parkinson

FAKTOR RISIKO DAN KOMPLIKASI PENYAKIT PARKINSON

FAKTOR RISIKO:

  1. Umur

Penyakit Parkinson kerap dilaporkan menyerang golongan umur pertengahan dan lewat usia. Penyakit Parkinson kebiasaannya dikesan pada pesait yang berusia 60 tahun dan keatas.

  1. Keturunan

Mempunyai saudara terdekat yang mengalami penyakit Parkinson boleh menjadi salah satu faktor risiko  penyakit Parkinson. namun begitu, risiko disebabkan keturunan adalah rendah dan jarang berlaku.

  1. Jantina

Golongan lelakilebih terdedah kepada risiko penyakit Parkinson berbanding wanita.

  1. Pendedahan pada toksik

Pendedahan berterusan terhadap bahan-bahan toksik seperti racun serangga juga boleh membawa kepada penyakit Parkinson.

 

KOMPLIKASI DARIPADA PENYAKIT PARKINSON:

Penyakit Parkinson berkait rapat dengan masalah-masalah kesihatan seperti:

  1. Kesukaran berfikir

Pesakit mempunyai kemungkinan untuk mengalami masalah kognitif (dementia) dan kesukaran berfikir yang selalunya terjadi pada peringkat akhir penyakit Parkinson. Ubat-ubatan kadang kala tidak berkesan dalam menangani masalah kognitif.

  1. Depresi dan perubahan emosi

Mereka juga sering mengalami depresi. langkah terbaik bagi mengatasi depresi adalah segera mendapatkan rawatan bagi mendapatkan kehidupan yang berkualiti.

  1. Masalah tidur

Masalah tidur yang sering menganggu pesakit Parkinson adalah seperti kerap terjaga pada waktu malam, bangun tidur terlalu awal dan mengantuk di siang hari. Terdapat juga pesakit Parkinson yang mengalami rapid eye movement sleep behavior yang menbawa kepada masalah mengigau ketika tidur. Pengmabilan ubat-ubatan bolem mengurangkan masalah yang dihadapi pesakit

  1. Masalah pundi kencing

Ketidakupayaan menahan kencing atau kesukaran untuk membuang air kecil.

  1. Sembelit

Disebabkan oleh sistem penghadaman berfungsi dengan kadar lebih perlahan.

  1. Perubahan tekanan darah

Pesakit akan mengadu pening kepala berikutan tekanan darah menurun secara mendadak (orthostatic hypotension)

  1. Masalah deria bau

Kesukaran mengenalpasti dan membezakan bau di sekeliling.

  1. Keletihan
  2. Kesakitan di kawasan tertentu atau diseluruh badan
  3. Ketidakfungsian seksual

 

Ketahui simptom-simptom penyakit Parkinson di artikel ini:  http://physiomobilemy.official.com.my/penyakit-parkinson/

Related Post

sakit belakang di tempat kerja
Uncategorized

Sakit Belakang di Tempat Kerja: Punca dan Cara Rawatan

Sibuk bekerja di pejabat, seharian menghabiskan masa di hadapan komputer sehingga sakit badan dan lenguh-lenguh. Sakit belakang di tempat kerja boleh mengganggu produktiviti anda. Ramai yang mengalami sakit belakang di

kecederaan acl
Kecederaan Sukan

Kecederaan ACL: Mimpi Ngeri Pemain Bola Sepak dan Futsal

Tengah seronok bersukan, tiba-tiba terdengar bunyi ‘pop’ di lutut. Kecederaan ACL sememangnya ditakuti oleh mereka yang aktif bermain bola sepak dan futsal. Bersukan dan beriadah merupakan aktiviti yang sangat digalakkan.

Anda perlukan info lebih lanjut
mengenai rawatan fisioterapi?

Scroll to Top