sakit kepala

Cara Menghilangkan Sakit Kepala/ Tension Type Headache

Adakah anda pernah mengalami sakit kepala semasa menjalani kehidupan seharian? Tahukah anda, sakitan ini merupakan salah satu masalah yang tidak boleh diambil ringan.

Masalah ini sememangnya akan dihadapi oleh setiap lapisan masyarakat, tidak kira tua mahupun muda. Ini menunjukkan bahawa masalah ini perlu dititikberatkan.

Dalam artikel ini, anda akan mengetahui apa itu sakit kepala, jenis-jenisnya dan juga cara menghilangkannya.

Apa Itu Sakit Kepala?

Sakit kepala adalah kesakitan yang dirasai di bahagian kepala atau bahagian muka. Kadang-kadang sakitan ini juga dapat dirasai di bahagian atas leher.

Masalah ini yang sering dirasai adalah ketegangan dan pengecutan otot yang berlaku. Kesakitan ini berlaku kerana berlakunya kekejangan pada otot leher dan otot mastikasi (mengunyah).

Kesakitan jenis ini agak mudah dirawat dengan ubat-ubatan. akit kepala yang lebih sengit disebabkan oleh mekanisme yang tidak diketahui.

Sebilangan besar teori masalah ini vaskular melibatkan hubungan antara saraf dan saluran darah, kedua-duanya boleh menjadi sensitif.

Sakit kepala merupakan masalah yang sering kali dihadapi oleh para remaja apabila mendapatkan rawatan di pusat kesihatan. Banyak sebab yang boleh menyebabkan mereka menghadapi masalah ini. 

Jenis-jenis Sakit Kepala

Masalah ini dapat dikesan melalui pelbagai cara, antaranya:

  • Intensiti
  • Lokasi
  • Kekerapan
  • Sebab

Antara jenis-jenis sakit kepala ialah:

  1. Migrain

Migrian merupakan kesakitan yang paling biasa dihadapi boleh masyarakat. Tetapi, tidak semua kesakitan ini adalah migrain.

Istilah migrain merujuk kepada sakit kepala yang biasanya berlaku di satu sisi kepala. Migrain adalah masalah yang akan dirasai dalam tempoh dua hingga tujuh puluh dua jam.

Seseorang individu akan merasai denyutan yang sederhana hingga yang amat sakit pada bahagian kepala apabila diserang migrain. 

Semasa serangan migrain berlaku, seseorang individu itu akan berasa loya, masalah penglihatan, muntah-muntah dan akan rasa kebas yang melampau pada bahagian muka. 

Antara tanda akan berlakunya serangan migrain adalah penampakan cahaya yang pelik, bau busuk, atau pemikiran bercelaru.

Migrain ini boleh dikawal melalui ubat-ubatan.

  1. Tekanan

Sakit kepala jenis tekanan merupakan jenis masalah kedua yang sering dialami selepas migrain. Kesakitan yang dialami boleh mencapai tahap amat menyakitkan yang merangkumi seluruh bahagian kepala.

Kesakitan yang dialami ini boleh digabarkan seperti dihimpit atau ditekan dengan begitu kuat. Kesakitan ini boleh meningkat secara perlahan sekiranya tidak mendapatkan rawatan.

Antara sebab yang menyebabkan masalah tekanan ini adalah masalah otot yang tegang di bahagian bahu, leher, kulit kepala dan dagu. Kemurungan juga boleh menjadi salah satu sebab berlakunya masalah ini.

Kesakitan yang kronik ini boleh menyebabkan kesakitan berlarutan selama 15 hari hingga ke sebulan dan seterusnya boleh ke 3 bulan. 

Sedikit berbeza dengan migrain, masalah berkaitan tekanan ini tidak akan merasa loya, muntah-muntah, dan sebagainya yang dialami oleh pesakit migrain.

  1. Sinus

Sakit kepala sinus ini jarang dijumpai, bukan seperti kesakitan  tekanan dan juga migrain. Masalah sinus ini terjadi akibat hadirnya virus atau bakteria sinus, yang menyebabkan keluar hingus yang pekat.

Antara simptom berlakunya masalah ini adalah hidung tersumbat hidung berair, tekanan pada bahagian muka dan dahi. Kesakitan kebiasaannya akan dirasai pada waktu pagi.

Rasa sakit akan berlaku di mana terletaknya sinus itu berada. Denyutan akan berlaku pada bahagian muka dan bahagian depan kepala.

  1. Kluster

Sakit kepala kluster ini merupakan sakit yang berlaku secara berkumpulan, kelompok atau kluster. Rasa sakit itu biasanya berlaku pada sebelah bahagian kepala. 

Masalah ini boleh menyebabkan rasa panas pada sebelah bahagian kepala ataupun menyebabkan mata merah dan hidung tersumbat pada belah sama bahagian kepala yang sakit.

Kesakitan ini dapat dirasai pada waktu yang sama pada setiap hari. Sakitnya kesakitan tersebut boleh menjadi sangat sakit dan boleh datang tanpa sebarang tanda.

Punca berlakunya jenis kluster ini adalah kerana tabiat merokok dan pengambilan alcohol yang tidak terkawal.

Cara Menghilangkan Sakit Kepala/Tension Type Headache

sakit kepala

Sakit kepala boleh datang tanpa diundang dan tidak kira waktu. Anda mungkin sudah cuba untuk menghindari daripada datangnya masalah ini.

Mungkin disebabkan faktor yang tidak dapat dielakkan, masalah ini akan muncul dengan tiba-tiba.

Berikut merupakan cara untuk menghilangkan rasa kesakitan tanpa berjumpa doktor:

  • Ais 

Ais dapat mengurangkan kesakitan migrain yang anda hadapi. Masa yang diambil untuk meletakkan paket ais adalah selama 15 minit.

Setelah selesai meletakkan ais selama 15 minit, anda dinasihatkan untuk berehat selama 15 minit. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesakitan yang dialami.

  • Pad Pemanas

Pad pemanas ni berfungsi untuk mengurangkan kesakitan bagi sakit jenis tekanan. Pad pemanas ini boleh diletakkan di bahagian leher atau belakang kepala anda.

Bagi pesakit sinus pula, dinasihatkan untuk meletakkan tuala yang direndam dalam air suam. Seterusnya letakkan pada kawasan yang sakit. 

  • Kecerahan Lampu

Pancaran cahaya yang tinggi merupakan salah satu penyebab berlakunya kesakitan bahagian kepala. Cahaya yang terang, tidak kira komputer riba mahupun telefon bimbit perlu dikurangkan.

Teknologi sekarang sudah menyediakan cermin mata anti-blue light. Cermin mata ini menghalang jumlah pancaran cahaya masuk dengan banyak.

  • Urutan

Urutan juga merupakan salah satu cara mengurangkan kesakitan. Urutan boleh dilakukan di bahagian leher untuk mengurangkan ketegangan yang berlaku.

Ketegangan yang berlaku ini menyebabkan berlakunya tekanan. Ini merupakan antara yang mudah untuk diambil.

Melalui urutan juga boleh membuatkan otot-otot berehat. Ini disebabkan otot yang tegang dapat direhatkan.

Kesimpulannya, kesihatan tubuh badan haruslah dijaga dengan baik. Hal ini kerana kita memerlukan tubuh badan untuk mlaksanakan tugasan harian.

Termasuk juga dengan kesihatan di bahagian kepala. Kepala merupakan anggota utama dalam tubuh badan. Sekiranya bahagian kepala tidak sihat, ini akan mempengaruhi semua anggota.

PHYSIOMOBILE merupakan penyelesaian yang anda carikan. Physiomobile dengan berbuka hati akan membantu anda untuk mengurangkan atau memulihkan masalah otot anda semasa PKP.

Physiomobile juga menawarkan khidmat mereka kepada sesiapa yang memerlukan rawatan. Bekerja di rumah sememangnya akan mendatangkan masalah kepada anda. 

Berikutan dengan ‘SOP’, jangan risau. Physiomobile akan mengikut ‘SOP’ yang telah ditetapkan. Ahli fisioterapi mereka juga akan memakai ‘Full Personal Protective Equipment’ (PPE).

Ahli fisioterapi juga merupakan ahli fisioterapi yang terlatih, bertauliah dan berpengalaman dalam masalah yang anda hadapi.

Tingkatkan kualiti hidup anda bersama Physiomobile. Dari bahagian kepala, masalah belakang, slip disc, sakit lutut dan sebagainya, di Physiomobile dapat membantu anda.

Jangan mengambil masa yang lama untuk membantu badan anda berada dalam keadaan yang sihat.

Jika anda ingin melakukan rawatan dengan Physiomobile, klik laman web ini untuk mendapatkan rawatan yang anda inginkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *