physiomobile wangsa melawati

Wah! Akhirnya PhysioMobile berada di Wangsa Melawati

PhysioMobile Wangsa Melawati telah mula beroperasi dengan jayanya.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam kerana dengan izin kurnia dan limpah rahmatnya, akhirnya PUSAT FISIOTERAPI PhysioMobile kini membuka sayap melebarkan cawangannya ke Kuala Lumpur pada 1/3/2019.

Dengan misi menjadi pusat fisioterapi terbaik di Kuala Lumpur, PhysioMobile Wangsa Melawati terus menerus akan sentiasa memperkemaskan operasi dan servis kami setiap hari.

Setelah hampir setahun merancang pembukaan di cawangan baru, setelah melalui ranjau dan onak duri, akhirnya PhysioMobile berjaya membuka 1 lagi cawangan setelah Shah Alam dan Johor Bahru iaitu di Wangsa Melawati yang memerlukan perkhidmatan fisioterapi.

Bermula Dengan 2 Bilik Kecil

Bermula dengan 2 bilik kecil 2016

Teringat pada awal awal penubuhan PhysioMobile di Shah Alam, serba sederhana tetapi penuh dengan visi dan misinya tersendiri.

Dengan hanya berbekalkan katil bergerak, PhysioMobile telah membantu lebih dari 300 pesakit setiap bulan pada 3 bulan pertama.

Dengan niat untuk membantu orang yang memerlukan, itulah semangat yang dibawa bagi memastikan PhysioMobile berdiri utuh dan teguh.

Bermula dengan apa yang ada di tangan, kini PhysioMobile telah mampu membuka 3 cawangan dalam masa 2 tahu 10 bulan sahaja dan memabantu lebih 30 ribu orang pesakit sepanjang beroperasi.

Melihatkan kebanyakan pesakit tidak mendapat rehabilitasi dan rawatan yang sewajarnya, PhysioMobile nekad mengembangkan lagi sayapnya ke setiap negeri dalam masa 7 tahun dari sekarang.

bilik untuk pesakit wanita 2016

Pembukaan PhysioMobile Di KL bawa sinar baru untuk pesakit yang memerlukan

Walaupun hanya baru desas desus, pesakit PhysioMobile yang dah lama mengimpikan kami buka di KL sudah pun teruja dengan kehadiran PhysioMobile di Wangsa Melawati Kuala Lumpur.

Physiomobile Wangsa Melawati

Kata mereka, memang susah mencari Pusat Physio yang membawa konsep seperti PhysioMobile. Teknik rawatan dan juga servis yang diberikan ternyata berbeza.

pusat fisioterapi wangsa melawati Kuala Lumpur
Muka Gembira Selepas Dapat Tahu Kami berada di Wangsa Melawati

PhysioMobile Wangsa Melawati dirasmikan oleh SME Corp Malaysia

Physiomobile Wangsa Melawati
Upacara pemotongan kek oleh CEO dan COO PhysioMobile En Saiful dan En Nidzam

Upacara perasmian PhysioMobile Wangsa Melawati telah disempurnakan oleh En Izham Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan Bumiputera SME Corp Malaysia, merangkap penasihat ASET.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik semasa perasmian pembukaan berlangsung seperti cabutan bertuah, slot Check Up dan Asessment percuma kepada semua yang hadir.

Terdapat juga sesi bacaan surah Al-Baqarah dari anak anak tahfiz kelolaan ustaz Adnan Imam Masjid Al-Muttaqin tak jauh dari PhysioMobile Wangsa Melawati.

Servis yang ditawarkan

PhysioMobile telahpun merawat berpuluh ribu kes tulang belakang dan pinggang termasuklah kes :

  1. Slip disc
  2. scoliosis
  3. Spondylosis
  4. Bulging Disc
  5. Sakit sakit otot
  6. sakit di bahagian belikat
  7. dll

Pesakit leher bukanlah perkara yang asing buat PhysioMobile kerana hampir setiap hari kami menerima pesakit yang mengalami masalah pada leher.

  • Rawatan Sakit Lutut
  • Rawatan Sakit Bahu
  • Rawatan untuk Strok
  • Rawatan kecederaan Sukan
  • Rawatan Sakit Kepala (Tension Headache)
  • Servis Fisioterapi ke rumah
  • Servis Fisioterapi Korporat

Feedback pesakit PhysioMobile

Promosi Pembukaan

Berita baik buat anda semua, sempena promosi pembukaan PhysioMobile, ada nak share sikit ni, korang nak tahu tak??

PhysioMobile membuka 1000 sesi untuk mereka yang ingin merebut diskaun sehingga RM100.00 dengan pakej yang menarik!

Kami hanya akan melayan mereka yang betul betul serious nak grab promo tu.

Call nombor 0189889642 – CIK MALA bagi sebarang pertanyaan dan kekeliruan.

Alamat Physiomobile Wangsa Melawati:

No 45 Jalan Dataran Wangsa 1, Lor Dataran Wangsa, Wangsa Melawati, 53100 Kuala Lumpur

Kemudahan yang terdapat di PhysioMobile Wangsa Melawati

  • WHEELCHAIR
  • BILIK RAWATAN BERDINGIN HAWA
  • TANDAS YANG WANGI
  • SURAU YANG SELESA
  • WIFI YANG LAJUU
  • ALAT EXERCISE YANG PELBAGAI DAN MENARIK
  • MENERIMA KREDIT DAN DEBIT
  • MERUPAKAN PANEL PM CARE,MEDKAD DLL

Hubungi kami sekarang untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *