bagi melegakan saluran darah ke otak.

Namun, ia bergantung pada hasil keputusan dan perbincangan doktor.

  • Pengambilan ubat

Doktor neurologi boleh memberi preskripsi ubat bagi mengurangkan risiko serangan angin ahmar berlaku semula.

Ubat-ubatan juga akan diberikan pada pesakit yang menghidap penyakit kronik yang lain, seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.

  • Pembedahan

Terdapat situasi serangan yang memerlukan pembedahan.

Ia dijalankan untuk menghentikan pendarahan otak yang serius. Namun, ia bergantung pada bahagian otak yang terlibat.

  • Rawatan fisioterapi

Rawatan terapi fizikal dan rehabilitasi untuk pesakit stroke.

Ia termasuk senaman menguatkan otot yang terkesan, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian.

 

 

Rawatan strok di Physiomobile

PhysioMobile menyediakan rawatan komprehensif buat pesakit strok.

Dengan menggunakan kaedah ‘manual technique physiotherapy’, rawatan yang diberikan bertumpu kepada memulihkan pesakit pada tahap fizikal yang paling optimum.

Selain itu, program senaman yang berstruktur juga akan dijalankan. Ia bertujuan untuk meregang dan menguatkan otot yang terlibat.

Ahli keluarga yang menjaga pesakit juga akan diajar mengenai langkah penjagaan yang betul.

Sudah ramai pesakit yang telah mendapatkan rawatan fisioterapi ini.

Klinik fisioterapi ini juga menyediakan perkhidmatan terapi fizikal di klinik yang terletak di Shah Alam atau rawatan di rumah anda sendiri.

Jika anda menderita disebabkan angin ahmar, segera dapatkan rawatan di PhysioMobile. Lebih cepat anda mendapat rawatan, lebih tinggi peluang untuk sembuh.

 

 

 

1 thought on “[Amaran] Seteruk Mana Bahaya Strok?”

  1. Pingback: Rawatan Stroke: 5 Gambar Pemulihan Untuk Pesakit Strok

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *