STROKE

STROK

✴ STROK ✴
==========================
Strok merupakan serangan pada otak. Ianya terjadi apabila saluran darah ke bahagian otak tersumbat dan mengakibatkan lemah pada bahagian sebelah badan.
.
Darah membawa nutrien-nutrien dan juga oksigen yg diperlukan ke bahagian otak. Tanpa oksigen, bahagian otak yg terlibat boleh rosak dan berkemungkinan mati.
.
Kerosakan ini boleh membawa kepada kesan-kesan yang berbeza kepada pesakit, bergantung kepada bahagian otak yang terlibat.
.
Strok kebiasaannya meninggalkan kesan yang buruk terhadap fungsi pergerakan badan terutamanya satu bahagian badan sama ada kanan atau kiri, cara berfikir, deria rasa dan cara berinteraksi seseorang. Sebagai kesannya, pesakit akan menghadapi kesukaran untuk berjalan dan melakukan pelbagai aktiviti harian.
.
⭕Adakah pesakit strok akan kembali pulih???⭕
=========================
Setiap strok memberi kesan yang berbeza kepada pesakit. Sesetengah pesakit mungkin mengalami kesan strok yang tidak ketara dan hanya mengambil masa yang singkat untuk kembali pulih, manakala bagi sesetengah pesakit lain, kesannya adalah sangat teruk dan mungkin mengambil masa yang lama untuk kembali pulih. Ada juga yang meninggalkan kesan yang teruk sehingga terpaksa bergantung hidup dengan pertolongan orang lain.
.
Rawatan fisioterapi harus didapatkan segera seawal hari pertama serangan strok kerana semakin cepat anda mendapatkan rawatan, semakin tinggi peluang anda untuk kembali pulih!!!
.
Kami di PhysiomobileMY mampu membantu anda bagi menyelesaikan masalah ini. Kami akan bantu anda dengan menguatkan kembali otot-otot badan, melembutkan kembali sendi-sendi yang keras akibat strok, membantu anda untuk kembali berjalan seperti biasa dan membantu meningkatkan keupayaan fizikal anda untuk kembali bekerja.
.

Malangnya tidak semua pesakit strok terselamat. Satu daripada lapan pesakit strok terkorban dalam jangka masa 30 hari selepas serangan strok… Jadi, sangatlah penting bagi kita mengenali simptom-simptom strok dan mendapatkan rawatan seawal mungkin!!!

 

Anda perlukan info lebih lanjut
mengenai rawatan fisioterapi?

Scroll to Top