klinik kesihatan

Klinik Kesihatan Terbaik Untuk Rawatan Fisioterapi

Physiomobile menyediakan klinik kesihatan khusus untuk fisioterapi fizikal.

Di Malaysia, terdapat banyak klinik kesihatan yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi kemudahan rakyat setempat. Klinik-klinik ini ditubuhkan di setiap bandar bagi sesebuah negeri.

Tujuan penubuhan klinik ini adalah untuk menawarkan pelbagai jenis rawatan untuk membantu pesakit.

Namun begitu, tidak semua klinik kesihatan menawarkan perkhidmatan fisioterapi. Jika terdapat kes yang memerlukan fisioterapi fizikal, seringkali kes tersebut dirujuk pada hospital besar yang berdekatan.

Ini kerana rawatan fisioterapi hanya boleh dilakukan oleh ahli fisioterapi yang bertauliah.

Jarang sekali ahli fisioterapi ditempatkan di klinik kesihatan. Jika begitu, bagaimana hendak dapatkan rawatan fisioterapi secara komprehensif dan mudah?

Apa itu PhysioMobile?

physiomobile

PhysioMobile Malaysia menawarkan rawatan fisioterapi secara komprehensif. Ia terdiri daripada 17 orang ahli fisioterapi yang bertauliah dengan kelulusan yang diiktiraf.

Berpusat di Shah Alam, dan kini melebarkan sayap dengan membuka cawangan di Wangsa Maju dan Johor Bahru,  PhysioMobile menyediakan rawatan ke rumah yang berkualiti tinggi.

Selain itu, perkhidmatan lain juga turut ditawarkan. Antaranya seperti rawatan in-site, servis konsultasi dan ceramah pencegahan dan pengurusan untuk masalah muskuloskeletal.

Selain itu, PhysioMobile juga menyediakan rehab pemulihan kepada pesakit yang mengalami masalah.

Antaranya seperti neurologi, kecederaan sukan, pediatrik, geriatric dan pesakit yang telah menjalani pembedahan. Ia bagi memberikan rawatan fisioterapi secara intensif kepada pesakit.

PhysioMobile juga sering terlibat dalam pameran kesihatan. Ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan kesihatan umum dan fizikal.

Ramai pesakit terkesan dengan masalah seperti gangguan muskuloskeletal mahupun neurologi.

Servis yang ditawarkan oleh PhysioMobile

klinik kesihatan fisioterapi

PhysioMobile merawat pesakit mengguna teknik manual yang telah terbukti sebagai salah satu teknik yang paling berkesan.

Antara jenis rawatan yang ditawarkan oleh Physiomobile ialah seperti berikut:

  1. Rawatan sakit belakang

Rawatan untuk masalah sakit belakang akan berfokus pada mengurangkan sakit. Selain itu, kaedah rawatan manual technique physiotherapy dan program senaman yang berstruktur juga akan diberikan.

Ia bagi menambahbaik pergerakan sendi tulang belakang pesakit.

  • Rawatan sakit leher

Selain dari rawatan untuk mengurangkan sakit, program senaman juga diadakan bagi memperbaiki pergerakan sendi tulang tengkuk.

Selain itu, sesi rawatan juga akan fokus pada menambahbaik postur badan pesakit bagi mengelakkan sakit leher berulang.

  • Rawatan sakit lutut

Sakit lutut sering berlaku sehingga mengganggu aktiviti seharian. Selain rawatan dan senaman, pesakit akan diberitahu postur badan yang betul.

  • Rawatan sakit bahu

Rawatan akan diberi bagi mengurangkan keradangan di bahagian bahu, atau mengubati frozen shoulder.

Kemudian, rawatan selanjutnya akan diberikan berdasarkan diagnosis oleh ahli fisioterapi.

  • Rawatan strok

Strok boleh berlaku kesan dari serangan jantung.

Ia juga akan mengganggu sistem tubuh kerana pesakit mengalami kelumpuhan dengan pergerakan terhad dan keupayaan yang terjejas.

Pesakit akan diberikan rawatan fisioterapi fizikal dan program senaman bagi menggerakkan sendi tubuh.

Selain itu, rawatan juga diberikan mengikut matlamat pesakit serta membantu pesakit menyesuaikan diri dengan keadaan.

  • Rawatan kanak-kanak

Kanak-kanak yang mengalami masalah pergerakan dan lambat perkembangan fizikal boleh dirawat dengan fisioterapi di PhysioMobile.

Rawatan akan diberikan kepada kanak-kanak tersebut supaya mempunyai tahap fungsi fizikal yang optimum.

Selain itu, ibu bapa atau penjaga juga akan diajar cara bagi memastikan proses rehabilitasi sentiasa berlaku di rumah.

  • Kecederaan sukan

Kecederaan sukan yang sering berlaku ialah strain dan sprains. PhysioMobile menawarkan rawatan pemulihan kecederaan sukan.

Ia bagi membantu pesakit kembali aktif melakukan aktiviti sukan.

  • Servis fisioterapi korporat

PhysioMobile menawarkan ceramah tentang ergonomik dan penjagaan tulang belakang di tempat kerja.

Servis ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti pekerja di organisasi anda.

  • Rawatan fisioterapi ke rumah

PhysioMobile juga menawarkan rawatan fisioterapi ke rumah anda di sekitar Shah Alam dan Johor Bahru.

Servis ini disediakan bagi memudahkan pesakit dan menjamin keselesaan di rumah sendiri semasa rawatan dijalankan.

Dapatkan rawatan fisioterapi di PhysioMobile

Jika anda mengalami sakit-sakit badan dan keadaan yang memerlukan rawatan fisioterapi, hubungi PhysioMobile dengan segera.

Pelbagai rawatan disediakan bagi membaikpulih keadaan anda dan membantu anda berfungsi secara normal.

1 thought on “Klinik Kesihatan Terbaik Untuk Rawatan Fisioterapi”

  1. Pingback: Strok: Punca dan Rawatan Yang Ramai Orang Tidak Mengetahuinya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *