Congenital torticollis

TORTICOLLIS

TORTICOLLIS
.
.
Congenital torticollis akan dikesan berdasarkan pengecutan/pemendekan salah satu otot sternocleidomastoid yang memaksa bayi yang baru lahir mengekalkan kedudukan kepala dalam keadaan senget/teleng sama ada kearah kiri atau kanan dan kepala sedikit terpusing ke arah yang bertentangan.
.
Sisi yang terlibat akan terlihat lebih kuat berbanding sebelahnya. Hal ini menyebabkan ketidakseimbangan otot leher.
.
Dalam sesetengah kes, bahu juga terjejas di mana bahu sedikit terangkat di bahagian yang terlibat. Sekiranya congenital torticollis ini tidak dirawat, otot-otot leher akan mengalami fibrosis dan seterusnya membataskan lagi pergerakan kepala dan boleh membawa kepada penyakit tulang belakang bengkok atau skoliosis apabila bayi meningkat usianya.
.
Fisioterapi merupakan salah satu cara terbaik untuk merawat congenital torticollis:
.
Regangan manual yang sering dilakukan ahli fisioterapi adalah rawatan yang kerap diberikan kepada pesakit congenital torticollis. Posisi tangan yang betul penting dalam melakukan regangan selain menstabilkan anggota badan yang terlibat ketika regangan dibuat.
.
Terdapat beberapa contoh teknik regangan. Salah satunya ialah regangan yang melibatkan dua orang. Salah seorang perlu menstabilkan bahagian bahu manakala seorang lagi melakukan regangan.
.
Untuk torticollis pada sebelah kanan, tangan kanan menyokong bahagian bawah kepala manakala tangan kiri diletakkan di dagu. Posisi tangan ini digunakan untuk melakukan pusingan kepala ke kanan dan melentokkan kepala ke kiri. Sedikit tarikan digunakan sebelum melentokkan kepala ke kiri dan pusingan kepala ke kanan dilakukan. Kepala perlu dilentokkan ke kiri sehingga telinga kiri mencecah bahu kiri pesakit.
.
Teknik regangan yang seterusnya adalah lebih efektif kerana ianya menggunakan graviti untuk memberikan regangan pasif pada otot yang terjejas. Teknik ini dimulakan dengan regangan dengan mendukung bayi, menghadapkan mukanya ke arah yang bertentangan.
.
Rawatan konservatif juga termasuk dengan menasihati ibu bapa tentang posisi dan kemahiran yang diperlukan untuk memulihkan kedudukan kepala bayi kepada normal. Ibu bapa juga harus faham yang mereka perlu sedaya upaya mengelak daripada mengekalkan kedudukan kepala bayi yang salah.
.
Tape kinesio juga boleh digunakan sebagai tambahan kepada terapi fizikal. Powel (2000) memberikan kesimpulannya bahawa berdasarkan tiga kes yang menggunakan tape kinesio, tape kinesio terbukti mengurangkan tempoh masa rawatan. Ohman (2012) pula menyatakan tape kinesio mempunyai kesan yang segera terhadap kes-kes yang melibatkan ketidakseimbangan otot dalam kalangan kanak-kanak terutamanya dalam kes congenital torticollis.
.
Purata tempoh rawatan dan faktor jangkaan telah dikaji oleh C. Emery (1994). Purata tempoh rawatan bagi bayi dengan congenital torticollis adalah dalam masa 4.7 bulan. Terdapat juga kes yang melibatkan keseluruhan tempoh rawatan selama 6.9 bulan iaitu bagi kanak-kanak yang mempunyai lebih banyak batasan dalam pergerakan sendi.
.
Kebanyakan kanak-kanak yang berusia satu tahun dan kebawah boleh dirawat secara konservatif. Oleh itu, pengesanan dan rawatan awal adalah amat penting untuk kesan yang lebih baik. Sayangai anak anda, dapatkan rawatan segera jika anak anda mengalami masalah torticollis.
.
.
® PhysiomobileMY | Your no.1 rehab partner ®

Related Post

sakit belakang di tempat kerja
Uncategorized

Sakit Belakang di Tempat Kerja: Punca dan Cara Rawatan

Sibuk bekerja di pejabat, seharian menghabiskan masa di hadapan komputer sehingga sakit badan dan lenguh-lenguh. Sakit belakang di tempat kerja boleh mengganggu produktiviti anda. Ramai yang mengalami sakit belakang di

kecederaan acl
Kecederaan Sukan

Kecederaan ACL: Mimpi Ngeri Pemain Bola Sepak dan Futsal

Tengah seronok bersukan, tiba-tiba terdengar bunyi ‘pop’ di lutut. Kecederaan ACL sememangnya ditakuti oleh mereka yang aktif bermain bola sepak dan futsal. Bersukan dan beriadah merupakan aktiviti yang sangat digalakkan.

Anda perlukan info lebih lanjut
mengenai rawatan fisioterapi?

Scroll to Top