jurupulih perubatan fisioterapi

6 Tugas Jurupulih Perubatan Fisioterapi Yang Disangka Seorang Doktor

Apakah tugas jurupulih perubatan fisioterapi?

Jurupulih perubatan fisioterapi merupakan pilihan kerjaya yang kian mendapat tempat di kalangan belia.

Bukan doktor sahaja bertugas di hospital dan klinik kesihatan.

Ahli fisioterapi juga merupakan tenaga yang diperlukan untuk membuat rawatan.

Perkataan fisioterapi berasal dari perkataan fisiologi dan terapi. Ia membawa maksud penjagaan atau pemulihan kefungsian tubuh badan manusia.

Ia merupakan cabang dalam bidang perubatan untuk penjagaan atau pemulihan fungsi fizikal pesakit.

Meskipun sama-sama memakai kot putih, ia sedikit berbeza dengan tugas doktor mahupun jururawat.

Mari kita ketahui tugas jurupulih perubatan fisioterapi dengan lebih dekat.

Deskripsi tugas jurupulih perubatan fisioterapi

Secara amnya, ahli fisioterapi memberi fokus utama pada anggota badan manusia dan fungsi setiap bahagian badan.

Tugas utama seorang ahli fisioterapi adalah membantu untuk memulihkan fungsi fizikal pesakit.

Selain itu, fisioterapis akan memastikan fizikal pesakit berfungsi pada tahap yang optimum.

jurupulih perubatan fisioterapi

Kementerian Kesihatan telah menggariskan deskripsi tugas jurupulih perubatan fisioterapi:

  1. Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urutan dan rawatan elektrik
  2. Merancang program rawatan yang berkesan kepada pesakit
  3. Membantu doktor membuat diagnosis penyakit
  4. Menyimpan rekod kesihatan pesakit
  5. Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian rawatan kepada pesakit
  6. Mengajar pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah, terutama pesakit yang tinggal berjauhan dari hospital

Kelayakan jurupulih perubatan fisioterapi

Untuk dilantik sebagai ahli terapi fizikal, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi.

Syarat utama ialah anda perlu memiliki kelulusan pendidikan tahap diploma.

Pemohon perlu memiliki kelulusan dalam Diploma Fisioterapi daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau yang setaraf dengannya.

Selain itu, kelulusan lain adalah Diploma Jurupulih Cara Kerja (Occupational Therapy) dari institusi yang diiktiraf oleh kerajaan atau yang setaraf dengannya.

Latihan oleh Kementerian Kesihatan

Bagi melengkapkan lagi skil dan kepakaran ahli fisioterapi, Kementerian Kesihatan menawarkan latihan untuk bidang ini.

Latihan ini diadakan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) di Sungai Buloh. Tempoh latihan ini berlangsung selama 3 tahun.

Ia boleh disertai oleh warganegara Malaysia yang berumur 17 hingga 25 tahun.

Kelayakan minimum adalah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang setaraf.

Hubungan di antara fisioterapi dengan bidang perubatan

Bidang tugas antara seorang ahli fisioterapi dan seorang doktor mungkin nampak sama tetapi berbeza. Namun, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain.

Doktor kebiasaannya mengenalpasti dan membuat diagnosis mengenai penyakit yang dihidapi oleh pesakit.

Doktor juga bertanggungjawab untuk memberikan preskripsi ubat yang bersesuaian.

Namun begitu, bukan semua penyakit boleh diubati dengan ubat.

Terdapat penyakit atau kecederaan yang memerlukan rawatan fizikal. Inilah tugas utama seorang ahli fisioterapi.

Ahli rawatan fizikal akan merangka susulan rawatan untuk mengembalikan fungsi tubuh pesakit. Ia termasuk senaman dan regangan yang bersesuaian.

Hakikatnya, tugas jurupulih perubatan fisioterapi ada hubung kait dengan dengan tugas seorang doktor.

Jurupulih perubatan fisioterapi bertauliah di PhysioMobile

PhysioMobile merupakan pusat rawatan fizikal yang bertempat di Shah Alam, Selangor. Ia menyediakan rawatan ke rumah bagi memudahkan pesakit.

Rawatan fizikal oleh PhysioMobile dijalankan oleh ahli fisioterapi yang bertauliah. Kesemua fisioterapis mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi.

PhysioMobile juga menawarkan rawatan fisioterapi yang berkesan di rumah.

Oleh itu, anda boleh berasa yakin untuk mendapatkan rawatan di PhysioMobile.

Klik sini untuk menghubungi PhysioMobile sekarang.

Anda perlukan info lebih lanjut
mengenai rawatan fisioterapi?

Scroll to Top