RAWATAN UNTUK KEKEJANGAN OTOT KETIKA DI RUMAH

Masalah kekejangan otot kebiasaannya tidak memerlukan pesakit untuk berjumpa dengan doktor. Antara perkara yang boleh dilakukan apabila menangani masalah kekejangan otot adalah: . 1⃣ Berhenti melakukan apa sahaja kerja atau aktiviti yang menyebabkan berlakunya kejang otot 2⃣ Lakukan regangan dan urutan dengan berhati-hati terhadap otot yang terlibat. Posisi regangan hendaklah dikekalkan sehingga otot pulih sepenuhnya daripada kekejangan. 3⃣ Berikan rawatan haba sekiranya otot terasa ketat, atau letakkan ais pada otot yang sakit. . Pencegahan: Untuk mengelakkan kekejangan berulang, berusahalah untuk meningkatkan kecergasan diri. Latih diri untuk sentiasa melakukan regangan sebelum dan selepas melakukan sebarang aktiviti fizikal lebih-lebih lagi bagi otot yang sering mengalami kekejangan . Aktiviti memanaskan badan: Lakukan aktiviti memanaskan badan sebelum melakukan regangan. Antara contoh terbaik aktiviti memanaskan badan adalah berlari setempat atau berjalan selama beberapa minit. .  Regangan otot betis: Berdiri menghadap dinding, dorongkan satu kaki kehadapan berbanding sebelahnya. Luruskan kaki yang dibelakang dengan memastikan tumit kaki betul-betul mencecah permukaan lantai. Bengkokkan kaki hadapan. Gunakan tangan dan lekapkan pada dinding untuk menahan diri. Kekal dalam posisi tersebut selama 30 saat. .  Regangan otot peha (hamstring): Duduk dengan melunjurkan kedua-dua kaki ke hadapan. Pastikan tapak kaki dalam keaadan neutral atau tegak Perlahan-lahan luncurkan tangan ke arah kaki Kekal dalam posisi tersebut selama 30 saat. .  Regangan otot peha (quadriceps): Berdiri dan sokong diri dengan memegang kerusi atau dinding Bengkokkan satu lutut ke belakang sehingga tumit bertemu dengan punggung Gunakan tangan untuk menarik kaki atas lebih rapat ke arah punggung Kekal dalam posisi tersebut selama 30 saat. . . ® PhysiomobileMY | Your no. 1 rehab partner ®

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *