vertigo

VERTIGO

VERTIGO

Vertigo ialah suatu keadaan di mana pesakit akan merasa tidak stabil. Pesakit akan berasa pening seolah-olah rasa berpusing atau rasa seperti sekeliling kita berpusing.

Punca-punca vertigo

Vertigo kebiasaannya berpunca daripada masalah bahagian dalam telinga. Antara sebab yang boleh menjadi punca ialah:

1)  BPPV (benign paroxysmal positional vertigo): BPPV terjadi apabila ketulan kalsium (canaliths) bergumpal di bahagian telinga dalam (inner ear). Bahagian telinga dalam berfungsi untuk menghantar signal berkaitan pergerakan kepala dan badan ke otak. Ia membantu untuk memberi keseimbangan badan kita. BPPV boleh berlaku tanpa sebab yang diketahui dan mungkin berkaitan dengan umur.

2)  Meniere’s disease. Penyakit Meniere’s ialah suatu masalah bahagian telinga dalam yang berpunca daripada penghasilan cecair dan perubahan tekanan dalam telinga. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya vertigo berserta bunyi desingan di dalam telinga (tinnitus) dan hilang pendengaran.  

3)  Vestibular neuritis or labyrinthitis. Ini adalah satu masalah pada bahagian telinga dalam yang berhubungkait dengan jangkitan (kebiasannya virus). Jangkitan ini boleh menyebabkan keradangan pada saraf di bahagian telinga dalam yang penting untuk mengawal keseimbangan badan.

Dalam segelintir keadaan, vertigo mungkin berpunca daripada:

  • Kecederaan leher atau otak
  • Masalah pada otak seperti ketumbuhan dalam otak atau strok
  • Sesetengah ubat-ubatan yang boleh menyebabkan kerosakan dalam telinga
  • Migrain

Simptom-simptom vertigo:

Vertigo biasanya tercetus dengan perubahan kedudukan kepala kita. Apabila kita menggerakkan kepala, vertigo yang dialami akan menjadi semakin teruk.

Pesakit yang mengalami vertigo kebiasaannya akan mengadu berasa:

  • Rasa seperti berpusing
  • Rasa seperti senget
  • Rasa terawang-awangan
  • Rasa tidak seimbang/ mudah jatuh
  • Rasa seperti ditarik ke satu arah

Simptom-simptom lain termasuk:

  • Rasa loya
  • Muntah
  • Pergerakan bola mata yang tidak normal atau secara tiba-tiba (nistagmus)
  • Sakit kepala
  • Berpeluh tanpa sebab
  • Bunyi berdesing di dalam telinga atau hilang pendengaran

Simptom-simptom ini boleh berlaku dalam beberapa minit atau jam atau lebih dan simptom ini akan berlaku secara berulang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *