SCOLIOSIS - TULANG BELAKANG MEMBENGKOK

APAKAH ITU SCOLIOSIS??

  • Tulang belakang yang normal, akan kelihatan lurus. Manakala bagi mereka yang mempunyai scoliosis, tulang belakang akan kelihatan melengkung ke tepi.

  • Sudut lengkung mungkin kecil, sederhana atau besar dan lengkungan yang melebihi 10 darjah akan dianggap scoliosis.

  • Doktor sering menggunakan huruf “C” atau “S” untuk menggambarkan jenis lengkungan tulang belakang.

  • Mereka yang mempunyai scoliosis dapat dikenal pasti menerusi cara mereka berdiri. Hal ini kerana mereka mempunyai bahu atau pinggul yang tidak seimbang.

Apakah penyebab scoliosis?

  • Sebanyak 80% penyebab scoliosis tidak diketahui puncanya dan ia dikenali sebagai “idiopathic.”

  • Manakala scoliosis yang diketahui puncanya boleh dibahagikan kepada 2 jenis lengkungan iaitu “structural” dan “non-structural”

  • ‘Non-structural scoliosis’, boleh terjadi disebabkan kekejangan otot atau keradangan. Jika masalah ini dirawat, scoliosis jenis non-structural dapat kembali menjadi normal.

  • Manakala ‘structural scoliosis’, mempunyai lengkungan yang tegap dan tidak dapat di ubah.

Antara penyebabnya:

‘Scoliosis kongenital’ bermula sebelum bayi lahir lagi.

  • Masalah ini terjadi pada tulang belakang yang dipanggil vertebra yang mungkin tidak lengkap atau gagal membahagi dengan betul ketika di dalam kandungan.

  • Doktor mungkin mengesan masalah ini selepas bayi dilahirkan atau ketika remaja.

Genetik dan sejarah keluarga boleh menjadi risiko berlakunya idiopathic scoliosis. Jika anda atau anak anda menpunyai kondisi ini, pastikan anak anda menjalani pemeriksaan.

  • Scoliosis sering terjadi ketika fasa pembesaran kanak-kanak yang aktif seperti usia 10 dan 15 tahun.

  • Kanak-kanak lelaki dan perempuan sering didiagnos dengan ‘minor idiopathic scoliosis’.

  • Tetapi lengkungan pada kanak-kanak perempuan 10 kali lebih besar untuk menjadi lebih buruk dan mungkin perlu dirawat.

  • Semakin besar sudut lengkungan tulang belakang, semakin besar kemungkinan untuk meningkat dari semasa ke semasa.

  • Jika anda pernah mengalami scoliosis, dapatkan pemeriksaan kerap dilakukan daripada doktor anda.

  • Scoliosis degeneratif memberi kesan kepada golongan dewasa.

  • Biasanya ia terjadi pada sendi dan cakera (disc) di bahagian bawah tulang belakang seperti (L3, L4, L5, S1).

  • Hal ini kerana, tulang belakang anda mula haus dengan peningkatan usia.

Kecederaan sukan, membawa beg berat atau postur yang tidak bagus boleh menjadi penyebab kepada scoliosis. Jika anak anda tidak dapat berdiri tegak, dapatkan nasihat doktor atau ahli fisioterapi anda untuk memeriksa tulang belakangnya.

Klik Sini Untuk Menghubungi PhysioMobile

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *