chondromalacia patella

CHONDROMALACIA PATELLA

CHONDROMALACIA PATELLA

‘Chondromalacia patella’ adalah keadaan di mana tisu rawan atau ‘cartilage’ yang terletak di bahagian belakang tulang lutut (patella) mengalami kerosakan atau haus. Rawatan yang paling efektif bagi menangani masalah ‘chondromalacia patella’ ini adalah dengan mendapatkan rawatan fisioterapi.

Apa itu patella?

Patella adalah tulang di bahagian lutut atau dipanggil sebagai kepala lutut. Ianya disokong oleh tendon otot quadriceps (otot peha di bahagian hadapan). Di bahagian belakang patella/tulang lutut terdapat tisu rawan atau

cartilage’. Tisu rawan lembut ini berfungsi untuk membantu pergerakan patella/tulang lutut apabila berlaku pergerakan kaki sama ada lutut ditegakkan atau dibengkokkan.

Penyebab chondromalacia patella

‘Chondromalacia patella’ banyak dilaporkan berlaku kepada orang dewasa dan remaja. Keadaan ini juga kebiasaannya kerap dikesan dalam kalangan wanita berbanding lelaki. Biarpun penyebab sebenar ‘chondromalacia patella’ masih tidak jelas, ‘chondromalacia patella’ dikatakan disebabkan oleh berlakunya geseran antara belakang patella dengan permukaan hujung tulang femur. Hal ini menyebabkan tulang rawan patella menjadi terhakis atau haus. Situasi-situasi dibawah adalah berkaitan dengan ‘chondromalacia patella’:

  • Penggunaan lutut yang berlebihan (overuse) disebabkan oleh penglibatan dalam sukan.
  • Masalah ‘alignment’ atau kedudukan lutut
  • Kecederaan lutut sama ada kecederaan kecil atau kecederaan melibatkan sukan.
  • Proses penuaan

Simptom

  1. Kesakitan di sekeliling lutut: Selalunya pesakit mengadu kesakitan di bahagian depan, belakang atau sekitar lutut. Kesakitan juga akan lebih menjadi-jadi apabila menaiki atau menuruni tangga.
  2. Grinding feeling’ dan bunyi asing/berlaga terhasil ketika menggerakkan lutut (crepitus).
  3. Lutut membengkak namun simptom ini jarang berlaku.

Diagnosis

Diagnosis dilakukan berdasarkan simptom-simptom yang dialami oleh pesakit dan ditambah dengan pemeriksaan daripada doktor.

Ujian lanjutan

Ujian lanjutan dilakukan dalam sesetengah situasi untuk menentukan diagnosis atau untuk mengetahui punca sakit. Ujian lanjutan juga dilakukan sekiranya hasil diagnosis tidak jelas atau simptom tidak menunjukkan tanda untuk berkurangan walaupun setelah diberikan rawatan. Antara ujian yang boleh digunakan adalah:

=ujian darah dan/atau imbasan sinar x. ujian ini membantu bagi mendiagnos arthritis

=imbasan MRI

=Arthroscopy –pembedahan kecil bagi membawa masuk kamera kecil ke dalam lutut.

Pilihan rawatan

  • Elakkan daripada melakukan aktiviti lasak yang melibatkan banyak pergerakan lutut sehingga kesakitan betul-betul reda.
  • Ubat penahan sakit –paracetamol atau ibuprofen digunakan untuk mengurangkan sakit
  • Fisioterapi
    • Meningkatkan kekuatan otot di sekitar lutu boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi lutut
    • Senaman spesifik mampu membetulkan ‘alignment’ dan keseimbangan otot
    • Sebagai contoh, senaman bagi menguatkan otot peha atau quadriceps
  • Taping- antara rawatan fisioterapi yang mempunyai kemungkinan untuk mengurangkan kesakitan. Tape adhesive digunakan untuk membetulkan kedudukan patella. Hal ini dapat mengurangkan geseran di antara tulang lutut dengan tulang femur dan seterusnya mengurangkan sakit.

 

  • Pembedahan
    • Jarang dilakukan.

Prognosis

Kebanyakan pesakit kembali sembuh dengan menjalani rawatan fisoterapi.

Related Post

Muskuloskeletal

Punca Sakit Tumit Kaki (Jangan Biar Melarat)

Sakit tumit kaki selalunya akan terjadi kepada individu yang aktif bersukan dan golongan yang berumur 40 tahun ke atas. Namun, ada faktor lain yang akan menyebabkan anda sakit tumit kaki.

Kecederaan Sukan

Apakah Yang Menyebabkan Berlakunya Slip Disc?

Slip disc selalunya berlaku secara tiba-tiba. Ada yang mengatakan bunyi ‘pop’ di tulang belakang. Malah, ada yang mengatakan bahawa masalah slip disc boleh menyebabkan lumpuh. Bagi anda yang tertanya-tanya tentang

rawatan kanak-kanak
Umum

Rawatan Kanak-Kanak Yang Lewat Perkembangan

Pernahkah anda lihat kanak-kanak yang merangkak masih belum dapat berjalan? Mungkin dia perlu dapatkan rawatan kanak-kanak dengan segera. Setiap kanak-kanak diciptakan berbeza. Tetapi anda tertanya-tanya, mengapa terlalu lama masa diambil

Anda perlukan info lebih lanjut
mengenai rawatan fisioterapi?

Scroll to Top