sesak nafas

Cara Atasi Masalah Sesak Nafas

Masalah sesak nafas bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng kerana masalah sesak nafas ini sebenarnya boleh membahayakan kesihatan anda.

Hal ini kerana setiap sel dalam badan kita memerlukan oksigen dan permasalahan pada pernafasan seperti sesak nafas boleh mengganggu aliran oksigen dalam badan.

Kondisi tersebut boleh menyebabkan pelbagai permasalahan kesihatan.

Namun, sesak nafas boleh dicegah dengan awal jika melakukan senaman pernafasan yang sesuai. 

Teruskan membaca untuk mengetahui gejala sesak nafas dan perkara yang boleh mengatasi kondisi sesak nafas.

Apa Itu Sesak Nafas?

sesak nafas

Sesak nafas merupakan sesuatu kondisi di mana seseorang sukar bernafas atau semput dan kebiasaannya keadaan ini berlaku semasa melakukan aktiviti fizikal.

Sesak nafas boleh berlaku secara tiba-tiba dah hilang dalam beberapa hari setelah rawatan atau secara berterusan dalam jangkamasa yang panjang. 

Sesak nafas boleh menjadi petanda sama ada seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular.

Penyakit sistem pernafasan adalah asma, jangkitan paru-paru akut (pneumonia), jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair, penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik atau kanser paru-paru.

Penyakit kardiovaskular adalah seperti kegagalan jantung, serangan jantung dan kelainan denyutan jantung.

Selain itu, seseorang boleh terkena sesak nafas kerana kekurangan darah merah (anaemia), alahan, resdung, kegelisahan (anxiety) dan kegemukan. 

Gejala Sesak Nafas

sesak nafas

Antara gejala sesak nafas adalah kesukaran untuk bernafas, keletihan otot dan kelemahan seluruh badan, kulit atau kuku yang pucat dan tekanan darah yang rendah.

Selain itu, gejala lain yang anda perlu awasi adalah batuk kering, demam, sakit kepala, kadar nadi yang laju dan kekeliruan mental.

Sesak juga boleh menjadi tanda banyak jenis penyakit sama ada penyakit membabitkan paru-paru, jantung, saluran pernafasan dan masalah darah.

Jika anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit dada, anda mungkin mengalami serangan jantung, pneumothorax atau pulmonary embolism.

Jika sesak nafas diikuti dengan bunyi wisel (wheezing) atau batuk, anda mungkin menghadapi serangan asma. 

Sesak nafas berterusan dengan sejarah pendedahan pada asap rokok, habuk dan semburan bahan kimia mungkin tanda anda menghidapi penyakit saluran darah pernafasan obstruktif kronik.

Selain itu, jika kaki anda bengkak dan mengalami sesak nafas semasa baring mendatar, mungkin anda mengalami kegagalan jantung.

Cepat letih, pucat dan sesak nafas terutamanya semasa melakukan aktiviti fizikal mungkin menandakan penyakit anaemia. 

Terdapat pelbagai lagi gejala sesak nafas yang anda patut awasi dah tidak patut diendahkan tetapi terus berjumpa ke doktor.

Sebab Sesak Nafas Sering Terjadi

Punca utama sesak nafas adalah kerosakan pada saluran darah kecil pada paru-paru anda yang menyebabkan cecair saluran darah masuk ke dalam kantung udara dalam paru-paru anda.

Apabila cecair masuk ke dalam kantung udara, oksigen akan kurang dan cecair akan menyerap masuk ke dalam darah anda.

Antara perkara biasa yang boleh mengakibatkan paru-paru rosak adalah menyedut atau menghidu bahan toksik seperti air garam, bahan kimia, asap dan muntah.

Selain itu, jangkitan darah yang teruk, jangkitan paru-paru seperti pneumonia, kecederaan pada dada atau kepala dan terlebih dos pada sedatif atau antidepresan trisiklik juga boleh jadi puncanya.

Lakukan Ini Untuk Atasi Sesak Nafas

Terdapat beberapa latihan pernafasan yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan risiko sesak nafas.

  1. Bernafas dalam-dalam (Deep breathing)

Latihan ini mengelakkan udara daripada terperangkap dalam paru-paru anda yang boleh menyebabkan nafas anda berasa pendek.

Anda perlu duduk atau berdiri dengan siku anda sedikit ke belakang untuk membolehkan dada anda mengembang dengan lebih baik. 

Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung anda dan lepaskan nafas dengan perlahan melalui hidung hingga anda merasakan semua udara yang dihirup telah dikeluarkan. 

  1. Pernafasan diafragma (Diaphragmatic breathing)

Pernafasan diafragma membantu melatih otot ini berfungsi dengan lebih berkesan. 

Semasa duduk atau baring, letakkan satu tangan di dada dan lagi satu di atas perut lalu bernafas melalui hidung selama 2 saat dan rasakan perut anda bergerak ke luar.

Jika anda lakukan dengan betul, anda akan merasakan perut anda bergerak melebihi dada. 

Semasa menghembuskan nafas, muncungkan bibir dan menekan ringan pada perut anda untuk bantu peningkatan keupayaan diafragma melepaskan udara. 

  1. Batuk huff (Huff cough) 

Senaman batuk huff adalah untuk membantu batuk lendir dengan berkesan tanpa membuatkan anda berasa terlalu letih. 

Duduk dengan selesa dan tarik nafas melalui mulut sedikit mendalam daripada nafas normal anda. 

Aktifkan otot perut untuk meniup udara keluar dalam tiga kali sambil membuat bunyi “ha, ha, ha”.

Bayangkan anda ingin membuat wap pada cermin dengan hembusan nafas tersebut. 

  1. Pernafasan diselaraskan (Coordinated breathing)

Senaman ini adalah bagi mengelakkan anda daripada merasakan nafas pendek dan menahan nafas.

Tarik nafas melalui hidung, muncungkan mulut dan lepaskan nafas tersebut dengan perlahan dan selaras. 

  1. Pernafasan memuncungkan bibir (Pursed lip breathing)

Teknik pernafasan ini membantu anda mengurangkan kesukaran bernafas, melepaskan udara terperangkap dalam paru-paru, mengurangkan kekejangan dan sesak nafas.

Hirup udara melalui hidung, muncungkan bibir dan lepaskan dengan kadar yang perlahan melalui mulut yang telah dimuncungkan.

Terdapat pelbagai lagi senaman dan teknik pernafasan yang boleh membantu anda mengurangkan masalah sesak nafas. 

Jika anda telah melakukan senaman yang disyorkan di atas dan masih lagi mempunyai masalah pernafasan, anda mungkin boleh mendapatkan rawatan fisioterapi.

Dengan mendapatkan rawatan fisioterapi, anda akan dibimbing dengan baik bagi menyelesaikan masalah sesak nafas anda.

Jika anda ingin mencuba fisioterapi, kami cadangkan anda untuk mendapatkan rawatan di Physiomobile.

Physiomobile memberikan rawatan fisioterapi yang berkesan dan sesuai berdasarkan keperluan masalah anda.

Hal ini adalah kerana Physiomobile menggunakan rawatan ‘manual technique physiotherapy’ dan senaman berstruktur lagi berfokus kepada permasalahan anda.

Ahli fisioterapi kami yang berkelayakan akan membuat pemeriksaan dengan bertanyakan tentang sejarah kesihatan bagi memastikan rawatan yang diberikan sesuai dengan anda. 

Anda boleh dapatkan sesi konsultasi daripada ahli terapi supaya kami boleh menerangkan dengan mendalam tentang kondisi anda.

Physiomobile bukan sahaja merawat sesak nafas malah sakit lutut, bahu, otot badan dan strok.

Jangan tunggu lagi hingga sesak nafas menjadi lebih parah dan dapatkan rawatan dengan Physiomobile.

1 thought on “Cara Atasi Masalah Sesak Nafas”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *